BAB 7

Romance Completed 8156

Memang aku agak marah sebelum perkahwinan ini berlangsung. Semalaman aku tak tidur sebab aku istikharah dan solat hajat mintak pada Allah. Moga Allah tunjukkan jalan yang sepatutnya untuk aku dan setiap kali aku selesai berdoa, bayangan Riz dengan berbaju melayu putih meminta aku mendekatinya.

Aku banyak kurangnya tapi aku akan cuba untuk tidak menderhakainya. Aku solat sunat hajat dua rakaat dan kembali ke tempat asal untuk majlis pembatalan air sembahyang. Memang tangan ini pernah memukul lelaki ajnabi tapi, tangan ini tak pernah membelai atau memyalami tangan lelaki ajnabi.

Debaran aku rasa tatkala salam darinya di beri. Aku menjawab sambil merenung jari sendiri. Jemari aku disentuh dan aku berdebar hebat, lantas sebentuk cincin disarungkan di jari manis aku. Sejuk tangannya tidak terasa kerana tangan ku juga sesejuk itu.

Aku angkat wajah dan dia tersenyum memandangku. Tangannya aku salam dan cium dan dia membalas dengan mencium tangan aku balik. Dahi aku dicium pula dan satu doa dititipkan kepada aku. Amin ya Allah.

Majlis kawin dah selesai dan kini, hanya aku dan dia berdua di dalam bilik pengntin. Dengan pakaian pengantin lagi. Aku yang gangster ni dah agak rimas bila pakai baju macam ni dan tudung lilit sana sini tapi, malu la pulak nak bukak tudung depan dia.

"First, saya tengah cuba untuk terima awak. Second, maafkan saya kalau saya ada terkasar bahasa or what. Saya harap awak tak memaksa saya untuk terus terima semua ni secara total"

ok! Kira baik sangat la tu dah bahasakan diri awak saya. Penat aku praktis dengan Far tau. Walaupun aku tak mampu nak ikut semuanya scara total tapi aku akan cuba. Kahwin ni pun bukannya benda yang pernah terlintas dlm benak aku.

"Ok,tapi,awak tak boleh hentikan saya untuk buat awak terima saya"

"Hurm? Ok. Tapi, jangan lebih2 sangat. And! Saya tak suka kalau over romantic. Rasa nak pitam je" aku bersuara tegas dan dia ketawa kemain lagi. Aku buat lawak ke tadi? Memang tak la.

"No worry. Saya bukan lelaki romantic pun" ujarnya lalu terus masuk dalam bilik air.

Aku lega dan buka tudung yg melilit lilit ni. Aku rasa ada jugak masuk metro orang mati terbelit shawl ni. Susah benor nak buat benda yang kita tak pernah buat kan? Dah sepuluh minit aku berperang dengan shawl ni,karang ada jugak aku ambik gunting.

Berapa juta pin yang dia pasang ni? Hish! Benci sungguh! Dah la panas! Rimas! Serabutnya! Aku buka laci dan tersengih sikit bila jumpa gunting. Goodbye shawl! Kau yang susahkan hidup aku. Baru je aku nak gunting terasa tangan sejuk pegang tangan aku. Gunting di tangan aku dah di ambil.

Erk! Riz ke? Aku pandang belakang dan nak tercabut kepala aku bila muka aku betul2 depan badan dia, dah la tak pakai baju! Tapi, wangi kot. Gila!!!! Nama pun lepas mandi. Aku pandang depan dan pandang dia dari cermin, kurang asam betul dia ni kan?

"Kenapa ni?" Soalnya lalu menyimpan gunting dalam laci. Nasib baik aku dah ikrar tak nak belasah suami sendiri,kalau tak ada orang terlekat kat dinding malam2 ni.

"Susah nak bukak. Banyak pin!" Aku jawab garang dan dia gelak sikit.

"Biar saya tlong buka ya?" Terus tangannya mencabut satu demi satu pin yang ada.

Aku curi pandang wajahnya yang tersenyum melakukan kerja itu. Dah la tak pakai baju ke apa, sia2 je duk tayang depan aku ni ha!. Buat kurang pahala puasa aku je, eh, bila pulak orang puasa malam hari ni?

"Dah! Jangan la main benda tajam macam tu lagi. Bahaya" pesanan dia buat aku tergelak.

"Bukan tu je saya pernah buat. Potong rambut sendiri pun saya pernah buat tau!" Ha! Ternganga dia bila aku cakap mcm tu.

"Ya? Biar betul?" Soalnya tak percaya langsung. Aku buangkan shawl dan biarkan rambut pendek aku yang hanya betul2 paras bahu ni terurai. Dia diam tak berkutik dan aku berkerut.

"Awak ni! Jangan buat macam tengok saya ni botak boleh tak?"

"Sorry, nanti awak jangan potong rambut lagi eh. Cantik kalau rambut awak panjang" aku terdiam. Erk! Dia nak puji aku ke tu? Aku diam dan ambil tuala lalu terus masuk dalam bilik air. Baju tidur sekali!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience