6

Romance Series 5478

Alisya berjalan melintasi beberapa buat kedai pakaian. Sudah sebulan dia tidak bekerja, Danial memaksanya berhenti, supaya dia menjadi suri rumah sepenuh masa. Pagi tadi semasa lelaki itu mahu keluar ke tempat kerja, dia meminta izin untuk keluar bersiar-siar sambil mencuci mata. Hampir saja dia mati akibat kebosanan yang melampau. Dia sudah biasa bekerja, sekarang duduk saja di rumah. Bosan!

Alisya sedang menikmati makan tengah hari di restoran yang berdekatan dengan pejabat Danial. Dia cuba menghubungi lelaki itu, niatnya mahu mengajak Danial makan tengah hari bersama. Berkali-kali dia mencuba namun lansung tidak berangkat.

+Me
Abang... Sya nak ajak abang makan tengah hari boleh?

Baru saja mahu menyisip air milo ais, iphone 8 plus yang diletakkan di atas meja bergetar.

+Abang
sorry dear.. abang sibuk sangat... another time... okay..

Alisya mengeluh berat, hatinya agak terasa dengan tingkah Danial, terlalu sibuk sehingga terpaksa menolak perlawaan isteri sendiri.

+Me
okay...

Dia membalas. Air milo ais disisip perlahan, chicken grill yang nampak sangat sedap tidak dihiraukan, tadi perutnya terasa lapar namun sekarang sudah kenyang makan hati.

Dari jauh kelihatan kelibat dua orang sedang berjalan beriringan. Dari pandangannya dia boleh mengagak siapa gerangan pasangan itu. Danial dan Syariffah Ramona. Mereka nampak sangat akrab, sesekali nampak tangan Ramona memeluk mesra lengan suaminya. Danial hanya tersenyum tanpa menolak atau menjauhi wanita itu.

Ya Allah dugaan apakah yang Engkau berikan kepadaku. Bisik Alisya sendiri. Jika dulu dia hilang dicari-cari, kini apabila dia datang disia-siakan pula. Alisya cuba bersabar pasti ada penjelasan di sebalik semua ini.

Alisya sedang memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh, beberapa helai baju kemeja Danial diperiksa bimbang jika ada duit syiling atau benda keras yang akan merosakkan mesin basuh. Tiba-tiba Alisya terasa tangannya memegang sesuatu yang lembut di dalam poket baju kemeja suaminya. Tisu dengan kesan ciuman lipstick, ada tertulis perkataan 'call me', dia berjeda. Tisu itu disimpan mana tahu penting buat Danial.

Bunyi pintu dibuka menandakan Danial sudah pulang. Alisya yang menunggunya di meja makan mengerling jam, jarum jam menunjukkan tepat pukul 11.00 malam. Apa alasan dia pulang lewat sebegini.

"baru balik bang..." suara Alisya memecah kesunyian malam.

"ish! Terkejut abang... what are you doing... dalam gelap macam pencuri." Marah Danial.

"Sya tunggu abang, saja... abang dah makan." tanya Alisya berbasa basi. Dia tahu pasti lelaki itu sudah makan, jam pun sudah lewat.

"abang dah makan dengan... err.. kawan tadi." Danial menjawab lambat.

"okay... abang nak apa-apa.. kalau tak Sya nak masuk tidur dulu.." Balas Alisya. Nampak tenang namun di dasar hatinya sudah lama renyuk dan remuk.

Suami! Apa yang kau inginkan sebenarnya.
***************

Alisya sedang memasak di ruang dapur, dia tidaklah expert tapi setakat masakan biasa-biasa boleh lah. Bunyi loceng di pintu mematikan hasratnya untuk mengupas bawang. Dia membasuh tangan dan terus menuju ke ruang depan untuk membuka pintu.

Ramona sudah terjenggul di depan pintu kondo Alisya dan Danial. Sinis saja senyumannya.

"so you lah wife Danial ya... urm not bad.." siapa dia layak memberi komen terhadap Alisya.

"awak datang sini nak apa?..." Tanya Alisya.

"nothing.. but I think you know me... anyway i'm Ramona. Tunang Danial.." Dia menghulurkan tangan untuk bersalam.

Alisya hanya membuat muka keliru. Baru beberapa bulan lalu mereka hidup aman, ibu bapa mertuanya juga menerima dia seadanya. Tapi kenapa sekarang?

"alah kesian you kan. Danial ada bagitahu I yang dia simpati tengok you. Dahlah dia terpaksa bernikah dengan you, sekarang you dah jadi penghalang I dengan Danial. You tak tahu malu ke..." kata-kata Ramona terlalu berat untuk diterima.

"Tapi Danial yang cari saya... bukan saya cari dia... satu lagi kalau betul cik Ramona nak kawin dengan Danial, tak perlu bersusah payah, suruh saja Danial ceraikan saya. Saya rela... " air matanya menitis setitis demi setitis

"good... you memang isteri yang baik... but tak cukup sempurna untuk Danial.. perempuan kampung!" Balas Ramona.

"selagi Danial tak ceraikan saya... saya masih isteri Danial, jadi cik Ramona tak perlulah susah-susah nak datang sini nak psiko saya... jika dia perlukan cik Ramona lebih dari saya, pasti sudah lama dia kawen dengan cik, tapi kenapa Danial mencari saya... cik pikir lah sendiri." balas Alisya membuatkan Ramona membutangkan mata.

Alisya membuka pintu mempersilakan Ramona untuk keluar.

"kalau tak ada apa-apa cik boleh balik kot.." Ramona lantas keluar dengan muka yang masam mencuka.

"you... useless.." sambil jari telunjuknya dihala ke muka Alisya.

Danial pasti ada penjelasan di sebalik semua ini. Jika diikutkan hatinya, mahu saja dia pergi jauh dari semua ini, namun dia perlu menggunakan Akal lebih dari hati.
***********************

Danial membuka pintu rumah, dia perlu berbincang dengan Alisya. Tengah hari tadi Ramona ada menemuinya di pejabat. Macam-macam di adukan kepadanya. Kata Ramona, Alisya memaki hamunnya, memberi amaran kepadanya supaya tidak mendekati Danial. Pening kepalanya memikirkan hal remeh temeh seperti ini.

"Sya... abang nak cakap sikit.." Danial memulakan bicara.

Alisya yang sedang membaca novel di atas katil memandang sekilas suaminya. Serius benar nampaknya.

"Ada apa bang..." tapi hatinya seakan dapat mengagak apakah tajuk perbincangan mereka.

"this morning Ramona came to me... she's talking about you... apa yang Sya cakap pada dia?" tanya Danial serius.

"tak ada apa, cuma Sya pertahankan hak Sya... itu saja." Alisya memandang Danial.

"pertahankan hak apa ni.... dia cakap yang hina dan maki dia, abang tak suka Sya buat macam tu.." Danial seperti mahu membela Ramona.

"Sya dengan Cik Ramona tu, siapa abang lebih percaya..?" Danial memandang serius.

"you asked me to choose...?" Tanya Danial. Suaranya mula meninggi.

"tak.. bukan itu maksud Sya... cuma Sya isteri abang.. Ramona orang luar.." Suaranya bergetar menahan tangis.

"Sya... abang kenal Ramona dari kecil, kami membesar sama-sama... I know her very well..." balas Danial.

"owh... Kalau macam tu Sya faham. Apa aja yang Cik Ramona cakap abang percaya.. okay. i'm so sorry... kalau semua tu salah Sya... okay lah bang Sya nak tidor dulu.." Alisya menarik selimut dan terus menyelimuti seluruh badannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience