BAB 4

Romance Completed 8156

Aku mendekati dia dengan laju dan tanpa sedar aku terpijak tali kasut aku sendiri lalu terjatuh. Ibu!!! Malu!!!
Erk! Ada orang sambut aku la pulak, aku buka mata dan aku tengah cantik landing atas dia dan atas sofa lagi. Cepat2 aku bangun dan menjauhkan diri dari dia. Bahaya betul! Ok! Misi menyerang gagal, kita tunda misi ni. Sekarang kena larikan diri sebab aku dah tak tahu nak cakap apa.

"Bye! Tu je yabg aku mampu cakap lalu keluar dengan tergesa gesa. Laju benor jantung aku sekarang ni. Kenapalah tali kasut ni pun nak terurai saat tu. Kalau tahu macam ni aku pakai selipar jepun lagi baik!

-Riz-

Matilah aku, kenapa kena kawin dalam masa terdekat pulak. Aku tak takut tang tu yang aku takut bakal isteri aku tu. Bukannya maksud takut aku tu nak tunduk pada isteri, tapi aku takut dia protes terus dan namanya kahwin tu macam atas angin je.

Aku ikhlas terima dia sebagai isteri aku Ya Allah. Tapi macam dia takkan dapat terima aku sebagai suami. Nanti nak hidup sebumbung macam mana kalau satu suka A satu lagi suka Z. Masalah besar nanti. Tapi kenapa perkahwinan kami ni jadi mudah je? Tak ada halangan pun malah dipercepatkan lagi. Benarkah jodoh kami begitu kuat Ya Allah?

"Riz, ustaz nampak kamu macam bermasalah je" aku tersentak bila ditegur ustaz yang aku kenal rapat di masjid. Aku senyum sebelum menggeleng menandakan yang aku ok.

"Ustaz boleh nampak dalam anak mata kamu Riz" bahu aku diusap lembut. Kali ini aku senyum dan menekur sejadah.

"Boleh Riz tidur sini malam ni? Riz nak qiamullail"

"Boleh, Riz tak nak cerita kat ustaz ke?"

"Bukan ustaz, Riz cuma keliru je. Riz dah bertunang ustaz"

"Apa? Bila?" Jelas yang suara ustaz Aman terkejut. Hehehe. Mahu tak terkejut dah namanya pun tangkap muat je. Aku senyum sebelum menjawab.

"Dah dua minggu ustaz"

"Oh, siapa?" Soalan ustaz ni aku payah sikit nak jawab. siapa ek? Gangster? Hahahaha.

"orang sini je ustaz. Tapi ustaz, masalah kat sini ialah,kami tak saling kenal dan percaturan perkahwinan kami macam tak di duga langsung. Tup tup hujung bulan dah nak kawin. Tunang saya tak nak kahwin lagi ustaz" jelas aku dan ustaz angguk faham. Dia usap belakang aku dan tersenyum.

"Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. Mungkin jodoh Riz dann dia. Ikhlaskan hati dan doa, minta dengan Allah moga dipermudahkan" aku senyum bila dengar nasihat ustaz. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ini. Terus aku doa dalam hati.

"Terima kasih ustaz"

"Sama2. Melepas la ustaz nak jadikan kamu menantu" ustaz gelak sedikit dan aku telan liur. Biar betik ustaz ni ada impian nak jadikan aku menantu dia. Tapi, anak dia lawa doh! Ustazah gitu... memanglah tak sesuai dengan aku yang bukan macam pak ustaz ni.

-Faz-

"Pedia???? Kau serang tunang kau kat ofis???" Alah, yang tu pun nak kecoh macam tak biasa aku buat macam tu selama ni. Far ni pun over betul kan? Hehehe. Aku tayang sengih sambil tengok muka dia yang tak percaya lagi hakikat sebenar.

"Kau pukul dia ke?" Soalnya lagi. Kalut benar macam tunang aku tu abang dia je. Hish! Apa punya orang la dia ni duk risaukan orang yang dia tak kenal. Sibuk aje nak tahu.

"Tak ada la! Tak sempat nak pukul pun"

"Nasib baik. Habis tu kau buat apa?" Bila soalan tu naik tiba2 je aku rasa muka aku jadi bahang. Panas sangat ke cuaca hari ni. Tapi kat luar rumah sewa aku ni tengah hujan. Ke haba datang dari mana?

"Pehal kau blushing tetiba ni?" Soalan sekali dengan kerutan tahap sutera masuk washer yang Far hadiahkan untuk aku ni ha. Aku palingkan muka ke arah lain. Kantoi la nanti yang aku jatuh atas mamat sengal tu.

"Kau buat apa kat dia?!" Soalnya lagi. Kali ini lebih tegas ha.

"Tak sempat buat apa2 la..." aku bangun dari sofa dan nak bergerak pergi tapi Far halang aku.

"Cakap!" Ujarnya sambil senyum menakutkan. Dah pehal pulak minah ni.

"Kau ni, bila bab gaduh dengan lelaki no 1. Tapi, kau cepat blushing kalau kau tersentuh lelaki kan? Cakap! Kau dah tercium dia ke apa?" Mata aku membulat besar! What?!.

"Gila! Mana ada tercium! Aku jatuh atas dia je, terpeluk sikit je. Tu pun tali kasut punya pasal!" Erk! Aku segera tutup mulut bila dah terlanjur cerita kat Far. Ha! Kan dah senyum perli dia bagi kat aku. Aku sekeh jugak minah ni kang. Ei! Geram betul aku! Far ni boleh dikatakan dia tahu semua pasal aku ha.

"Wah! Patutlah blushing bagai."

"Ni bukan blushing! Tapi nak marah! Faham tak?!"

"Eleh! Aku kenal kau dari kita umur 13 tau. Dah 10 tahun pun. Ada hati nak tipu aku" dia menyendeng nyendeng bahu aku mengusik. Geram pulak aku rasa dengan minah ni.

"Diam la kau! Ke, kau nak aku cakap dekat Zul. Yang kau hari2 usha dia main squash?" Turn dia naik angin. Hahaha. Tahu pun nak marah usik orang tak ingat dunia.

"Kau janga Faz! Aku kerat lidah kau nanti!" Marahnya kuat dan aku gelak sakan. Ingat dia je ada senjata, aku punya senjata on head ok! Hahahaha...

"Ok! Boleh settle. But! Jangan ungkit lagi pasal benda ni"

"Settle! Tak ungkit lagi dah" ujarnya cepat dan aku senyum puas hati. Bagus! Hehehe...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience