Hampir setengah jam masa yang diambil untuk menggali dan mengeluarkan lelaki itu. Proses penggalian perlu dilakukan secara berhati-hati, ditakuti akan mencederakan orang kaya baru itu. Sebaik sahaja cangkul mencecah papan keranda, penggalian dihentikan, dan tanah diangkat perlahan-lahan.
Keranda kemudiannya dibuka. Lelaki itu kelihatan tidak sedarkan diri. Tetapi masih bernafas. Setelah ditegur oleh penggali kubur, maka terbeliak lah mata lelaki tersebut. Nafasnya berdegup kencang seakan-akan ketakutan yang teramat sangat. Lelaki itu terus melompat keluar dari kuburnya.
Sebaik saja lelaki itu muncul di permukaan. Riuh rendah sorakan kedengaran. Tepukan semangat tidak henti-henti, menggegarkan kawasan perkuburan itu.
“Celaka! Terkejut aku.”
Lelaki itu melihat keadaan sekeliling. Wajah orang-orang kampung yang tidak pernah dilihatnya juga turut kelihatan. Masing-masing menghadiahkan senyuman dan gelak tawa kegembiraan. Lelaki itu cuba mengorak langkah, tetapi kakinya masih lagi lemah. Terhoyong-hayang.
Dengan segera dia dipapah bekas khadam Tuan Ahmad. Selang beberapa ketika, seorang lelaki berpakaian kemas berdiri di hadapannya. Sambil menepuk-nepuk bahu lelaki itu mengucapkan tahniah, dia tersenyum lebar.
“Ah! Penyampai berita itu rupanya. Mesti dia ni pun pembantu Tuan Ahmad dulu,” bisik lelaki itu di dalam hatinya.
“Tahniah wahai si pencari kayu api!” Ujar lelaki berpakaian kemas itu.
Masih tercengang.
“Tahniah tuan! Sekarang tuan dah kaya raya. Tuan berjaya memenuhi syarat wasiat yang telah diberikan oleh arwah Tuan Ahmad. Seperti yang dijanjikan, separuh daripada hartanya akan diwariskan kepada tuan dengan serta merta. Hahaha! Tahniah! Tahniah!”
Tiada respon diberikan. Tiba-tiba si tukang kayu itu terus tergesa-gesa meninggalkan kawasan perkuburan. Sepanjang perjalanan, dia hanya mengangis teresak-esak.
Share this novel