BAB 3

Spiritual Completed 1713

1.30 Tengahari

Cuaca terik membuatkan peluh jantannya merecik di dahi hingga singgah ke matanya sementelah pula suasana pekan agak hingar-bingar dan penuh dengan orang yang lalu lalang jadi sedikit sukar pergerakannya melalui lautan manusia dengan longgokan kayu api yang sedang dijunjungnya. Mahu ditinggalkan, takut dicuri. Sia-sia keringatnya sehari suntuk dia berkerja di hutan sekiranya kayu-kayu ini dicuri.

Penat ditebangnya. Kapaknya disisipkan di pinggang seluar, yang diikat dengan kain buruk. Lelaki itu meletakkan seketika longgokan kayu api itu ke bawah. Cubaannya untuk menjengketkan kaki untuk melihat apa yang sedang berlaku agak sukar, gagal. Telinganya pula dikuatkan level kuasanya untuk mendengar namun hirup pikuk itu menyukarkannya.

Ting!

Tiba-tiba otaknya bergeliga. Lelaki itu memanjat longgokan kayu api yang dibawanya tadi dan barulah dia dapat melihat apa yang telah berlaku. Dari jauh, dia melihat seorang lelaki, kelihatan seperti pengutus khabar yang berpakaian serba kemas dan mewah sedang memegang segulung skrol yang berwarna keemasan, sambil mengumumkan sesuatu kepada penduduk setempat.

Lelaki itu kemudiannya melihat beberapa orang penduduk yang berdekatan dengan penyebar berita itu, yang dia yakin mereka memperolehi mesej itu dengan jelas riak wajah hadirin sangat pelbagai. Ada yang teruja. Ada yang kelihatan membantah, seperti memprotes sesuatu.

Ada yang hanya berbisik-bisik. Ada yang tergelak besar. Ada yang hanya menggelengkan kepala. Termasuklah ada juga yang saling berpelukan sesama mereka. Aneh betul pandangan itu bagi lelaki tadi.

Tidak berapa lama kemudian, keadaan yang hingar-bingar tadi menjadi tenang. Orang ramai mula beredar meninggalkan tempat perhimpunan tadi. Lelaki berpakaian kemas dan segak itu juga telahpun meninggalkan kawasan itu dengan kereta kuda. Masih lagi dalam keadaan musykil, lelaki itu kemudiannya melihat sekeliling, cuba mencari seseorang untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut. Kebetulan di hadapannya ada seorang remaja lelaki yang berpakaian agak lusuh lalu di hadapannya dan dia serta merta menahan remaja lelaki tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience