BAB 2

Spiritual Completed 1713

“Kenapa diam bang, masam pula muka tu.’’ Soal isterinya hairan dengan respon suaminya.

“Macam mana nak hati-hati?!” tergamam isterinya.

“Dah kenapa abang cakap macam tu pula?” Jawab isterinya tenang.

“Abang tak dapat nak hati-hati sebab segala hati abang ni dah tiada. Dah dicuri. Nak tahu siapa pencurinya? Awaklah pencuri hati abang, ewahh!’’

“Amboi orang tua ni loyar buruk pula!” lembut sahaja tangannya memukul dada suaminya, wajahnya merah padam dan senyumannnya lebar hingga ke telinga. Begitulah suaminya, meski sudah melayar bahtera hampir tiga dekad, mereka saling romantis saling tak tumpah bagai pasangan baru berkahwin.

Tak lama kemudian si suami mencapai kapak yang terletak di belakang pintu dapur dan menjinjingnya. Sekuntum senyuman manis dihadiahkan buat isterinya sebelum daun pintu ditutup.

Hajatnya untuk menjamah biskut kering dicicah dengan air kopi tadi dibatalkan kerana dia tahu isterinya itu belum makan, bekalan makanan mereka sudah kehabisan dan dia tahu, isterinya hanya akan makan saki baki makanannya. Dia tahu, isterinya sanggup mengikat perut sekiranya makanan tidak mencukupi.

Jadi sengaja ditinggalkannya untuk dijamah sang isterinya yang tercinta. Asalkan lelaki itu dapat menjamah sesuatu bagi mendapatkan sedikit tenaga dan kudrat, untuk mencari rezeki dengan menebang pokok untuk dijual sebagai kayu api di pekan nanti.

Meskipun telah membina rumahtangga sekian lama, mereka masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun begitu, ia sama sekali tidak menjejaskan hubungan mereka berdua malah mereka peraya rezeki itu akan diberikan kepada mereka pada saat yang tepat dan apa yang harus mereka lakukan adalah berikhtiar dan terus bersyukur dengan rezeki dan nikmat yang Allah SWT berikan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience