BAB 8

Romance Completed 4163

DADAKU berdegup pantas. Laman Yahoo Mesengger terbentang di hadapan mataku kini. Nama Hairul Haziq tertera di atas pesanan yang baru ku terima sebentar tadi. Ku baca sekali lagi ayat yang tertulis di pesanan itu.

Hairul Haziq : Assalammualikum. Haziq di sini. Boleh Haziq tahu siapa di sana?

Jari-jemariku terasa berketar saat mahu menekan papan kekunci komputer ribaku ini. Namun ku kuatkan hati. Semoga dialah insan yang aku cari itu. Pantas ku taipkan juga persoalan yang ingin ku tanyakan.

Hasya Hazirah : Waalaikummussalam. Hazirah di sini.

Hazwan Haziq : Owh Hazirah. Kenapa ya? Haziq dapat tahu Hazirah hendak tanyakan sesuatu.

Memang benar aku mahu tanyakan sesuatu kepada insan ini. Aku ingin memastikan bahawa dia Haziq yang aku cari selama ini.

Hasya Hazirah : Boleh saya tahu Haziq ni asal daripada mana?

Hazwan Haziq : Johor Bahru. Hazirah pula?

Hasya Hazirah : Johor Bahru juga. Haziq sekolah mana dulu?

Hazwan Haziq : English College.

Sepi seketika. Aku semakin pasti dia memang Haziq yang ku cari. Mungkinkah benar dia orangnya?

Hazwan Haziq : Sudah berpunya?

Hasya Hazirah : Hurm?

Hazwan Haziq: Masih menunggu Haziq sampai sekarang? Tak penat tunggu Haziq sembilan tahun ni?

Dan kini, air mata itu tidak dapat ku tahan lagi. Memang benarlah dia Hazwan Haziq yang ku cari selama ini.

Hasya Hazirah : Siapa cakap saya tunggu Haziq?

Hazwan Haziq : Hati Haziq yang cakap macam tu. Anda sudah bertudung sekarang.

Hasya Hazirah : Ya, masa mendewasakan kita. Kita perlu berubah kan?

Hazwan Haziq : Tetapi kenapa hati anda tidak berubah sedikitpun Hazirah?

Hasya Hazirah : Mana anda tahu hati saya tidak berubah Haziq?

Hazwan Haziq : Kerana anda masih Hasya Hazirah yang saya kenali dulu.

Bibirku mengukir senyum. Kerana dia juga Hazwan Haziq yang ku kenali dulu. Dia semakin matang kini. Wajahnya yang menghiasi profil Yahoo Messenger nya ini juga ku lihat semakin matang. Berbeza sekali dengan yang ku lihat terakhir kali semasa di tingkatan tiga dahulu.

Pertemuan kali ketiga ini telah dibantu oleh salah seorang jejaka yang telah ku tambah sebagai kenalan di fac yang ku sangka Hazwan Haziq. Jejaka ini memang berasal daripada Johor Bahru, bersekolah di English College dan tinggal di Jalan Seroja di Taman Johor Jaya. Memang serupa, sebiji, sebulat dengan Haziq. Kerana itulah aku pasti dia adalah Haziq. Namun setelah ku lihat gambarnya, dia bukan Haziq yang aku cari.

Dia memberitahuku, jiran yang tinggal berdekatan rumahnya juga ada yang bernama Haziq. Dan melaluinyalah aku dapat berhubung kembali dengan Haziq melalui alamat Yahoo Messanger yang telah diberi oleh jejaka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience