BAB 12

Romance Completed 8156

Kenapa dengan Riz ni? Dah dua hari tak call aku. Dah kenapa pulak aku tak call dia. Kan? Aku terus mendail nombornya dan dia tak angkat. Mana dia pergi ni? Aku kemas barang ke dalam beg dan naik skuter. Baik aku pergi rumah dia je, senang. Bila aku sampai di rumah dia kereta dia tak ada la pulak. Tapi abang Zarif ada.

"Abang, mana Riz?" Soal aku ceria.

"Riz? Rumah mama dia" eh, takkan dia tak cakap nak balik sana. Zarif pun pelik bila aku tak tahu mana Riz pergi. Selalunya Riz akan maklumkan pada aku dulu.

"Oh, kalau macam tu Faz blik dulu la abang" aku memakai topi keledar semula. Pelik.

"Faz, abang nak tanya sikit" . Apa pulak dah.

"Apa?" Soal aku padanya. Dia pulak buat muka berkira kira untuk bertanya.

"Cepatlah tanya, Faz busy ni" ish! Buang masa aku je duk dengar erm erm dia tu.

"Faz ada prob dengan Riz ke?" Mulut aku ternganga zaman negara mana pulak aku ada prob dengan Riz.

"Tak ada pun. Apesal?" Soal aku balik dan dia macam tak percaya.

"Riz dah dua hari tak masuk pejabat, tu yang abang pelik" ok! Kali ni aku yang pelik. Riz sakit ke? Tapi, tak ada pulak mama ke call cakap laki aku ni sakit.

"Sokay abang. Faz nak pergi jumpa Riz la ni. Bye!" Aku terus menuju ke rumah mama. RiZ ni dah kenapa ek? Mesej aku pun tak reply semalam. Selalunya laju je dia ni. Aku masuk ke banglo mama dan terus memberi salam. Setelah pintu dibuka mama terkejut tengok aku kat sini.

"Anak mama, Riz cakap Faz sibuk. Tak balik sini weekend ni" ha? Bila masa pulak aku busy ni? Exam dah habis minggu lepas lagi sekarang ni projek akhir je yang nak kena submit benda alah tu pun dah nak siap dah. Apa kena dangan Riz ni? Aku balas pelukan mama dan senyum manis. Mana pulak kelibat Riz ni? Kereta pun tak ada kat luar.

"mana Riz ma?" Soal aku terus.

"Amboi! Datang rumah mama cari Riz dulu, ingatkan rindu kat mama ke apa." Eh mama ni, usik kita pulak. Aku senyum dan peluk mama lagi.

"Rindu mama ketat2" mama tergelak bila aku cakap macam tu.

"Papanya macam mana?" Adoi! Papa pun ada sama, nak jugak sikit.

"Rindu papa rapat2!" Papa gelak besar bila aku cakap macam tu. Adess. Ha! Dah balik dah sorang lagi dalam rumah ni. Kawan adik aku pulak tu.

"Rindu Sham dalam2" aku buat lawak lagi tapi boleh pulak budak ni respon lebih kurang je.

"Kak ni apesal? Tiba2 je? Silap makan ke?" Ish! Spoil mood betul la. Kalau Lee ni dah lama makan sup kaki dengan aku.

"Riz!" Aku berpaling bila nama.Riz mama sebut. Aku pandang dia dan senyum mesra,lantas kaki aku atur mendekatinya. Tangan aku hulurkan untuk bersalam tapi dia tak hulurkan pun. Semua orang pun pelik ni.

"Sorry Faz, tangan abang ni kotor." Dia tunjukkan tangannya yang hitam entah dia buat apa aku pun tak tahu. Aku senyum dan peluk lengannya. Aku rindu dia sangat2. Hailah, bila aku rasa cinta kat dia rasa macam bercinta sorang2 la pulak.

"Abg busuk ni, kotor" ujarnya macam mintak aku lepaskan dia. Aku pandang dia dan jauhkan diri dari dia sikit. Tetiba je terasa hati ni kenapa pulak? Hailah...

"pergi la naik mandi, bila dah wangi boleh la Faz peluk2" mama bercanda dan semua orang dah gelak. Riz,bukan je tak gelak malah tak ada respon pun. Ok! Memang Riz dah kena virus pelik.

"Jom ma! Faz nak tolong mama masak ni" aku tarik tangan mama ke dapur. Mama ikutkan je dan bila kami berdua di dapur mama bertanya.

"Riz pelik kan?sehari dua ni tak nak bercakap pun" ok! Means,memang Riz ada prob yang dia sendiri tak nak cakap apa.

"Ya la kot. Ke Faz ada buat salah kat dia?" Soal aku balik. Mama pandang aku dan angkat bahu. Rasanya macam tak ada je.

"Mana mama tahu sayang oi!" Balas mama pulak.

"Macam tak ada ma,dua hari lepas kami makan sama, ok je" aku berfikir panjang. Kenapa ek?

"Pergilah naik atas. Cakap dengan Riz sendiri. Mana tahu dia ada masalah nak share dengan Faz" erm! Ada betulnya jugak tu.

Aku keluar dari dapur dan masuk ke dalam bilik. Dia tengah mandi , aku sediakan pakaiannya dan tunggu dia di katil. Bila dia keluar tak macam biasa. Selalunya dia akan usik aku dengan kibaskan rambut dia pada aku. Hari ni pandang pun tak nak. Musykil!

"Riz, kenapa muka awak ni?" Soal aku lalu menyentuh hujung bibirnya yang sdikit lebam. Macam kena tumbuk je ni. Dia alihkan tangan aku dan memakai baju lain. Bukan baju yang aku sediakan.

"Batal la wudhuk saya" dia terus berlalu ke bilik air. Saya? He said saya right? Aku garu kepala yang tak gatal dan duduk semula di katil. Apa kena ni?

-Riz-

"Abang tak ada mood la Far" luah aku pada Far bila dia ajak tengok wayang. Bukan sebab apa, sebab dia pun nak ajak Faz sama.

"Ala! Abang ni spoil la! Jom la tengok wayang! Kalau tak Faz tak ada alasan nak tolak ajakan Aqiff!" Bila aku dengar je nama Aqiff rasa macam nak tendang je meja batu depan aku ni.

"Biarlah dorang jumpa" aku jawab malas. Far lempang tangan aku dengan kuat.

"Mana boleh! Aqiff tu ada sejuta akal jahat tau! Dia tu, dah syok kat Faz dua tahun! Dan Faz tu, kenapa boleh baik dengan dia tiba2 je" marah Far dan aku diam sekejap. bila aku cerna balik maksud Far, macam ada benda tak kena kat sini.

"Bila dorang start baik?" Soal aku pula.

"Baru je, dalam minggu ni jugak. Abang,kalau nak tahu Faz tu benci gila kat Aqiff" aku diam lagi sekali. Aqiff cakap dia dah lama bercinta dengan Faz. Tapi Far pulak cakap Faz benci Aqiff dan mereka baru je rapat sehari dua ni. Entah2, memang Aqiff yang jahat dalam hal ni. Ok! Aku takkan biarkan mamat tu lepas senang2!

"Jom!" Ajak aku cepat.

"Pergi mana?" Soal Far pelik.

"Tengok 'wayang' 30D!" Dahi Far berkerut. Entah bila wujud 30D tu.

-Faz-

"Aku tak ada mood la Aqiff. Aku ada prob ni. Cerita la cepat, aku nak balik ni" malasnya aku nak jumpa dan cakap dengan sesiapa sekarang ni. Aqiff ni pun kalau setakat nak keluar makan2 kat kolej pun boleh.

"Minum la dulu, awak habiskan air ni then kita balik" aku tak cakap banyak terus capai gelas jus oren dan habiskan dengan sekali teguk je. Dahsyat, gaya macam dahaga duk kat padang pasir. Tiba2 kepala aku pening dan Aqiff macam ada dua je.

"Aqiff, kepala aku pening la... aku nak balik" aku bangun dri kerusi dan berjalan terhuyung hayang macam orang mabuk. Bila aku sampai di skuter aku pakai topi keleder tapi Aqiff pegang tangan aku.

"Aqiff! Lepaskan tangan kau" aku menggenyeh mata yang terasa kabur habis.

"Let me take you home" aku dengar orang bisikkan sesuatu di telinga aku sebelum aku tak sedar apa pun lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience