1

Romance Series 5478

Sudah sebulan Alisya bekerja di Lembayung Property, semua jenis pekerjaan telah dia pelajari, dari kerja-kerja am sehingga eksekutif. Dia berpuas hati dengan prestasinya yang semakin baik. Kini dia sudah mempuyai pekerjaan yang tetap dan mempuyai pendapatan yang agak lumayan. Jika ibu dan ayahnya masih ada pasti mereka akan berbangga dengannya.
Alisya termenung sambil memandang ke arah pejabat bertentangan. Seingat Alisya, belum pernah dia bertemu dengan 'big bos' syarikat itu, setahu dia pejabatnya selaras dengan dengan pejabat pegawai eksetutif yang lain termasuk CEO kerana dia juga berjawatan eksekutif. Ah! Biarlah bukan penting pun, entah-entah dah tua kepala botak perut pun buncit. Eee tak kuasa aku.

Alisya sedang leka membuat beberapa helai salinan di mesin photostat, tanpa niat, dia mendengar perbualan beberapa orang staff yang sedang seronok bersembang, ianya tentang betapa hebatnya lelaki yang di gelar 'big bos' itu dan tentang ketampanan lelaki itu. Huh! Yeke, nak juga aku tengok betapa handsome nya dia. Tanpa sedar dia sudah jauh mengelamun, cepat-cepat dia menyusun helaian kertas dan men'staples' semuanya sekali. Tanpa melihat ke kanan atau kiri dia berjalan tanpa menghiraukan keadaan semasa. Tiba-tiba tanpa sedar dia hampir terlanggar seseorang dan hampir tersungkur ke lantai. “are you okay?” suara itu kedengaran bergema di telinganya. suara itu! Suara yang sangat dikenalinya. Seakan terimbau kembali kenangan lama sewaktu zaman remaja yang penuh kenakalan dan masa silam yang perlu dilupuskan dari ingatan. “miss are you alright?”tanya lelaki itu lembut. Megat Danial Izzudin Megat Ismail. Ya! Dialah orangnya. Dengan pantas dia bangun, dia tidak mahu lelaki itu memandang wajahnya. “saya okay…” Alisya berlalu tanpa memandang kemana-mana arah. Megat Danial hanya melihat dengan penuh rasa pelik.
Di dalam bilik pejabatnya, Danial bersandar sambil jemarinya mengetuk meja. “urm.. siapa perempuan tadi tu?”soalnya pada Zetty, setiausaha peribadinya. “owh tadi tu? Itu Alisya, eksekutif bahagia kejuruteraan kita yang baru.”jawab Zetty mesra. “nampak macam pelik aje dia tu…” Zetty hanya tersenyum sebelum meminta izin untuk beredar.
"Zetty! tolong panggil dia jumpa saya ya, now." hampir tersentak jantung Zetty dek suara Danial yang agak lantang. Zetty hanya mengangguk tanda faham lalu beredar

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience