7

Romance Series 5478

Alisya sedang minum bersama Intan di cafe berdekatan dengan kawasan perumahan Alisya. Intan tiba-tiba mengajaknya keluar, katanya rindu sudah lama tidak bertanya khabar.

"Tak sangka kan dah beranak -pinak kawan aku sorang ni." gurau Alisya

"dah tu nak membujang sampai tua... ish tak nak lah aku..." balas Intan dengan wajah serius.

"tapi tak sangka pula aku, kau berdua ni menjadi." Alisya memandang Intan dan Khalil.

Khalil dan Intan rakan sekolah menengah Alisya yang paling rapat, namun apabila masuk alam universiti masing-masing terpisah dan terputus hubungan. Namun kini mereka bertemu kembali, kebetulan Intan bekerja sebagai guru di Setapak dan Khalil seorang tentera darat berpangkat kapten, dan mereka sekeluarga tinggal di kem Sungai Besi.

"rindu sangat dekat kau... gila punya rindu tau.." Intan meluahkan rasa di hatinya.

"eh kau ni, dah lah mak budak, cikgu pulak tu... bahasa pun tak boleh ubah lagi..."Alisya menggeleng kepala.

"alah rilek la.. aku bukan tengah mengajar pun." balas Intan.

"kau Khalil macam mana... okay dengan budak Intan ni?" Alisya bertanya dalam nada bergurau.

"dah bini, sabar aje lah... perangai dia dari dulu sampai sekarang tak berubah lansung..." habis saja ayat Khalil mereka ketawa, riuh rendah dibuatnya.

Tanpa sedar ada seseorang sedang mengambil gambarnya yang sedang ceria dan gembira. Tanpa dimasukkan Intan dalam gambar, Alisya dan Khalil kelihatan dangat gembira. Beberapa minit kemudian gambar itu dihantar kepada Danial, yang marahnya masih bersisa.
********************

Alisya sedang menghidang makan malam, Ayam masak merah, sayur campur goreng dan telur dadar serta sedikit ulam-ulaman cukup membuatkan air liur meleleh...

Bunyi Pintu di tutup membuatkan Alisya berhenti menyusun pinggan. Danial sudah pulang, namun wajahnya agak muram, penat agaknya.

"Abang..."

Pang!!!

satu tamparan kuat singgah di pipi mulus milik Alisya.

Alisya terpana, dia seolah sedang hilang dalam ruang dan terapung-apung di awangan.

"abang.... ke...ke kenapa tampar Sya... apa salah Sya.." dia masih terpinga-pinga..

"kau tanya aku... kau patut bersyukur sebab aku sanggup kutip kau.. sampah!" Kejam sungguh penghinaan itu. Tak sanggup rasanya dia menadah telinga lagi.

"Ya Allah, apa salah Sya bang... bagi tahu Sya.." rayu Alisya.

Danial mencengkam kasar rambut Alisya, dia mengheret Alisya, kepala Alisya terdorong ke depan akibat cengkaman yang kuat.

"Aduh sakit bang... jangan buat Sya macam ni... tolong lah bang.." rayu Alisya. Kulit kepalanya terasa perit dek cengkaman yang kuat.

"apa dia... sakit... tau pun sakit... habis hati aku yang sakit ni macam mana" kasar suara Danial.

"ni kau tengok ni... buka mata kau luas-luas.. siapa lelaki ni..." gambar dia sedang ketawa bersama Khalil dan Intan, namun Intan tiada di situ.

Danial mencampak Alisya ke katil. Baju Alisya di rentap kuat menampakkan sebahagian tubuhnya. Danial membuka ikatan tali pinggangnya. Rayuan Alisya sudah tidak di dengarinya. Jiwanya sudah dirasuk Syaitan. Malam itu Alisya di layan seperti hamba, segala kelembutan dan kasih sayang Danial hilang begitu sahaja. Alisya hanya berserah saja.
**********************

Alisya membuka mata, tekaknya terasa perit, bahagian bawah perutnya terasa senak dan sakit. Dia bangun dan berlalu ke cermin perlahan-lahan, wajahnya yang dulunya bersih kini penuh dengan lebam kebiruan.

Bunyi tapak kaki mengejutkan Alisya. Segera dia berpaling ke belakang.

"Abang,... abang tak kerja hari ni.." Dia sebenarnya mengharapkan lelaki itu tiada waktu ini.

"kenapa senang kau nak bawak jantan tu masuk dalam rumah ni... Kau jangan ingat aku akan ceraikan kau... Aku akan kawen dengan Ramona dan dia akan tinggal di sini.." Seperti ada belati menikam jantungnya. Ya Rabbi aku memohon kekuatan dariMu.

"abang berhak, abang mampu, itu hak abang nak kawen berapa pon.." Alisya melangkah untuk berlalu ke bilik air.

Tangannya di rentap kasar.

"Aduh!..." Alisya mengaduh kesakitan.

Badannya di rapatkan kedinding, wajahnya di cekam kuat. Danial menggoncang kasar kepala Alisya, beberapa kali kepalanya terhantuk pada dinding, namun dia sudah lemah, biarlah..

"kau boleh tak jangan nak tunjuk kau suci sangat... you are so pathetic..." kasar suara Danial.

"abang please......." terus suaranya tenggelam bersama tubuhnya yang terkulai layu.
****************

Ramona tersenyum simpul plannya merosakkan rumah tangga Danial dan Alisya nampaknya menjadi. Bukan dia yang rancang, Alisya sendiri yang membuka peluang.

"sayang, I nak ajak you lunch boleh tak..." Ramona sengaja memanjakan suaranya.

"i'm not in good mood Mona, please.." Rayu Danial.

Hatinya terluka dan pedih, dia baru memulakan kehidupannya yang bahagia, kini rumah tangganya terumbang ambing dilambung badai.

"Alah, boleh lah, I dah siap cantik-cantik dah untuk you... jom la please.." rengek Ramona.

"Mona can't you understand I'm not in the mood... just go away.." marah Danial. Ramona yang tadinya tersenyum simpul kini bermuncung sedepa mengalahkan itik.

Air mata Danial menitis untuk partama kalinya.
Kenapa sanggup Alisya menduakannya, Segalanya telah dia berikan apa lagi yang tidak cukup. Isteri seperti itu perlu di ajar.
.*********

Alisya memandang kertas hitam putih yang bersaiz tapak tangan, tidak sabar rasanya menunggu Danial pulang dari kerja. Pasti dia gembira menerima perkhabaran ini. Dia mengemaskan diri secantiknya, apa yang berlaku beberapa hari ini cuba dilupakan. Dia perlu berusaha mempertahankan rumah tangganya dari hancur berkecai.

Danial duduk di ruang tamu, badannya terasa penat yang amat sangat. Kepalanya di picit perlahan-lahan, matanya pula terasa senak kerana asyik memandang skrin laptop dari tadi.

"Abang... abang penat ya.... Sya buat air abang nak tak.." pujuk Alisya lembut

Danial masih membisu, tengah hari tadi ada seseorang menghantar gambar kepadanya. Alisya bersama lelaki yang sama ke klinik berdekatan kawasan perumahannya.

"kau ke mana tadi?..." masih kasar.

"Tadi.. Sya pergi ke klinik depan sana dengan..." belum sempat dia menghabiskan ayat Rambutnya direntap kasar.

"dengan jantan kan... apa nak jadi dengan kau ni hah!. dah kemaruk sangat ke apa?!!" marah Danial.

"Sya try call abang tapi abang tak jawab.."balas Alisya sambil menangis.

Pang!!! pang!!!

Danial menampar kedua belah pipi Alisya, tamparan yang kuat membuatkan bibir Alisya pecah dan berdarah. Danial menghumban tubuh Alisya ke lantai namun malang tidak berbau, kaki Alisya tersandung membuatkan dia terjatuh ke atas kerusi kayu menyebabkan perutnya terkena bucu kerusi.

Ada darah pekat dan hangat mengalir di celah pahanya. Air matanya mengalir, bibirnya terketar-ketar menahan nyeri dan senak pada rahimnya. Dia merangkak menuju ke bilik air, darah yang banyak dilap dengan kain batik, air hujan yang dibuka menyiram badannya lalu membawa cecair merah itu mengalir memasuki lubang saluran air mandi.

Danial terkaku seorang diri. Apa yang telah terjadi. Apa yang telah dia lakukan, kejamnya dia.. Danial meraup wajahnya berkali-kali, dia menyalahkan diri, Ya Allah! Dia suami yang kejam, suami yang dayus.

Lantas kakinya dihayun ke bilik air, pintu dibuka, kelihatan Alisya bersandar pada dinding dalam kebasahan dan wajahnya pucat lesi. Air mata Danial jatuh lagi, kasihan benar dia memandang isterinya waktu ini.

"Sya.... mengandung.. anak..... kita... sumpah... anak abang....." tangan kasar milik Danial ditarik dan diletakkan di atas perutnya yang kempis.

"doktor kata dua bulan.... Abang suka tak..." terketar-ketar bibirnya menahan sakit namun senyuman tetap diukir seikhlasnya. Danial yang sudah basah kuyup kerana pancuran air hujan, menagis tersedu-sedan...

Beberapa minit selepas itu, tiada lagi suara milik Alisya, tiada lagi senyuman yang terukir. Lalu Danial mencempung Alisya keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience