Bab 7 - Mula Percaya

Other Series 13475

Bermula dari mimpi saya diajak kali ke-2 itu, saya mula percaya bahawa saya perlu buat sesuatu. Saya dapat rasakan Allah mahu menyampaikan hidayah pada saya. Dari situlah saya mula menyelidik, merujuk banyak buku, bertanya dengan rakan – rakan muslim, nasihat daripada emak dan rakan – rakan yang boleh dipercayai.

Saya mula mengamalkan bacaan Al-fatihah dan doa tertentu pada setiap malam kecuali saya dalam haid. Mula saya mengamalkan perkara baru ini, saya sering diuji. Bagi saya ini adalah perbuatan syaitan dan sekutunya.

Sebelum saya mulakan bacaan saya pada buku Al- Quran ataupun berdoa, saya akan baca Al – Fatihah terlebih dahulu. Setelah tamat baca, saya ini kadang – kadang berasa mengantuk, semasa saya membaca helaian demi helaian Al – Quran saya akan menguap tidak berhenti – henti, terasa gatal badan, sakit perut tiba – tiba, rasa malas dan nak perasaan tu nak cepat saja habis membaca.

Perkara seperti ini memang selalu berlaku hinggalah kini. Saya pernah terbaca dalam beberapa buah buku. Beberapa tanda yang saya alami ini dalah perbuatan syaitan yang tidak mahu kita taat pada Allah. Saya percaya itu.

Saya ini pun manusia biasa. Kadang – kadang tu saya tak kuat diri lalu kalah di tangan syaitan. Huhu!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience