Isterinya terus mengerutkan kening, tanda kehairanan.
“Kenapa bang? Rugi lah!”
Lelaki itu hanya tersenyum. Sambil terlantar, dia melepaskan pandangan ke arah luar pintu. Tangannya membelai-belai kapak yang disisipkan di pinggangnya. Satu-satunya hartanya. Masih kemas kapak ini tersisip, walaupun dia dan kapaknya tertanam di dalam kubur. 40 hari lamanya.
“Awak tahu kan selama kita berkahwin, abang mencari rezeki dengan sebilah kapak ini lah.”
Angguk.
“Di dunia ini, hanya kapak ini sahaja menjadi alat untuuk mencari rezeki. Ini lah satu-satunya harta yang kita ada untuk digunakan sebagai mencaari rezeki, tanpa benda ini sudah pasti kita telah lama mati kelaparan dan bisa jadi menjadi pengemis.’’
Manik jernih sudah mengalir dari tubir matanya Teresak-esak mahu meneruskan bicara.
“Abang menempuh pelbagai ujian semasa ditanama. Meskipun dalam tempoh 40 hari, namun dengan izin-Nya, abang sudah merasai pengalaman sebenar di alam sana.’’
“Apa?”
Isterinya kaget.
Tangan lelaki itu terus memegang erat kapak di pinggangnya dan tangannya sedikit menggeletar.
“Sayang, Abang telah di datangani oleh mailakat Mungkar dan Nakir. Tuhan saja tahu betapa takutnya abang ketika berhadapan dengan mereka. Ya Allah tak sanggup!’’ ujarnya mulai nangis teresak-esak.
“Awak nak tahu, walaupun abang hanya ada sebilah kapak ini, tapi ketahui lah sepanjang 40 hari itu lah, malaikat Mungkar dan Nakir masih tidak habis bertanyakan perihal kapak ini. Kesemuanya berputar berkenaan kapak ini. 40 hari tidak henti-henti.”
Isterinya terdiam.
“Pernah tak awak fikirkan, cuba bayangkan meski dengan hanya sebilah kapak, soalan ditanya bertubi-tubi tidak henti sepanjang 40 hari di alam barzakh! Langsung tidak henti! Abang takut! Mesti di tanya soalan seperti dari mana abang dapat kapak ini? Apa yang telah abang lakukan dengan kapak ini? Pokok milik siapa yang abang tebang untuk dijadikan sumber rezeki? Halal kah? Apakah kayu api yang abang potong menggunakan kapak ini sama rata adilnya untuk dijual? Kemana abang belanjakan hasil jualan kayu api yang ditebang menggunakan kapak ini? Dan bermacam lagi soalan yang pastinya buat abang buntu untuk menjawabnya. Abang takut.’’
Air mata jantan mengalir deras berlinangan dari tubir matanya.
“Sungguh wahai isteriku, suamimu ini takut. Hanya dengan sebilah kapak ini sudah pasti bertubi-tubi soalan dari malaikat pada abang selama 40 hari yang pastinya tidak habis tentang apa yang sudah abang lakukan dengan kapak ini. Sungguh abang takut, andaikata abang memiliki kesemua harta itu berapa lamakah pula nanti bang perlu berdepan dengan pelbagai soalan di alam baqa sana. Memikirkannya pun abang sudag gerun.’’ Kata-kata suaminya itu membuatkan isterinya itu tergamam.
Matanya tertancap pada wajah suami dan dia akui saat ini terserlah ketakutan pada wajah suaminya sampaikan pucat lesi suaminya itu yang kini sedang menangis bagai bayi yang kelaparan sambil memeluk erat hulu kapak miliknya.
Share this novel