BAB 9

Romance Completed 8156

"Selamat pagi ibu, walid" sapa aku dengan senyuman. Macam biasalah pagi2 ni kena la senyum selalu barulah hati pun senang. Ibu dan walid membalas senyuman aku dan menjemput aku sarapan sama2.

"Mana Faz?" Ha! Soalan ni pun aku nak tanya kat ibu sebenarnya. Lepas subuh terus dia hilang entah ke mana? Kalau nak main sorok2 takkan tak ajak aku kot.

"Tadi ada ibu. Tiba2 je hilang" aku buat2 gelak. Hehehe. Mampus kalau kantoi tak tahu bini pergi mana.

"Oh, jogging kot. Selalunya pagi2 macam ni Faz jogging" erk! Setiap pagi jogging? Patutlah ganas semacam je stamina kuat rupanya. Aku ni pun kaki jogging jugak tapi tak ada la hari2. 3 kali seminggu tu ada la kot.

"Ya la kot. Kalau macam tu ibu dan walid makan la dulu, Riz nak tunggu Faz" cewah! Suami mithali la ni kononnya, padahal aku malu nak makan bertiga dengan mereka je. Malu semlam pun tak habis lagi ni.

"Tak payah tunggu Faz. Entah bila baliknya"

"Ya? Lee mana ibu?" Adik ipar aku ni pun menghilang aje kerjanya. Baru aku tahu semalam yang Lee ni satu skolah dengan adik aku Sham tu. Patutlah suka kemain aku kena kahwin dengan Faz.

"Lee ada latihan bola." Ok! Memang dah tak ada cara lain. Nampaknya kami bertiga je la yang makan hari ni. Aku mengambil pinggan yang berisi nasi lemak yang disua ibu.

"Terima kasih ibu, Riz suka betul nasi lemak ni" aku trsenyum manis dan ibu turut sama senyum.

"Nanti mintak Faz belajar masak. Ibunya pun ajar la Faz nanti" aku nak mintak Faz belajar memasak? Alamatnya aku yang dimasaknya nanti.

Mana dia pergi ni? Dah nak pukul 10 pagi, lama betul jogging. Keluar tam pukul 7 lagi. Ke dia jogging satu KL kot. Aku bergerak ke dapur untuk bertanya kpd ibu.

"Ibu, memang Faz jogging lama macam ni ke?" Soal aku risau. Ibu yang sedang mengemas dapur memandang aku.

"Tak pernah lama macam ni. Selalunya pukul 8 dah balik"

"Ya ke bu? Riz call tak angkat. Dia tinggal fon. Riz risau la bu"

"Tak ada apa kut"

"Ibu, Riz keluar cri Faz ya. Tak sedap hati ni"

"Ya, hati2" aku angguk faham dan terus pergi. Mana aku nak cari dia ni?

Tak ada orang pun kat taman ni. Selalunya dia jogging sini ibu cakap. Dah la hati aku pun rasa semacam je ni. Ya Allah, engkau lindungilah isteriku.
Puas aku melilau cari dia tapi sikit pun tak perasan dia kat mana. Faz...

"Faz!!!" Jerit aku agak kuat.

"Faz! Saya ni, Riz!"

"Faz!" Mana lagi aku nak cari ni. Bila aku melintas di laluan berbukit aku terdengar suara orang mengerang kesakitan. Terus aku panjat bukit itu dan ya! Memang Faz ada disitu dengan kaki yang luka. Aku terus berlari mendapatkannya yang sedang menahan kesakitan.

"Faz, awak ok?! Ya Allah, darah ni" aku tak tahu nak buat macam mana sekarang ni. Wajah Faz dah pucat habis, banyak jugak darah yang keluar tapi, tak ada lah sampai boleh buat Faz kehilangan darah.

"Riz..." lemah suaranya menyebut nama aku sambil menahan kesakitan dan tangannya memegang tangan aku yang cuba menyentuh kakinya. Laju dia menggelengkan kepala.

"Ok! Kita balik rumah" aku buat keputusan dan terus cempung dia. Tak nampak gaya macam orang boleh berjalan pun ni. Boleh pulak dia membebel bebel. Tak faham sungguh aku dengan dia ni, tapi, kelakar pulak rasanya.

"Awak ni! Saya boleh jalan la! Bukannya kaki saya hilang kena makan buaya pun!"

"Baik awak diam je. Berat tahu tak"

"Tak suruh awk angkat saya pun"

"Dah tu, nak saya biar je macam tu. Awk kan isteri saya. Saya nak jaga awak elok2. Awak ni amanah walid" bila aku cakap macam tu dia terus diam. Ha! Kan senang sikit kalau dia diam je.

Tangan dia mula melingkar di leher aku dan badan kami semakin rapat. Dia pun jadi lebih ringan kalau macam ni. Aku tersenyum bahagia, kan elok kalau baik2 macam ni je. Tak perlu kot sampai nak bergaduh angkat pedang bagai.

"Mana awak tahu saya ada kat situ?"

"Mana saya tahu?"

"Haah!"

"Sense of husband la" aku jawab selamba sambil ketawa tapi boleh pulak dia buat muka jelik. Aku ketawa lagi.

"Mengarut!"

"Betul la! Ada pulak mengarut"

"Mengarut jugak. Awak, saya lapar tahap membela dah ni" aku tersedak bila dia guna kata penguat yang aku kira dahsyat tahap kelaparan dia. Selalunya aku dengar lapar tahap gaban, tahap dewa. Pergh! Sekali ayat dia, tahap membela. Menakutkan.

"Berapa ekor?" Soal aku pula dan dia ketawa semangat.

"Tak tahu la. Tak sempat nak kira"

"Yang ni mengarut!"

"Memang mengarut!" Aku dan dia sama2 ketawa. Bab mengarut serahkan pada yang arif. Apa la dia ni.

Semua orang dah kalut kemain bila aku bawak balik Faz yang dah cedera agak teruk ni. Ibu, tak payah cakap la punya la berleter senafas kalah akad nikah aku dulu. Walid pulak dah gelengkan kepala beberapa kali. Aku pulak? Duk pandang ibu yang membebel kat Faz dan dia boleh buat muka bodoh je. Adoi! Tak berperasaan sungguh.

"Orang jogging atas trek, yang Faz pergi panjat bukit tu kenapa?"

"Ala ibu,barulah ada challange sikit!"

"Challange la sangat! Ni dah sakit sana sini!"

"Ibu ni, kan walid selalu pesan. Bila sakit, bersabar,in sha Allah, bertambah iman dan sakit ni penghapus dosa kecil kan walid?" Aku tahan senyum bila muka ibu dah merah padam nak marah. Amboi! Bab menjawab bagi kat dia la ya. Ibu dah macam nak meletup tu. Aku tutup mulut Faz dengan tangan aku dan minta dia diam. Lepas tu marah aku pulak.

"Ish! Orang nak cakap ni" marahnya kat aku.

"Ibu, maaflah. Nanti, bila dia rasa sakit tu biar dia merengek sorang2. Orang cakap tak nak dengar" ha! Berani pulak aku nak backing ibu depan dia kan? Ibu dah tersenyum sedikit lalu mengusap bahu aku lembut.

"Untung dapat menantu yang memahami ni" wah! Tu dia! Pujian melambung tuh. Okeh! Naik saham aku hari ni depan ibu. Ibu bergerak ke dapur dan laju je tangan kecik ni cubit paha aku. Aduh! Boleh tahan jugak sakitnya.

"Apa ni?" Soal aku sambil menggosok tempat dicubitnya.

"Geram la dia ni!" Marahnya lalu cuba bangun. Tak sempat bangun dah terduduk balik. Ni la, manusia paling degil yang pernah aku jumpa setakat ni. Dan perempuan paling ganas yang pernah aku kenal.

"Nak pergi mana?"

"Nak mandi, nak makan. Lapar" ujarnya ringkas. Aku tak tunggu lama terus angkat badan dia dan naik ke bilik kami. Setelah aku dudukkan dia disofa aku selak sedikit seluarnya.

"Abang bersihkan luka ni dulu" eh? Abang?

"Apesal pulak berabang ni?"

"Abang tahu nama bapak tak sama, tapi, kekok la nak bahasakan awak saya dengan Faz. Lagipun Faz muda 5 tahun dari abang"

"Sebab tu je ke?"

"Ya la,sebab apa lagi?"

"Ok" aku jelingnya sekilas. Lukanya dibersihkan dan dia gigit bibir menahan sakit. Sikit pun dia tak mengaduh atau menjerit sakit. Kuat!
"Kita pergi klinik ya?"

"Buat apa?" Soalnya dengan dahi berkerut bagai. Macam aku ajak pergi ziarah kubur je.

"Kaki Faz bengkak ni, abang risau kalau bukan seliuh je"

"Seliuh je la..." ujarnya pula. Buat gaya macam dia tu doktor pulak.

"Kita pergi ya? Lepas awak mandi dan makan" pinta aku dan dia mengeluh sebelum bersetuju.

"Ya lah!" Yes!

"Jom! Abang bawak Faz masuk bilik air"

"Nak buat apa?!" Soalnya terkejut habis.

"Faz nak gerak macam mana?" Soal aku balik.

"Saya bukannya lumpuh pun. Ish!" Ujarnya lalu terus bangun dan berjalan terhincut hincut hingga ke bilik air. Degilnya sorang ni kan? Tapi, dah pehal pulak aku nak masuk bilik air sekali dengan dia? Gilalah!

"Tutup mata rapat2!!!" Jeritnya dari dalam bilik air. Aku yang kat luar ni dah gelak sampai nak pengsan. Lupa nak bawak baju masuk bilik air la tu.

"Take your time. Abang tunggu kat luar je" aku terus keluar dari bilik dan berdiri depan pintu bilik macam guard. Guard tak berbayar la ni. Orang lain lepas kahwin pergi bulan madu,kes aku ni nak kena pergi klinik pulak. Hahahaha...

"Awak!!!" Panggilnya dan aku terus masuk dalam bilik. La! Taj siap lagi, dah pakai baju, kenapa pakai tuala lagi.

"Kaki saya tak boleh gerak. Susah nak pakai jeans ni" aku pandang jeans yang dia maksudkan.

"Pakai skirt la,senang"

"Skirt? Tak pernah wujud dalam almari doraemon saya ni" aku rasa nak gelak la pulak. Biar betul tak ada skirt langsung! Aku ni kahwin dengam perempuan ke? Soalan.... lain macam.

"Dah tu?" Soal aku pula.

"Tak payah pergi klinik la..." dia dah sengih bermakna. Ok! Ada ikan kat sini ya. Aku dah faham maksud dia, nak mengelat pergi klinik la tu.

"Pakai je la apa pun. We are going to have a date with doctor."

"Ish! Saya cakap susah nak pakai seluar la!"

"Boleh la,pakai seluar trek je. Senang!"

"Ok! Dah,pergi luar. Nak bersiap ni" aku terus keluar sambil senyum. Susah betul orang pandai cari idea ni kan? Ada je cara dia nak mengelak dari pergi klinik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience