BAB 7

Romance Completed 4163

ANGIN petang yang berpuput lembut di bumi Indonesia ini membawa ingatanku kembali ke bumi Malaysia. Bunyi daun-daun yang bergeser sesama sendiri apabila ditiup angin sangat mengasyikkan untuk didengar. Tenang. Itu yang aku rasakan.

Pantas sungguh masa berlalu. Sudah dua puluh satu tahun aku menjalani kehidupan. Begitu banyak yang masih belum ku laksanakan. Begitu banyak juga impian yang belum tercapai. Pantas, aku teringat impianku yang masih ku simpan kemas dalam otakku.

Aku ingin bertemu sekali lagi dengan insan yang bernama Hazwan Haziq. Itu adalah impian yang aku simpan sejak kami terpisah buat pertama kalinya sembilan tahun yang lalu.

Dan tanpa diminta, air mataku menitis lagi. Kenapa setiap kali aku rindu, pasti Haziq yang menjelma difikiranku? Kenapa setiap kali aku jatuh cinta, pasti Haziq orangnya?

Pantas, aku masuk ke kamarku. Tiada ketenangan lagi di luar koridor ini. Kakiku melangkah menuju ke meja belajarku yang terletak di sebelah katil. Pantas tanganku berlari-lari di papan kekunci komputer riba Acer milikku lalu membuka lawan sesawang Fac setelah aku melabuhkan punggungku di kerusi.

Pantas juga tangan ku menaip nama Hazwan Haziq di bahagian carian di laman sesawang itu. Tidak sampai seminit, beribu-ribu profil dengan nama Hazwan Haziq terpapar dihadapan mataku kini. Aku buntu. Tidak tahu yang mana satu profil milik Hazwan Haziq yang aku cari. Maka ku kecilkan pencarian dengan menapis menggunakan tempat asal kelahiran. Kini, bilangan profil yang terpapar sudah sedikit berkurang. Tinggal angka ratusan sahaja.

Dan bermulalah pencarianku mulai detik itu. Satu persatu profil yang tertera nama Hazwan Haziq itu ku teliti. Sesiapa yang aku rasa berkemungkinan seperti Haziq yang ku cari, ku hantar permintaan untuk menjadi kawan mereka.

Hampir dua bulan aku menjalankan proses pencarian ini sehinggalah pada suatu hari aku mendapat reaksi positif daripada salah seorang kenalan yang berada di laman sesawang itu. Aku hampir pasti dialah Haziq yang aku cari.

Namun pada akhirnya aku masih kecewa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience