BAB 10

Romance Completed 8156

"Alhamdulilah,seliuh biasa je ni. Nothing serious. Tapi, kena be careful, kurangkan bergerak dan melangkah jauh2."

"Lagi doktor?"

"Erm, jangan minum dan makan benda sejuk."

"Tu je Yana? Berapa lama kena rest?"

"Dalam seminggu lebih. Untung bengkak dah surut sikit. Awak ni Riz. Make sure, your wife hati2 dalam bilik air."

"Ya la Yana. Tapi, bini saya ni ganas sangat!"

"Bila kahwin? Tak ajak saya pun" ok! Memang situasi pelik. Riz dan doktor Mazliyana ni kenal ke? Cakap macam bff never die je.

"Baru je semalam. Nanti walimatul urus kami jemput" aku dengan muka bodoh habis pandang dua orang yang tengah berbual ni. Aku ni halimunan ke kat sini.

"Wah! Newlywed. Tahniah" ujar doc itu ceria.

"Thanks! Btw,kami minta diri dulu"

"Ok, Riz. Awak guna no lama lgi
kan?"

"No! I've change it. This is my card. Anything, just call me"

"In sha Allah. Nanti, ada masa datang la rumah. Umi selalu tanya pasal awak"

"In sha Allah. Nanti ada kelapangan, in sha Allah" setelah salam diberi kami keluar.

Banyak yang aku nak tanya tapi bila fikir balik buat apa nak tanya aku diamkan je. Macam mesra semacam je kan? Awek dia ke? Tapi, kalau awek dia pasal apa pulak dia lamar aku?

"Kawan, kawan abang zaman sekolah dulu" bila aku dan dia dah ada dalam kereta dia cakap. Macam tahu2 je otak aku dah penuh dengan tanda soal ni.

"Oh..." balas aku ringkas dan dia senyum pula. Suka la tu! Kawan satu sekolah ke awek satu sekolah ni? Ha??? Kan?

-Riz-

Aku rasa terang lagi bersuluh doc tu cakap jangan banyak gerak tapi, boleh pulak dia main badminton dengan Lee. Hailah, karang patah kaki tu aku tak tahu nak cakap apa lagi dah. Aku meluru ke arahnya dan raket badmintonnya aku pegang. Aku menggelengkan kepala dan dia berkerut menahan geram.

"Doc suruh rest. Kurangkan bergerak. Tapi apa Faz buat? Main badminton?" Bila tinggal sebumbung dengan dia ni aku sendiri dah jadi kaki membebel. Patutlah perempuan suka membebel sangat sebab membebel ni best, boleh hilang stress.

"Ala! Orang nak main ni!" Marahnya pula dan aku ambil raket di tangannya. Lee aku pandang dengan muka mintak penjelesan terus tersengih.

"Lee terpaksa abang. Kak Faz cakap, kalau Lee tak main dengan dia, dia nak 'renovate' motor Lee" aku tersengih. Ya Allah, bini siapalah yang ganas sangat ni.

"Lee!!!" Marahnya bila Lee bocorkan rahsia. Aku gelengkan kepala dan pandang dia lalu mendekatinya.

"Lee masuk dulu!"

"Saya bosan la! Tak ada benda nak buat. Nak jalan2 pun tak boleh" adunya geram. Betul jugak, dah lima hari dia duk rumah je tak pergi mana2 dan tak buat apa2.

"Malam nanti kita keluar. Abang bawak Faz jalan2"

"Ya???" Soalnya teruja habis.

"Ya! Faz nak pergi mana?"

"Times square! Nak main roller coaster!" Erk! Biar betik! Mana la boleh dia nak main benda tu semua.

"Abang bawak Faz jalan2 je. Ok?"

"Ok..." balasnya lemah. Hailah, dah sakit macam ni pun dalam otak tu fikir nak main je. Tak boleh duduk diam sungguh!

-Faz-

Aku gembira walaupun buat kerja yang tak ada faedah ni dengan dia. Jalan2 dekat lereng bukit malam2 tanpa buat apa2. Memang nampak macam bosan gila tapi dia pulak macam santai habis. Jenis dia lepas stress lain macam sikit dengan aku. Aku, kalau stress panjat gunung ke baru best. Tapi dia, lepak tempat sunyi je dah boleh relax.

"Kelip2" aku bersuara ceria bila kelip2 hinggap di bahunya.

"Tangkaplah" ujarnya pula dan aku terus tangkap kelip2 tu. Hurm! Comel!

"Jom kita lepas sama2" dia pegang tangan aku dan kami biarkan kelip2 tu terbang pergi. Cantik.

"Jom balik?"

"Ala,tak puas lagi ni..."

"Lain kali kita datang lagi. Ok?"

"Ok!"

-Riz-

Lah...dah tidur budak ni rupanya. Aku tersenyum lalu mengangkatnya untuk di bawa ke bilik.

"Tidur?" Soal walid.

"Ya walid, penat kot"

"Mahu tak penat. Seharian duk tawaf dalam rumah sebab bosan" aku tergelak. Kesian orang sakit kaki ni kan? Kena duk dalam rumah je.

"Sebab tu Riz bawak Faz jalan2. Riz naik dulu walid" langkah aku atur ke bilik. Setelah aku baringkan Faz di katil dia terus tersedar.

"Nak aiskrim" ha? Mulut aku ternganga. Mengigau ke apa?

"Dahaga la"

"Faz, sedar ke tak ni?"

"Sedar. Nak turun bawah jap. Nak minum air"

"Tak payah trun. Abang ambilkan"

"Saya bukannya tak boleh gerak langsung"

"Jangan degil boleh tak?"

"Awak pun, jangan degil boleh tak? Jangan layan saya macam saya budak kecik. Saya boleh buat sendiri" aik. Tetiba je dia nak naik darah ni kenapa pulak? Sumpah tak faham aku dengan dia ni.

"Sokay. Abang boleh ambilkan. Pergi siap2 nak tidur je" aku terus berlalu ke dapur. Aku ada tersalah sebut ke tadi? Aku ada cakap benda yang menyakitkan hati ke? Tak faham betul.

Aku menyuakan air kepadanya yang dah lengkap berbaju tidur. Dia meneguk air itu kemudian bersandar pada katil. Aku mendekatinya bersama minyak angin dan berada di hujung kakinya. Hampir setiap malam aku urut dia punya kaki walaupun dia tak bagi.

"Abang urut ya?" Aku terus urut je, tak perlu tunggu dia cakap ya pun.

"Lepas ni kita nak tinggal mana?"

"Kenapa?" Soal aku pelik.

"Tak kan kita nak tinggal dengan ibu dan walid kot. Saya tak kisah"

"Abang dah sediakan rumah untuk kita"

"Ya? Tapi, saya belajar lagi. And, saya rasa saya nak tinggal rumah sewa lama saya je. Dengan Far" aku tersentak. Dia nak tinggal dengan Far? Habis tu? Aku tinggal sorang? Peliknya kalau macam ni.

"Awak suka ke tak suka ke, habis je cuti nanti saya tetap nak tinggal rumah sewa saya"

"Abang ikut je" baik aku setuju je sebelum gaduh. Lagipun awal2 lagi dah mention keputusan dia, dia ni bukan mintak izin tapi maklumkan terus. Sekejap baik, sekejap dingin, sekejap nak marah. Aish! Tak faham la kenapa dia macam ni? Yang pasti, dia memang tak boleh terima aku lagi. Nasib badan la Riz,dah nama pun cinta tangkap muat. Belum tentu jugak muat2 kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience