Bab 3 - Ayah

Other Series 13475

Ketika saya berumur 19 tahun, saya melanjutkan pelajar ke peringkat IPTA dan tinggal berjauhan dengan keluarga. Hari pertama saya di IPTA, saya ditempatkan bilik muat dua orang saja. Masa tu ayah masih mengambil berat tentang saya dan adik meskipun sudah bercerai dengan mak.

Mak dan adik menghantar saya dari Bintulu hingga ke Mukah. Mereka berdua tidak lama dengan saya.Mak dan adik terpaksa meninggalkan saya di kafe IPT saja kerana bas Mukah ke Bintulu hanya ada pukul 2 petang. Saya melihat jam sudah pukul 1.15 petang. Saya hanya melambai – lambai tangan sambil menangis – nagis apabila teksi kian jauh dari pandangan. Maklum sajalah, pertama kali berjauhan dari keluarga dan paling menyedihkan lagi, mak tidak mempunyai kesempatan untuk menghantar aku ke pintu bilik asrama tempat ku bakal menginap seperti ibubapa pelajar – pelajar lain. Malang sungguh aku ini! saya menerima 1 SMS dari ayah. Ayah menyatakan dia sudah masukan duit belanja RM500 ke dalam akaun peribadi milik saya. Setiap bulan, ayah akan kirim duit sebanyak RM500 saja.

Pandai – pandai sayalah berjimat dengan duit sebanyak itu. Huhu ... Ok kita lupakan pasal tu. Pada malam itu, saya tidur dengan lenanya. Letih seharian dah jadi The Rock angkat barang ke tingkat 3. Penat ooo ... Orang lain boleh la tarik nafas lega. Saudara - mara banyak, mak bapa ada. Saya apa ada? Lepas masukan pakaian ke almari, susun baldi tepi katil dan bila semua sudah clear tanpa basuh kaki dan gosok gigi, saya terus landing tanpa memperdulikan orang sebelah katil.

Malam itu, mimpi datang lagi. Mimpi kali ini seolah – olah membawa berita kurang baik pada saya. Dalam mimpi itu, saya melihat ayah yang sedang menaiki teksi lalu ia berkata. “Inilah kali terakhir kita bertemu. Ayah terpaksa meninggalkan anak – anak ayah sebab isteri ayah tidak suka.”

Saya pun menanggil sambil memanggil – manggil ayah yang kian jauh menaiki teksi. Saya terbangun bila rakan sebilik kejutkan. Aku bangun dengan bekas air mata yang masih lagi segar di pipi ku. Sampai ke alam nyata saya menangis.

Agak lama juga mimpi tu berlalu. Lama juga ayah tidak mengirim duit pada saya. Sampai saya terdesak pinjam duit rakan sebilik tapi saya tak mahu menyusahkan mak. Tak mahu mak risau. Bila mak telefon tanya ada belanja atau tak. Jawab je ada. Pernah juga telefon ayah tetapi malangnya nomber telefon ayah tidak aktif lagi hinggalah kini. Akibat tekanan kewangan, saya memberanikan diri membuat pinjaman PTPTN untuk menampung perbelanjaan di sepanjang 6 semester selama saya di IPT. Nasib baik saya ada duit simpanan peribadi yang boleh menyokong keperluan apabila kecemasan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience