“Apa yang sebenarnya telah berlaku?” tanya lelaki itu namun remaja lelaki itu hanya merenungnya dengan pandangan yang menjengkelkan.
“Boleh tahu pengumuman tentang apa tadi?” Soalnya lagi.
“Cuba guna mata dan baca sendiri di papan notis.” Jawab remaja lelaki itu sedikit kasar.
“Baiklah, terima kasih.”
Lelaki itu tidak terus ke papan tanda kerana masih ramai yang menggerumuni ruangan itu, dia menunggu sehingga keadaan lengang barulah dia menuju ke arah papan notis yang ditunjuk remaja lelaki tadi.
Dari jauh, satu kertas itu tertulis sesuatu dalam tulisan jawi yang menyatakan satu mesej yang amat mustahak. Lelaki itu menggaru-garu kepalanya. Dia buta huruf! Tiba-tiba datang seorang kanak-kanak yang sedang memakan buah epal sedang merenung papan notis itu, lalu berdiri disebelahnya. Turut serta membaca notis yang ditinggalkan. Lelaki itu tersenyum. Hatinya berbunga gembira
“ya budak ini pandai membaca…”
Di Suatu Malam….
Selepas makan malam, lelaki itu tersandar di dinding rumah. Pandangannya jauh terlayar melayan perasaan gundah-gulananya. Selesai mencuci pinggan mangkuk, isterinya turut serta. Tersandar di sebelah suaminya. Cubaan untuk menumpang kapal layar imaginasi suaminya berjaya.
“Apa yang abang dok fikirkan tu?”
Lamunannya terhenti. Lelaki itu kalih pandangan ke arah isterinya. Jika diperhatikan dengan teliti, kedut-kedut di tepi matanya jelas kelihatan. Sudah dimamah usia. Tapi masih manis dipandang. Sejuk hatinya. Itulah isterinya, isteri mithali calon bidadari syurga.
“Abang?”
Share this novel