Bab 4 - Diajak Ke Masjid

Other Series 13475

Bila saya berada di semester yang kelima, saya berkongsi bilik 4 orang pelajar. 2 orang memang rakan sekelas jurusan yang sama tetapi seorang lagi jabatan yang sama tetapi jurusan berbeza. Saya sejak semester 5 ini, bila ujian saja sakit. Bila ujian saja demam. Masa aku ambik MUET aku sakit sangat teruk. Pointer saya makin hari makin menurun. Jadi kawan sebilik sebelah katil saya ini nama dia Nursanisa. Dia selalu mengaji dalam bilik.

Sembahyang pun tak pernah tinggal waktu. Kadang – kadang terkejut aku tengah malam bila Nursanisa memakai telengkung mengaji. Mana tak, semua api utama dipadamkan. Nursanisa selalu pakai lampu meja saja bila mengaji waktu malam sehingga tengah malam. Saya panggil nama dia Anis. Sebab dia lebih selesa dengan panggilan nama tu.

Tengah saya deman panas sampaikan doktor ingat aku hamil (apa punya doktor, entah!), Anis hadiahkan saya sebuah buku Al – Alquran dan buku comel saja rupa bentuk dia iaitu buku himpunan doa. Saya terima saja. Anis suruh saya amalkan membaca ayat – ayat Al – Quran. Saya memang jenis yang ‘on saja’. Ada juga saya curi – curi baca. Saya curi – curi baca sebab saya tak mahu rakan sekuliah saya 2 orang tu ejek saya nanti.

Seminggu saya amalkan. Pada hari ke – 11, saya bermimpi saya berada di masjid. Dalam masjid tu, semua orang berpakaian putih, yang perempuan pun bakai telengkung putih dan hanya mata saja yang kelihatan. Lelaki pun pakai jubah labuh putih. Wajah mereka berseri – seri dan bercahaya. Setiap daripada mereka lalu di hadapan saya yang tengah berdiri di tengah – tengah masjid tersenyum manis sekali.

Lama juga saya berdiri kaku di situ. Terlalu asyik memerhatikan mereka. Terasa ada suara halus yang menyapa. Lelaki. Wajahnya tampan sekali. Dia tersenyum. Saya pun senyum. Saya lupa kata – kata lelaki itu tetapi saya ingat yang dia ajak saya masuk dan sembahyang sekali. Sembahyang? Saya mana reti. Dalam mimpi saya nak cakap kat dia ‘Saya Tak Tahu.’ Tetapi lidah kelu. Saya lihat diri saya dan saya terkejut. Nak tahu kenapa?

Rupa – rupanya saya juga memakai telengkung! Dan lelaki tadi mempelawa sekali lagi. Mengajak saya masuk dan sembahyang. Saya angguk kepala dan ikut melangkah dan saya terjaga.

Bila saya terjaga, saya tidak berpeluh – peluh seperti selalu bila saya mimpi. Hati saya bagaikan tenang. Akhirnya saya tersenyum sendiri. Bahgia!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience