Bab 8 - Pertemuan Dengan Perempuan Mata Satu

Other Series 13475

Adik saya baru Tahun 1. Kalau balik sekolah tu, mesti lebam sana sini. Kami jadi risau. Pernah saya dan mak intai kat sekolah masa balik. Lebam – lebam tu rupanya adik bermain bertumbuk – tumbuk dengan seorang kawan dia sama kelas. Nama dia Daniel. Bila di tanya kepada adik dan Daniel kenapa bertumbuk – tumbuk.

“Ikut cerita Power Rangger!” Alamak.... paduhal. Adus!

Teruk juga adik kena ceramah mak pada malam itu. Saya pun jadi penceramah percuma malam tu. Dah tanggungjawabkan. Kita tak mahulah adik kita hari – hari bertumbuk kan? Nanti mak bapak orang datang atau kena tindakan disiplin? Lagi parah. Cegah sebelum terlewat.

Malam tu saya ada bermimpi. Mimpi ini memang paling menakutkan. Dalam mimpi tu, saya tengah tidur. Macam saya didunia realiti juga. Baring di atas tilam yang sama. Bilik yang sama. Semua serupa. Saya terjaga dalam dari tidur apabila merasakan seolah – olah ada sesuatu yang memandang ke arah saya. Saya pun alih pandangan saya ke pintu bilik tidur saya.

Di situ saya melihat seorang perempuan muda kira – kira sekitar umur dia 30-an. Ciri – ciri dia agak menakutkan. Memakai pakaian putih sampai ke bawah. Tiada kaki. Mata hanya ada satu di tengah – tengah dan bebola mata berwarna putih. Gigi ada taring sebelah kiri saja. Rambut berwarna hitam pekat dan panjang.

Saya nak berteriak atau berdiri tetapi saya tidak dapat bergerak. Suara pun tidak dapat keluar. Hanya kepala saya saja dapat digerakan. Perempuan itu merenung tajam ke arah saya. Dalam hati Allah saja yang tahu.

“Aku datang bukan hendak berjumpa dengan kau. Kau tidak perlu halang aku.”

Suara yang garau itu sudah membuatkan saya rasa nak terkencing dalam seluar. Apa yang aku dah buat? Aku halang dia pasal apa? aku kenal diakah? Bila masa aku kacau hantu nie? Banyak soalan demi soalan dalam minda saya dalam mimpi tu.

“Aku Cuma mahu bertemu dengan ibu kau nanti. Kau tidak perlu halang aku!” Dia pun hilang di pintu. Saya? Terjaga sampai berpeluh – peluh. Kalah orang joging.

Petang esoknya, adik masih main tumbuk – tumbuk lagi. Buktinya ... banyak sungguh kesan lebam pada lengannya. Tengah saya dan mak berleter kat adik, tiba – tiba abang dan nenek kepada Daniel datang ke rumah kami. Nak tuntut keadilan kononnya. Abang dia paling aku geram. Nak belasah adik aku depan mata kami. Memang huru – hara malam tu.

Kalau masih juga adik saya tumbuk adik dia, dia cakap dia tidak teragak – agak akan bunuh adik saya. Ingat senang ke nak bunuh orang. Malaysia tak ada undang – undang ka?

Saya nak lawan cakap laki kurang hajar tu tetapi mak bagi jelingan maut. Saya diam saja. Pada esok hari juga, saya dan mak saya uruskan pemindahan sekolah adik saya ke sekolah rendah lain. Tak mahu gaduh – gaduh kata mak.

Adakah ini yang dikhabarkan oleh perempuan bermata satu itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience