4

Romance Series 5478

Alisya tidak dapat melelapkan mata. Wajah Danial tersenyum nakal terbayang-bayang di ruang matanya. ish! kenapa dengan aku ni, aku tak suka dia tapi kenapa teringat kat dia pulak! gumam hatinya sendiri. bunyi handphone membuatkan banyangan Danial terbang entah ke mana.

-hai dah tdo ke tu?

sibuk masej orang malam-malam buta ni kenapa! namun dia tetap membalas.

-belom. awk nk apa ni?

-nak awk la.??

-mana awk dapat no saya ni..

-saya kan bos awk. tak susah nk cari setakat no phone.

-saya nk tdo lah! esk nk kerja.

-ok. gud night syg.

ish! mamat ni memang otak dah senget agaknya, kacau orang tengah malam buta . Marah Alisya. Namun ada Segaris senyuman yang dia sendiri tidak sedar terukir di bibir. bahagia? dia sendiri keliru.

Pagi itu hanya dengan dandanan ringkas dia cuba tampil dengan gaya serdahana. Berbaju kurung moden berwarna ungu berbunga putih, dia hanya mengenakan Instant shawl berwarna pink lembut. Wah! purple pink hari ni.

sesampainya dia di pejabat semua staff sudah mula memenuhi ruangan masing-masing. Hanya ada beberapa orang yang masih mengular mencari bahan untuk membuat cerita sensasi. Dimana-mana pun pasti akan ada insan sebegitu, sibuk jaga tepi kain orang.

"Sya Zetty suruh aku bagi tahu kau. Bos nk jumpa. Sekarang tau" Suraya terus berlalu pergi setalah menyampaikan pesanan Zetty. Apa lagi lah mamat kepala senget ni nak! Dia segera melangkah pergi.

Di dalam bilik, Danial asyik dengan fail-fail yang bertimbun. Apa tujuan dia dipanggil ke sini. "Bos ada apa yang boleh saya bantu." perlahan dia bertanya pada Danial.

"awak pernah handle apa-apa projek sebelum ni, Cik Alisya?" formal Danial bertanyakan tentang kerja kepada Alisya. "Err.. saya belum pernah, kalau group projek pernah lah." lambat-lambat Alisya menjawab.
"Jadi sekarang saya akan beri awak satu projek kecil untuk awak belajar handle projek sendiri. Okay" tegas suara Danial memberi arahan kepadanya. Ternampak karisma lelaki itu sebagai seorang CEO. Ketukan pada pintu menghentikan perbualan kami. "Bos tetamu dah sampai.." lembut Zetty menyapa Danial. Danial bangun sambil membetulkan butang kot, agar tampak lebih kemas. Alisya hanya memerhati. Ya Allah! kacaknya lelaki ini. "Cik Alisya, silakan.." Danial mempersilakan Alisya melangkah terlebih dahulu, kemudian mengikutinya dari belakang.

Danial mempersilakan Alisya masuk terlebih dahulu. Alisya melangkah mengikuti Danial setelah lelaki itu menutup pintu.

"Cik Alisya kenalkan Tan Sri Megat Ismail. Ahli lembaga pengarah Lembayung Property dan juga, Pengerusi Lembayung Group dan semua anak syarikat. Termasuklah syarikat ini." panjang lebar Danial memperkenalkan siapa tetamunya.

Tekak Alisya terasa kelat, situasi ini sangat kekok buatnya. Dia belum bersedia, apakah permainan Danial kali ini.

"Dan ini pula, Puan Sri Tengku Afifah isteri kepada Tan Sri Megat Ismail. Dan mereka ialah mertua awak. Cik Alisya." glupp! Alisya menelan air liur. Seperti disambar karan Alisya cepat-cepat menyalami mereka berdua.

"Papa dan Mama datang sini nak tengok kamu Alisya. Sejak kamu menghilangkan diri, Danial asyik mencari kamu, kesana kesini. Kami bukan nak menyebelahi Danial, tapi kami nak terbaik untuk kamu berdua." panjang lebar Tan Sri Megat Ismail berleter, membuatkan Alisya sedikit mengalah.

Tiba-tiba terasa ada tangan melekap pada pinggang rampingnya. Cis! mamat ni main kotor. Alisya hanya membiarkan sahaja. Bimbang jika dia menepis pasti kedua mertuanya akan terasa hati. Kini terasa tangan nakal itu merayap ke pinggulnya. Dia memandang wajah Danial yang sedang tersenyum nakal kepadanya. Dia mengetap bibir tanda protes dengan usikan nakal Danial.

"Danial!.." Tan Sri Megat Ismail memanggil Danial kuat. Sedari tadi dia memanggil namun anak lelaki itu hanya sibuk mengusik menantunya.

"Ya pa!.. " terkulat-kulat wajah Danial, akibat terkejut.

Alisya hanya tersenyum puas. Padan muka!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience