BAB 6

Romance Completed 8156

Berapa hari Faz protes sebelum terima yang kami akan berkahwin jugak. Lama2 dah tak ada dia ugut aku suruh putuskan pertunangan ni, mungkin dia dah penat nak membantah kot. Tapi, tak pernah pun dia bercakap baik2 dengan aku. Tapi sepanjang aku jadi tunang dia, selain dari dirinya yang kasar dan gangster dan garang sekaligus, dia sangat baik hati.

Walaupun dengan aku buat macam aku ni penjenayah yang wajib dihukum. Kalau ikut cerita ni, memang aku macam penjenayah sebab buat dia kawin dengan orang yang dia tak kenal langsung dan buat dia kahwin awal.

-Faz-

Erm! Nak kena try baju pengantin la pulak. Aku ambil baju yang disediakan dan terus masuk ke dalam bilik persalinan. Bila aku keluar je dia dah tak ada kat situ. Ok!

"Tunang kau cakap dia tunggu luar."

"Ya? Kalau dia tak suka baju ni macam mana?" Soal aku pula.

"Dia cakap, dia nak tengok bila hari kahwin nanti. Dia nak tengok yang halal katanya"

"Oh! Tahu pulak halal haram. Nak salam dengan kau tadi tak fikir?" Ha! Ambik kau sedas perlian aku. Bukan main lagi cakap pasal nak tengok yang halal. Kalau nak sentuh yang tak halal macam mana pulak? Tak dosa? Nak tunjuk baik la tu kononnya.

-Riz-

"Aku terima nikahnya, Ria Fazura Binti Rahman dengan mas kahwinnya 777 ringgit tunai" alhamdulilah, dengan sekali lafaz sahaja ya Allah.

Segala kekuatan yang ada tadi datang dariMu ya Allah. Kini, dia isteriku dan setiap buruk baiknya aku pohon berikan aku kekuatan untuk membawanya ke syurgaMu ya Allah. Moga amanah yang bapa mertuaku titipkan untuk aku ini dapat aku jaga dengan baik Ya Allah. Moga perkahwinan ini diberkatiMu ya Allah.

"Terima kasih Riz" aku membalas pelukan walid yang menitiskan air matanya setelah mengahwinkan aku dengan satu satunya puteri yang dia ada. Aku tersenyum dan mengesat air mata yang gugur di tubir mata
walid.

"Riz yang perlu berterima kasih, terima kasih kerana percayakan Riz dan bagi Riz peluang untuk masuk dalam keluarga ni" aku cium lagi sekali tangan kekar walid dan walid mengusap lembut belakang aku.

Benarlah, yang tangisan seorang ayah adalah di hari bahagia anaknya. Ya Allah, jika aku diberi peluang untuk memegang gelaran sebagai ayah,moga aku mampu menjadi seorang ayah yang baik seperti papa dan walid.
Aku beralih ke papa dan aku salami tangan tua itu pula.

"Jadilah suami yang baik. Menantu papa adalah anugerah dalam keluarga kita." Aku senyum pandang papa. Air mata aku juga menitis bila rasa bersyukur yang teramat dengan nikmat yang Allah berikan.

Selesai satu lagi tuntutan agama di bahuku. Kini,yang aku akan galas lagi berat,moga Allah permudahkan semuanya. Amin.

Pengantin perempuan berada di sebelah tabir di bahagian perempuan. Aku hanya pandang tabir yang tertutup itu lama dan tersenyum. Isteriku, Ria Fazura, semoga ada bahgia untuk kita. Sebelum pembatalan air sembahyang,aku sujud syukur dan solat sunat hajat dua rakaat. Ya Allah, moga hubungan kami tidak berakhir dan kekal sehingga ke syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience