BAB 1

Romance Completed 8156

Banyak-banyak benda yang membengangkan di dunia ni, ada satu perkara yang kalau orang cakap buat aku bengang. Andartu. Aku paling menyampah bila perempuan sering dimomokkan dengan kata-kata yang menakutkan,

‘’eh kau tak takut ke jadi anak dara tua?’’,

‘’Kahwinlah cepat nanti susah nak dapat anak,’’ ,

‘’ni kahwin lambat mesti tak laku ni kan?’’

Hey, hello, kenapa mesti takut nak jadi anak dara tua? Adakah ia satu perkara yang menjijikkan pada masyarakat. Apa kau ingat saja-saja ke nak kahwin lambat, tak mencuba langsung?

Kau ingat golongan ni duduk tercongak menunggu jodoh. Kebanyakannya ada yang bercinta siap bertunang lalu patah hati atau cinta terputus di tengah jalan lepas tu bangkit dan mencuba lagi buka hati untuk cinta, habis kalau dah jodoh belum sampai seru, kau nak lawan kuasa tuhan ke? Macam aku nil ah sekarang ni.

Apa salahnya kalau umur aku dah nak masuk 30? Bukannya besok tapi dua tahun lagi. Dari mama,papa,adik aku, tok wan dan wan semua la boleh dikatakan paksa aku tamatkan zaman bujang ni cepat2. Mana nak cari calon kalau aku ni sibuk je memanjang. Pening kepala aku dengan benda ni. Aku ni lelaki, bukannya salah kalau kahwin lewat sikit, tak adanya dapat status andartu yang semua perempuan duk takut sangat tu.

Time picnic macam ni pun semua oramg sibuk duk tannya pasal keputusan aku bila nak kahwin dan dengan siapa. Dan memang aku tersepit sebab tarikh akhir aku tamat hari ni. Dah la semua calon dari setiap ahli keluarga aku pun datang hari ni nak mintak aku punya jawapan. Memang sakit kepala betul la aku kalau macam ni.

"Give me 5 minutes, and i will choose the lucky one" jawab aku mengalah dan malas bila dipaksa sakan. Tak ada satu pun yang aku berkenan dengan pilihan hati mereka semua ni. Semua ada perangai yang berbeza tapi ada satu benda yang sama,iaitu, HIPOKRIT! depan aku baik gila tapi, belakang aku hanya Allah je yang tahu.

Aku berserah padaMu Kali ini ya Allah. Berikanlah aku pilihan yang terbaik ya Allah. Dah la tengah picnic tepi pantai, hari ni, saat ini jugak mereka nak aku buat keputusan! Bunuh diri dalam laut la kalau macam ni. Serabut betul.

Ya Allah, siapa yang muncul depan mata aku sekarang ni, dia yang aku akan lamar sebagai isteri. Aku tutup mata rapat2 dan setelah aku baca doa ringkas dan memohon daripada Allah aku buka mata. Bila mata aku bertaut dengan mata perempuan yang cantik bertudung depan aku ni jantung aku berdebar hebat. Ya Allah, dia ke?

Pantas aku melutut didepannya dan dia yang langsung tak kenal aku siapa terkejut dengan tindakan aku. Semua orang pun turut sama terkejut dengan tindakan aku. Aku melamarnya dengan penuh perasaan dan bila aku buka mata dia berkerut. Eh, tak terkejut ke?

"Encik kenapa ni?" Soal perempuan itu direct. La! Aku berangan je tadi? Ingatkan dah settle bila dia terima tadi. Berangan la pulak. Aku melutut betul2 kali ini dan ni barulah orang kata semua orang terkejut.

"Will you marry me, please?" Lamar aku ikhlas dan semua orang dah berkumpul keliling kami berdua.

"Just please say yes" pinta aku padanya dan dia terkejut hebat. Entah siapa yang kena tangkap muat dengan aku ni kan?

"Kalau betul nak anak gadis kami,apa kata hantar keluarga datang pinang. Tak payah nak mat salleh sangat" suara seorang lelaki tua buatkan suasana bising sedikit. Dan mereka yang lain setuju dengan apa yamg dicakapkan tadi.

Keluarga aku terus ambil port di depan keluarga perempuan yang kena tangkap muat ni. Dia nampak macam bingung je lagi dengan benda yang tengah jadi sekarang ni. Macam blur habis dan tak faham apa benda yang tengah jadi.

"Kalau macam tu hujung minggu ni jugak kami masuk meminang!" Mama dan papa nampak bersemangat benar.

Aku diam di sisi perempuan yang bingung lagi. Aku pun teruk jugak main rembat je! Mana boleh macam tu kan?tapi anggap je la aku ikut cara halal dulu, bercinta selepas kahwin!

-Faz-

"Ibu, walid, Faz tak kenal pun mamat gila tu! Jangan la terima pinangan dia!" Marah Ria Fazura, aku la tu bila keluarga aku gembira dengan lamaran tangkap muat di pantai tempoh hari.

"Alah, Kak Faz malu kan?" Rasa nak bagi penyepak je adik aku ni. Aku offer pelempang bila dia sibuk duk bersuara dalam perbincangan oramg tua ni. Dia tu baru je nak SPM. sibuk nak campur urusan orang tua.

"Ada pak we tak nak ngaku!" Tambahnya lagi dan laju je tangan aku tumbuk bahu dia kuat. Aku ni jenis ganas sikit dan? Lelaki? Bukanlah sejenis kaum yang aku agak suka sikit, tapi tak bermaksud aku ni tak straight! Straight, tapi kes kawan aku banyak frust dan kes tengok drama banyak sangat sampai aku pun terpengaruh sekali. Parah!

"Faz, ibu dah pesan jangan suka2 je naik tangan kan?" Aku mengeluh malas dan pandang muka Lee yang tayang sengih bahagia sebab dibela,kaki terus aku ayun dan sepak kakinya depan ibu dan walid lagi. Sakan dia mengaduh lalu memegang kakinya. Padan muka!

"Ya Allah,Faz, masuk telinga kanan keluar telinga kiri benda yang ibu cakap ya?" Suara Ibu dah tinggi sikit. Aku sengih lalu angkat double likes untuk adik aku yamg kurang pelajaran dengan aku ni. Nanti aku jadi cikgu jaga la kau duhai adik kesayangan. Walid dah tak tahu nak buat apa kat aku ni.

"Ibu cakap jangan naik tangan,kalau kaki ok la kan?" Aku bertanya selamba dan mata ibu macam nak terkeluar sebab geram dengan perangai aku yang teruk dan kasar ni. Walid dah tayang senyum nipis mungkin dah bersedia volcano ibu nak meletup dah ni.

"Jom hantar Lee pergi sekolah!" Tanga aku ditarik Lee dan dia salam tangan ibu dan walid cepat2. Percayalah tak ada seorang pun yang sanggup tahan lava panas volcano ibu. Aku pun tahan sengih dan ikut Lee keluar dari rumah. Masaklah kalau kena marah. Hahahaha...

"Cantik bro!" Aku usap kepala Lee yang selamatkan aku dan dia pada masa yang sama. Lee tayang sengih dan angkat double likes. Teruk!

"Tengok la anak2 awak tu, saya tak habis cakap lagi dah pergi"

"Saya nak pergi ladang ni, assalamualaikum" walid terus beri salam dan menghulurkan tangannya kepada ibu. Tangan abah disalami tapi mulut ibu tak henti2 membebel.

"Like father like daughter and son!" Wah! Ibu cakap omputeh la! Salute!!! Memang lawak betul la keluarga aku ni, walid pun tak stand dengan bahang lava tu agaknya. Hihihi, kesian ibu nak layan kami bertiga dalam rumah ni yang selalu susahkan dia pagi petang siang malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience