Bab 2 - Nenek

Other Series 13475

Saya hanya tinggal bersama ibu, adik bungsu, nenek dan atuk ketika saya berumur 17 tahun. Ayah saya dah lama meninggalkan kami dengan isteri mudanya ketika saya berusia 11 tahun. Nenek masuk agama islam setelah berkahwin dengan atuk. Hanya saya, ibu dan adik saja masih mengamalkan adat lama nenek moyang kami. Walaupun begitu atuk memberikan pendedahan dan mengajar saya dengan sedikit asas bahasa jawi seperti Aliff, Ba, Ta dan banyak lagi yang asas – asas saja. Maaf kalau ada tersalah eja, ya.

Baru saja keluarga saya mencapai bahgia, atuk pula yang buat masalah. Atuk mula curang dengan nenek dengan membuat hubungan dengan sepupu sendiri. Nenek sangat kecewa sekali. Mula dari itulah atuk berunsur – unsur melupakan kewajipannya terhadap Ilahi dan tanggungjawabnya sebagai suami.

Pernah sekali sepupu atuk dengan maknya sekali tanpa rasa bersalah datang ke rumah kami. Niatnya datang kononnya mahu berbaik – baik dengan nenek sebab ketelanjuran dirinya dengan atuk selama ini. Nenek yang lagi pemurah dengan kemaafan itu pun maafkan sajalah si sepupu atuk tu.

Petang itu juga sepupu atuk tu bawa banyak ikan terubuk masin dan berniat mahu berjual di sekitar kampung kami. Nenek setuju saja. Masa tu atuk kerja di Pulau Pinang hanya sesekali saja balik. Mak pula kerja di kilang. Nenek keberatan meninggalkan saya dan adik yang masih kecil tinggal bersama mak sepupu atuk di rumah bersendirian. Mungkin hati nenek berbelah bagi nak meninggalkan rumah. Bagaikan ada sesuatu yang buruk akan terjadi.

“Alah pergi jelah. Akukan ada jaga budak – budak ini.” Kata mak sepupu atuk. Nenek pun dengan langkah lemahnya mengikuti saja sepupu atuk tu berjual ikan terubuk masin rumah ke rumah di sekitar kampung kami. Tetiba mak sepupu atuk yang saya panggil nenek long mengajak saya memasak.

“Nanti nenek datang berjual mesti lapar.” Inilah antara perbualannya yang saya ingatlah. Jadi kami berdua pun masak. Kita masak sayur kubis sup saja. Tetiba Nek Long mengambil sesuatu dalam beg sandangnya. Saya ini yang tengah seronok memasak sempat lagi bertanya. Takkan tak bertanya kot? Rasa curiga tetiba Nek Long membawa botol kecil ke dapur.

“Apa tu nek?” Lancar saja aku. Nek Long terkejut kerana saya prasan tindakan dia tadi. Lalu dia buat senyuman manis.

“Lada nie hah. Kalau tak ada lada tak nyaman lauknya.” Saya lagi bertambah hairan. Lantas jari telunjuk saya menunjukkan rak kecil di belakangnya.

“Kat situ nenek dan mak ada beli banyak pelbagai spesis lada nek. Ada lada putih yang masih bulat tu. Hah! Lada hitam pun ada dan tidak tinggal serbuk lada pun ada.” Nek Long jelas sedikit kaget. Lama dia diam. Saya yang blur hanya memerhatikan dirinya sambil menutup api gas dapur. Kang over masak pula sayur kubis, memang tidak nyaman.

“Ini lada kesukaan nenek. Nenek memang bawa ke mana – mana saja. Dahlah. Jangan banyak cakap.” Saya masih hairan tapi anggukan saja.

Kami berbual kosong hinggalah nenek saya sampai bersama dengan sepupu atuk. Tak habis jualan mereka. Kerana harga ikan itu bagi saya agak mahal. Tanpa berlengah kami terus menjamu selera. Tak sabar sungguh Nenek Long ajak makan. Alasannya nanti lauk sejuk. Kami pun menjamu selera tanpa bersangka apa – apa. Segalanya licin.

Malam itu saya di datangi mimpi yang tidak dapat diterima oleh akal sedar. Dalam mimpi itu bagaikan roh. Saya lihat semua orang menangis. Hairan juga. Mak menangis tertahan – tahan di belakang antara orang ramai disitu. Lagi bertambah resah saya melihat, saya sendiri sambil mendukung adik juga turut menangis. Atuk mengikuti pembacaan Yassin di antara para islam yang lain. Nenek? Mana nenek? Aku tidak dapat mengesannya disitu. Saya ada melihat sepupu atuk dan Nek Long berdiri tidak jauh dari rumah atuk. Di sebalik pohon bunga raya yang ditanam oleh mak. Keadaan mereka berdua sukar difahamkan. Orang di sana menangis dan mereka tersenyum dan ketawa.

Saya menoleh lagi kearah atuk, mak dan diriku sendiri. Saya berjalan ke tepi kiri sikit supaya dapat melihat jelas siapakah yang terbaring kaku itu. Alangkah terkejutnya aku, itu NENEK! Nenek terbaring kaku dan telah dibalut kemas dengan kain kapan. Akibat sedih yang tersangat, saya terasa jasad ditepuk. Bila saya buka mata, saya terpandang wajah nenek lalu saya peluk dia erat – eratnya.

Sebulan selepas saya bermimpi nenek meninggal itu, nenek pun meninggal dunia kerana ketumbuhan seperti sebiji telur di lehernya. Sebulan nenek menderita akibat ketumbuhan itu. ketumbuhan itu mula – mulanya sekecil biji guli dan membesar sebiji telur ayam. Bila sudah besar sebiji ayam dan biji itu pecah sendiri. Ia mengeluarkan bau yang busuk dan nenek meninggal kerna itu. Doktor kata kanser tetapi tidak bagi saya. Saya bagai mula mempercayai si MIMPI ...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience