Bab 5 - Salam

Other Series 13475

Tamat pengajian amat dinanti – nantikan. Ingin saja berteriak ‘ Aku sudah bebas!!!!!’ Hihihi ... Mana tidaknya, saya rasa bebas daripada beban yang saya alami selama ini. sekarang ini dapat saya luangkan banyak masa dengan keluarga tercinta. Ya mak dan adikku. Itulah yang aku ada.

Banyak rakan – rakan saya bernaib baik keluar saja dari IPTA terus sudah ada kerja. Saya pula kerja kat syarikat ini sekejap, dah berhenti. Kerja lagi kat syarikat itu sekejap, dah berhenti. Memang tak matang betul. Kena marah sikit, mula la pasang hajat nak berhenti. Kena buli sikit, hah! Memang ada niat dah nak tandatangan surat berhenti.

Sekarang ini, bila diingat kembali zaman tak matang saya tu dulu, alangkah begoknya aku! Graduan kat luar sana juta orang menganggur. Aku yang bertuah dapat kerja ini tak reti nak bersyukur. Tempat terakhir saya berhenti ialah di syarikat yang offer gaji super giler! Tapi aku kena buli dengan bos yang paksa saya kerja lebih masa sampai jam 11 malam. Hari minggu pun tak da maknanya. Turun juga kerja. Kalau tak nak? Kena pecatlah!

Ada satu hari ini saya dah naik angin lawan bos tak nak turun kerja ahad tu, letih bah ko .... Isnin itu juga surat berhenti terkemas cantik atas meja kerja saya. Huhu. Malang. Lepas itulah saya menganggur selama hampir setahun sebelum terima tawaran kat syarikat perkapalan.

Antara hari – hari saya mengangur tu, ada satu malam saya baca Yassin. Sekadar mahu tenangkan fikiran dan minta perlindungan dari Allah daripada sesuatu ‘perkara’. Masa tu bulan puasa tahun 2013. Saya tertidur belum sempat saya habiskan bacaan. Entah mimpi ke apa, saya pun kurang pasti. Rasa saya macam saya sedar dialam nyata. Entahlah.

“Assalamualaikum”. Suara seorang perempuan memberi salam. Saya pun pandang sekeliling mencari empunya suara. Cari punya cari hinggalah saya melihat ke arah tangan saya yang masih memegang buku Yassin. Berdirinya seorang wanita berjubah labuh warna hitam. Tudungnya juga labuh berwarna hitam. Hanya lihat bahagian mata dia saja. Kecil saja saiznya. Bagai saiz pemadam. Siapa pernah tengok drama Delina? Hah! Kecil macam itulah dia.

“Wa’alaikum musalam”. Saya menjawab si salam.Maaf kalau ejaan salah. Dari matanya, saya bagaikan tahu dia tengah senyum pada saya dan saya terjaga.

Bila saya terjaga, saya tertanya – tanya. Apakah maksud disebalik mimpi tadi? Buku Yassin yang masih didalam pelukan saya di pandang lama. Nak tanya pada yang pakar, tiada. Saya ceritakan saja pada mak dan mak cakap dia suka bila saya mendekatkan diri dengan agama. Saya juga senang hati kerana apa yang saya lakukan selama ini direstui dan disukai oleh mak sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience