5

Romance Series 5478

Alisya Memerhati sekeliling kawasan rumah. Besarnya macam istana. Sejak bertemu dengan mertuanya tempoh hari, mereka bercadang untuk mengadakan kenduri kecil-kecilan, hanya saudara-mara dan sahabat handai saja yang di jemput. Dia tidak menyangka bahawa selama ini Danial banyak membantunya dalam semua segi. Sejak kedua orang tuanya pergi menghadap Ilahi. Tiada siapa yang memperdulikannya. Selama ini dia heran siapa yang menaja segala pengajiannya di luar negara, duit poket, sewa rumah. Namun pada masa itu, dia hanya mahu fokus dalam pelajaranya sahaja lalu dibiarkan tinggal tanda tanya. Dan kini dia sudah merungkai semua tanda tanya itu. Danial! ya! lelaki itulah yang selama ini menyumbangkan segalanya dalam diam.

Alisya melangkah masuk ke dalam kamar tidur milik Danial. Wow! ini bilik anak raja ke apa. Hiasan perabut berasaskan kayu jati di padankan dengan fabrik berwarna putih, ringkas namun sangat mewah.

Dia membuka lilitan selendang, rambut yang separa pinggang dibiarkan lepas. Alisya terasa badanya melekit. Dia perlu mandi, sebentar lagi majlis doa selamat akan bermula. Saudara dan sahabat handai sudah mula bertandang. Dia menarik zip yang berada di tengah belakangnya, namun zip itu tersekat pada fabrik membuatkan Alisya sukar untuk menariknya. Tiba-tiba zip itu dengan mudah dibuka, Alisya melihat pantulan pada cermin. Danial! Wajahnya bertukar merah. Denial hanya senyum kecil.

"siapa suruh awak masuk, dah la masuk tak ketuk pintu." Marah Alisya, sebenarnya dia menahan malu.

"urm.. saya nak cakap sikit boleh..." tanya Danial.

"apa dia..." tanya Alisya kembali.

perlahan Danial menapak ke arahnya. Dada Alisya berdebar kencang, bimbang dirinya diapa-apakan. Kini sekali lagi Danial mendekatinya dengan jarak hanya satu inci. Hembusan nafas mereka bersatu. Tangan kasar Danial perlahan. melingkari pinggang Alisya dan menariknya kedalam dakapan Danial. Bau minyak wangi Danial membuatkan Alisya merasakan sesuatu yang aneh dalam dirinya. Dia tidak melawan bahkan dia selesa diperlakukan sebegitu. Kini bibir Danial menyentuh lembut cuping telinganya. Danial membisikkan sesuatu di telinganya.

"inikan bilik abang. Apa sahaja yang berada di dalam bilik ni, abang punya.." lembut Danial membisikkan kata-kata manis, membuatkan Alisya terasa senang dan hanyut dalam dakapan hangat Danial.

Kini bibir Danial singgah di dahi Alisya, turun perlahan-lahan ke kelopak mata, hidung, pipi dan bibir mereka berdua bersatu. Danial mendukung Alisya ke katil. Alisya hanya membiarkan Danial mengelus rambutnya yang lembut. Sekali lagi Danial cuba menawan Alisya, kedengaran pintu di ketuk dari luar. Danial memejamkan mata menahan amarah. Alisya hanya ketawa kecil. Danial kelihatan sangat kecewa, wajahnya sangat comel. Dengan wajah yang cemberut Danial membuka pintu.

"Alang mama suruh turun cepat!" wajah Putri Aisya, kakak kepada Danial muncul.

"ish! kacau la.." marah Danial

"alah simpan la tenaga untuk malam nanti.." selamba Putri Aisya memperli Danial. Danial mencebik lantas menuju ke katil semula.

"Jom mandi..." ajak Danial.

"ish tak kuasa saya. Saya mandi dulu.." cepat-cepat Alisya berlari menuju ke bilik air. Danial hanya tersenyum senang melihat gelagat Alisya. Jika bukan kerana Kakaknya mengacau pasti Alisya sudah sepenuhnya menjadi milik Danial.

Majlis malam itu berlansung dengan serdahana dan meriah, Danial bangga apabila ramai yang memuji isterinya cantik. Danial hanya ringkas dengan memakai baju melayu dan berkain pelekat. Alisya nampak cantik dengan baju cotton berwarna krim cair. Alisya masih sibuk melayan tetamu yang hadir, sesekali dia menjeling ke arah Danial yang sedang asyik bersembang dengan sanak saudara. Sesekali anak mata mereka bertembung, membuatkan dada Alisya bergetar dek panahan mata Danial. Aku sudah jatuh cinta dengan suami sendiri! gumam hatinya.

Danial bersandar pada kerusi melepaskan lelah. Dia mencari kelibat isterinya. Alisya sedang berborak mesra dengan saudara mara yang masih tinggal. Wajahnya cantik, mulus dan bibirnya merah bak delima. Danial berjalan menuju ke arah Alisya.

"Sayang, jom ikut abang kejap." Alisya hanya menuruti Danial berjalan menuju ke taman di belakang rumah. Danial menarik tangan Alisya lembut, duduk di sampingnya. Dia hanya memandang kasih wajah Alisya, tangan isterinya digenggam erat.

"jangan lari lagi sayang, abang tak sanggup kehilangan sayang sekali lagi.." lembut suara Danial menyentuh perasaan Alisya yang paling dalam.

"abang, Sya tak akan pergi lagi dari abang. Melainkan abang yang buang Sya." sayu suara Alisya memujuk suaminya. Mereka saling berpelukan melepaskan rasa cinta yang mendalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience