Bab 1 - Pembuka Bicara

Other Series 13475

Hai! Salam perkenalan! Ini merupakan novel ke dua saya setelah saya mengarang novel ‘Kerana Sihir’. Saya berasal dari Borneo dan saya bukan beragama Islam. Semasa saya mengarang novel ini, saya cukup menjaga ayat – ayat saya semasa menaip. Kenapa? Sebab saya tidak mahu menyingung atau pun mengeluarkan ayat – ayat yang boleh mendatangkan sensitif kepada mana – mana pihak. Cukuplah saya memperkenalkan diri secara ringkas – ringkas saja ya?

Saya mengalami perkara aneh dan sering bermimpi yang bukan – bukan sejak umur saya 17 tahun lagi. Masa tu saya sekadar buat – buat tak endah saja. Apa yang peliknya, apa yang saya mimpikan akan menjadi realiti pada sehari, satu minggu, satu bulan kemudian. Kadang – kadang apa yang saya mimpikan itu sekadar penyampaian yang perlu saya ambil perhatian agar mengambil langkah untuk ‘berhati – hati’.

Memang sukar hendak percaya. Mimpi ini adalah main tidur saja. Dimana manusia di alam separa sedar. Ada banyak ilmuan tentang mimpi. Separuh daripadanya telah saya rujuk dan fahami sedalamnya maksud yang ingin di sampaikan oleh penulis.

Salah satu alam mimpi yang masih saya alami hingga kini ialah ‘lembaga perempuan yang bermata satu’ dan ‘perempuan berjubah hitam.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience