BAB 11

Romance Completed 8156

Bukanlah niat aku nak mengeluh ke apa, tapi aku memang tak tahan dengan perangai senior yang konon hot la sangat kat sini tu. Dah tahu aku jaki dengan dia lagi nak tunjuk muka kat sini pehal? Nak aku lempang sampai kena order batu nisan ke apa? Aku campak beg dia yang dia letak atas meja ke lantai. Semua orang dah pandang kami. Aku bukan nak jadi diva or nak berlakon hollywood or what je la. Yang aku tahu! Aku tak suka dia ni dan aku nak dia faham hari ni jugak. Dia pandang aku dengan muka terkejut. Ingat dia senior aku takut ke? Menyampah!

"Faz,angkat balik" bisik Far dan aku buat tak endah. Bila senior Aqiff nak kutip beg dia balik Far dah tolong ambilkan. Aku menjegilkan mata kepada Far kerana selalu je halang aku buat jahat kat dia ni. Bukan kat dia je malah kat orang lain sama.

"Thanks" ujar lelaki depan aku dengan ramah dan aku rasa meluat nak mati. Aku angkat punggung untuk beredar tapi dia terus memanggil nama aku.

"Faz, I know you. And I know why you do this. But, no matter how you treat me, I will always love you" aku rasa nak muntah keluar usus je. Aku tak layan la ayat jiwang ni semua dan tolonglah jangan nak buat drama kat sini. Aku pandang belakang sekilas dan lepas hadiahkan senyuman sinis aku beredar dari situ.

Ingatkan bila sampai rumah dapat la aku relaks tapi lain pulak jadi bila ni lagi sorang yang suka cari aku pagi petang siang malam. Aku boleh jaga diri sendiri la!

"Baik awak balik, saya tak rasa nak layan tetamu pun hari ni" aku bersuara malas sambil buangkan topi keledar di kepala. Dia terus menonong masuk ke dalam pagar rumah aku dan berdiri betul2 di sebelah aku.

"Faz ada masalah ke?" Bila dia tanya aku tak rasa pun suka menyampah dan nak naik angin lagi ada la. Aku merengus kasar dan bergerak ke pintu rumah. Setelah mangga dibuka aku terus masuk dan aku terus tutup bila aku dah berada di dalam. Tak rasa nak hormat sesape pulak hari ni dan aku, tak ada hati nak mintak maaf pun.

-Riz-

"Abang, kenapa tak masuk?" Setelah 30 minit aku berdiri kat luar ni akhirnya balik jugak sepupu aku ni.

"Orang tak jemput, macam mana nak masuk"

"Faz tak ajak masuk?" Soal Far agak terkejut dan terus menonong ke pintu. Tapi aku paut tangannya dan menggelengkan kepala. Dia macam tak puas hati bila aku tak bagi dia masuk

"Something happen kat kolej ke?"

"Nothing, macam biasa je, tapi, tak tahu kenapa seminggu ni dia asyik naik angin je. Dengan Far pun kadang2 tu nak marah je"

"Ya? Abang tahu dia tak suka abamg datang. Tapi dah seminggu abang call, dia tak angkat pun. Mesej tak reply. Abang risau,thats why abang datang"

"A week? Entahlah abang. Far pun tak sure kenapa. Tapi memang seminggu ni dia garang je. Bukannya bendera merah pun" ha? Mulut aku ternganga bila Far cakap bendera merah. Bendera Kelantan ke apa?

"Period la abang!" Far gelak kecil aku ikut sama gelak bila dia gelak. Tengah kami syok borak, Faz dengan muka tak payah tafsir la macam apa keluar bersama bag pack. Nak ke mana pulak ni?

"Faz,nak pergi mana?" Soalan aku dijawab dengan jelingan tajam. Aku yang tak faham apa2 mendekati skuternya yang telah dihidupkan engin. Aku halang dia daripada pergi tapi dia selamba habis langgar aku. Memang la tak sakit tapi kenapa dengan Faz ni. Aku pegang tangannya sebelum dia pergi dan dia menepis kasar tangan aku.

"Faz, abang tanya ni!" Suara aku dah meninggi bila dia tak endahkan aku langsung.

"Eh, dengan saya naik suara,dengan orang lain layan lepak gelak pun ok. Fine!" Entah apa yang keluar dari mulut dia aku sendiri tak faham.

Belum sempat aku cakap apa2 lagi dia dah blah dengan laju. Aku mengejar dia tapi cepat je hilang dia ni. Aku mengeluh dan membuka pintu kereta untuk mengejarnya,macam mana nak kejar kalau asap motor pun dah hilang ni ha. Aku melepaskan keluhan berat dan memukul kuat stereng kereta. Geram! Tak tahu nak cakap geram pasal apa. Hujung minggu ni nak cakap apa kat mama dan papa.

Kenapa tak balik dengan Faz sama. Ibu dan walid pun mesti pelik nanti. Serabut! Mengikut perkiraan aku kami dah semakin membaik,sebulan pertama perkahwinan kami berjalan dengan baik. Setiap hujung minggu kami akn melawat rumah ibubapa kami dan akan tidur sana. Malah setiap call dan mesej aku berjawab. Apa dah jadi pada dia seminggu ni? Ya Allah, engkau lindungilah isteriku ya Allah.

"Mana Faz pergi, abang risau separuh nyawa tau!" Sebaik aku ke rumah sewanya dia telah kembali. Dua hari menghilangkan diri tanpa khabar berita buatkan aku gelisah dan tak tentu hala. Boleh dia buat selamba je.

"Ya ke separuh nyawa? Ingatkan gembira saya tak ada"

"Apa yang Faz maksudkan ni?" Pelik sungguh apa yang dia cakap ni.

"Kenapa tak cakap?"

"Cakap apa Faz?"

"Far is your cousin!" Aku tersentak. Dia dah tahu la sebab tu ke dia marah sangat?

"Faz...abang..."

"Abang what?! Kalau tak fikir yang awak ni suami saya, saya dah tumbuk awak."

"I'm sorry... please..." aku meraih tangannya tapi dia tepis kasar dan tersenyum sinis.

"Awak dah jadi suami saya sebulan lima hari. Dalam tempoh tu awak boleh tahu warna kesukaan saya,makanan kegemaran saya. And almost everything. And! I'm sure you and Far know that I hate liars!!!"

"I'm sorry again. We didnt mean to."

"It's ok! Saya dah lupa pun pasal tu. Saya, izinkan awak kahwin dengan bff saya!" Mulut aku terus ternganga. Apa pulak yang Faz dah mengarut ni.

"Faz, Far tu sepupu abang. Dah macam adik pun"

"Sepupu, boleh kawin kot"

"But, we cant!"

"What makes you cant?"

"Sebab Far adik bradik susuan abang Riz." Far muncul dan terus meluru peluk Faz. Faz kaku di situ dan biarkan dirinya dipeluk erat.

-Faz-

"I'm sorry. Aku takut kau marah aku bila tahu aku sepupu abang Riz. Aku tak nak blood tie kita putus. Aku sayang kau" apa yang dibisikkan Far di telinga aku buatkan aku tersenyum. Betul jugak, bukannya aku boleh terima kalau Far ni ada sangkut paut dengan Riz. Sebelum kahwin punya cerita la ni.

"Ok. Settle prob"

"Tapi Faz. Apesal kau sentap? Kau jeles eh?"

"Gila! Tak kuasa moyang aku. Aku sentap sebab kau tipu aku"

"Habis tu? Siap dengan suruh aku kawan dengan abang Riz?"

"Woi! Tu sja je, cantikkan scene"

"Poyolah, jeles la tu"

"Blah la!" Aku leraikan pelukan Far dan kami berbalas senyum. Tak lama kemudian Far tolak badan aku sehingga terpeluk Riz. Ish! Kurang asam betul minah ni kan? Laju pulak dia lari bila tahu aku nak naik angin.

"Lain kali, jangan pergi macam tu lagi. Ok?"

"Ok! Now, let me go" aku buat muka seposen dan minta dia lepaskan aku. Sesedap rasa je nak peluk bini orang ya? Bini siapa lagi? Bini dia la!.

-Riz-

Alhamdulilah, sejak hari dia larikan diri hari tu kami dah semakin rapat. Ke aku je yang duk terhegeh kat dia? Walaupun ni cinta tangkap muat, tapi aku tetap nak muatkan cinta ni dalam hati dia! Sebab dalam hati aku dah mampat gila!.

"En. Riz, ada orang nak jumpa"

"Siapa?"

"En. Aqiff" Aqiff mana pulak ni?

"Ok" aku memberi arahan dan tak lama kemudian seorang lelaki yang aku agak lagi muda dari aku masuk. Segak budaknya.

"En. Aqiff?" Soal aku sambil tersenyum dan hulurkan tangan untuk bersalam. Dia membalas huluran tangan aku dan duduk serta senyum sekali.

"Saya datang bukan nak cakap banyak. Just nak kenal siapa suami Riz Fazura" aku agak terkejut. Tak datang kenduri kawin kami ke apa tak kenal aku ni siapa. Tapi, senyuman ikhls tetap aku berikan.

"Maksud?"

"Aku dan Faz bercinta dan aku tahu semuanya pasal perkahwinan kau. Kau tak bahagia kan, bukan, Faz yang tak bahagia. Dia selalu cerita kat aku yang dia tak sabar nak lepas dari kau. Kau tahu mana dia pergi dua hari lepas? PD. Dengan siapa? Aku!" Aku rasa macam nak pengsan je bila dengar dia cakap macam tu. Tapi, aku tak boleh main percaya je cakap dia.

"Aku tahu,mesti kau tak percaya kan? Sokay, aku boleh buktikan" dia keluarkan fonnya dan mula menunjukkan satu persatu gambar mereka berdua. Aku diam tak mampu nak buka mulut pun. Ya Allah, benarkah ini isteriku atau pelanduk dua serupa je? Aku diam dan memandang Aqiff dengan pandangan tajam, rasa macam nak tumbuk je muka dia ni.

"Aku tak tahu nak cakap apa,tapi aku rasa kau tahu yang bercinta dengan isteri orang ni berdosa!" Suara aku mula meninggi dan aku tahu dia langsung tak takut malah tak peduli pun kot.

"Ya! Dan, kat sini, bukan aku je yang salah.isteri kau pun sama. Kau nak ke isteri kau terus berdosa macam tu?"

"Apa maksud kau?! Kau nak apa sebenarnya?!" Aku memang dah hilang sabar dan terus berdiri kerana naik angin. Dia boleh tayang senyum sinis yang aku rasa memang mintak pelempang.

"Relax la bro. Aku tak mintak banyak. Just lepaskan dia. Thats all!" Aku kepal penumbuk dan mencengkam kolar bajunya. Muka letak mana dia ni ha? Datang mintak bini orang macam datang mintak pinjam barang.

"Dia isteri aku! Dan talak,di tangan aku!" Tempik aku dengan suara terketar ketar menahan marah. Darah aku menggelegak bila dia tepis tangan aku kasar dan tergelak jahat.

"Ke, kau nak tunggu dia sendiri mintak cerai dengan kau? Kau nak eh, bini kau mintak benda tu dri kau?" Aku terdiam. Aku kelu. Apa aku nak buat kalau benda tu jadi? Ya Allah.

"Fine! Kau dengar sini! Aku, tak kan lepaskan dia!" Sebaik ayat itu meluncur di mulut aku, terus aku ditumbuk sehingga terjatuh.

"Memang dasar pentingkan diri sendiri! Fine! Aku akan buat kau terseksa kerana menyimpan dia. Tengoklah sendiri. Bila dia,serahkan diri dia pada aku" dia gelak jahat dan terus berlalu pergi dengan angkuh.

"Kurang ajar!!!" Jerit aku kuat dan berdiri. Bila dia dah hilang Zarif terus masuk dalam pejabat aku.

"Ya Allah,apesal sampai bertumbuk ni Riz?"

"Siapa mamat gila tadi tu? Aku dengar korang gaduh" aku tanggalkan tie dan membuangnya ke lantai, begitu juga dengan kot yamg tersarung pada badan aku. aku hempaskan diri di atas sofa dan urut kepala yang terasa hampir meletup.

"Boyfren Faz..." nak tercabut rahang dia bila dengar aku cakap macam tu.

"What?! Aku tak percaya!" Sedangkan Zarif yang tak berapa kenal isteri aku pun tak percaya apatah lagi aku.

"Aku pun tak percaya. Aku nak balik la zarif. Meeting aku kau takeover eh" bila aku cakap macam tu dia angguk dan bahu aku ditepuk.

"Jangan buat kputusan terburu. siasat dulu, jangan menyesal kemudian hari" aku angguk faham.

Destinasi aku bukan rumah aku tapi rumah Faz. Aku tetap kena siasat benda ni betul2. Aku terus menuju ke rumah Faz, dan Allah memang maha adil. Faz dan Aqiff. Mereka sedang berbual dengan gembira. Apa maksud semua ni? Hati aku terasa umpama ditusuk dengan pedang. Sampai mati pun cinta aku pada dia hanyalah cinta tangkap muat. Cinta aku tak kan muat untuk hati dia pun. Macam mana nak muat bila hati dia, bukan aku yang punya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience