Di satu Subuh yang hening…
“Segar sungguh udara pagi ini ya,” ujar lelaki berusia separuh abad itu.
Dari segi luaran yang tampah gagah, dengan gigi yang masih tersusuh rapi jika dibandingan dengan orang tua seusianya pasti tidak menyangka dia sudah berusia bahkan lebih tua dari Pak Rahman, jiran sebelah rumah seusianya.
Si pencinta kopi hardcore ini yang boleh diukur dari kerak kuning melekat di gigi menghirup kopi kampung yang masih hangat berasap, lidahnya itu bagai tebal tidak langsung menampakkan dia menghirup kopi hangat yang baru menggelegak itu.
Sluurrrppppp… Dia tersenyum puas dengan kopi yang dihirupnya itu.
Kehangatan dan kenyamanan kopi buatan isteri tercinta itu bagai meluruhkan segala kedinginan yang mencengkam tubuh tuanya. Biskut lemak yang terhidang di depannya sengaja ditinggalkan empat keping kerana dia mahu mencicah baki biskut itu tadi ke dalam kopi hangat, bukankah merendam biskut kering ke dalam minuman hangat seperti kopi seakan ritual buat orang Nusantara terutamanya Malaysia yang gemar ‘memandikan’ biskut kering ke dalam minuman mereka. Kalau Mat Salleh mungkin memandangnya kotor atau jijik tapi bagi kita orang Malaysia, ia adalah nikmat!
“Yang, saya nak keluar dulu ye,” beritahunya pada si isteri yang sedang sibuk membasuh kain di belakang dapur, ruang kosong yang dijadikan tempat membasuh pakaian.
“Abang dah nak gerak? Tunggu kejap bang..” Isterinya menyahut, lekas-lekas dia membasuh tangan menanggalkan kesan buih sabun tadi lalu tangannya dilap ke kain kering yang tergantung di tepi pintu dapur. Tak lama kemudian kelibatnya muncul, membawa sebotol air kopi panas. Bekalan untuk suaminya. Suaminya mencapai bekalan itu lantas tangan suaminya itu diraih dan disalam, satu kucupan juga singgah ke pipi suaminya.
“Hati-hati ya bang?”
Suaminya itu diam
Share this novel