Bab 6 - Diajak Ke Masjid Kali Ke 2

Other Series 13475

Pada malam itu, saya tidur seperti biasa. Saya lupa malam hari apa tetapi malam itu adalah malam kedua kalinya saya bermimpi di ajak ke masjid. Dalam mimpi itu, saya berdiri di luar rumah saya dengan dah siap lengkap berjubah hitam. Siap pakai tudung labuh. Banyak para lelaki alim melimpasi saya. Bagaikan mereka menujui ke satu destinasi yang tidak jauh dari situ. Bilangan mereka banyak. Lamalah juga saya memerhatikan mereka hinggalah saya terkejut sangat.

Ada juga golongan wanita pakai telengkung menuruti langkah golongan lelaki tadi. Di antara – antara golongan wanita yang sedang berjalan melintasi saya, ada seorang wanita menarik perhatian saya. Cuba teka siapa saya jumpa?

Saya jumpa wanita yang bagi salam dalam mimpi saya dulu. Dia tetap sama. Memakai jubah serba hitam dengan tudung labuh. Hanya matanya saja kelihatan. Di tangan kirinya ada sebuah buku Al- Quran. Dia melambai seolah – olah mahu mengajak saya sekali. Saya pun melangkah bersamanya dengan kumpulan itu.

Saya dapat rasakan saya selamat apabila dengannya. Entah. Rasa damai dan tenang saja. Tidak lama kami berjalan dan kami sampai di satu tempat yang tidak asing bagi saya. Saya pernah datang ke sini melalui mimpi. Masjid! Itulah tempat saya berdiri kini.

Saya masuk dan paling pelik saya pandai sembahyang dan pandai membaca tulisan jawi dalam Al – Quran. Pagi itu saya bangun dengan senyuman lagi. Masa saya menuntut di IPT, kawan saya ada bagi sebuah buku Al – Quran dengan terjemahan. Saya buka buku tu. Mana tahu saya betul – betul mahir pandai baca. Dapat saya baca macam dalam TV selalu tu.

Tenung punya tenung. Satu tulisan jawi pun saya tak reti. Adus!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience