9

Romance Series 5478

Alisya memandu ke pinggir Kuala Lumpur, tadi sewaktu dia menelefon Insp. Haris, lelaki itu ada memberitahunya yang Danial ada menghubunginya, katanya lagi Danial memberitahu supaya dia perlu ada berdekatan dengan kawasan tersebut apabila Alisya bertanya kenapa lelaki itu hanya berkata saja. Namun mengikut kata hatinya yang bimbang dia memandu terus kepada suaminya.

Ramona memakai dress tidur berwarna hitam dan sangat nipis, hampir menampakkan pakaian dalamnya yang berwarna merah terang. Dengan tali bajunya yang halus dan pendek separas paha, pasti sesiapa yang melihatnya akan tergoda dan bernafsu. Dia sengaja berpakaian begitu, dia mahu menggoda Danial yang selama ini dicintainya. Dia tidak kira, apa fikiran orang terhadapnya janji niatnya untuk bersuamikan Danial tercapai.

'huh kau akan tersungkur di kaki aku Danial'

Hatinya berbisik jahat. Syaitan yang setia menjadi temannya kini sedang ketawa terbahak-bahak dan berpesta riang, mereka meraikan kemenangan besar, berjaya menipu daya anak cucu Adam.

Danial memasuki ruang banglo kosong yang agak besar, walaupun tiada sesiapa tinggal di situ, rumah itu masih utuh senibinanya dan agak... bersih, Seperti ada orang yang menjaganya.

"that you've come, finally..." Danial mendongakkan kepala, kelihatan Ramona menuruni tangga dengan gaya yang sangat menggoda.

"you asked me to come here... now what you want... Mona."tanpa banyak cerita Danial bertanya pada Ramona.

"I just want you... my dear Danial.." Ramona membuat gaya seksi yang menghairahkan.

Geli geleman Danial mendengarnya. Sedikit pun dia tidak terliur dengan lagak dan gaya Ramona, sebaliknya dia kasihan melihat perempuan itu terdesak untuk memilikinya. Macam gila meroyan pun ada.

"Mona you tahu kan I dah kawen, cinta I hanya buat Alisya isteri I,... and I like you just as a sister..." Terang Danial.

Ramona yang duduk di hujung tangga mula bangun dan berjalan ke arah Danial.

"hahahahaha.... sister?.. go to hell with all that... kalau I kata I nak you.. that means I want you... I dont care..." Ramona ketawa sinis dan mula membentak.

Danial mahu membalas namun terbantut apabila dia mendengar pintu ditutup.

"Alisya..?" Danial menyebut nams isterinya perlahan.

"Oh my God... apa lagi ni... I told you... datang sorang... yang you bawak perempuan sial ni kenapa.." Marah Ramona.

What! dia panggil aku apa.. sial? Siapa sial dia ke aku... bisik Alisya dalam hati.

"Sayang what are doing here?.." Danial bercakap perlahan..

"Saya tanya Insp. Harris.. dia cakap Abang ada kat sini.... so saya rasa tak sedap hati, sebab tu saya datang." selamba Alisya menjawab

"what!?... have you thought what are you doing?...bahaya tahu tak.." marah Danial.

"okay...okay enough! Both of you!..." sambil mengarahkan jari telunjuk kepada mereka berdua.

"okay juga kau datang, boleh jadi saksi kecurangan laki kau dengan aku... hahahah."Ramona ketawa macam mak lampir.

"tidak Mona, never ... you sebenarnya gila Mona... you tak boleh terima hakikat yang I tak cintakan you,..." Ejek Danial, menambah baran di hati Ramona.

"no!... no.. I tak gila... you yang bodoh tolak cinta I. You yang buta Danial!... You cintakan perempuan tu, apa yang dia ada... cantik? I lagi cantik.. kaya? I lagi kaya.." Ramona memang benar-benar gila.

"yes, dia tak macam you, sebab tu I jatuh cinta padanya.." Balas Danial.

"abang......." Alisya memandang wajah Danial. ikhlas.

"you akan menyesal!!" ucap Ramona sambil mengeluarkan sepucuk pistol. Yang entah dari mana dia dapat.

"Astargfirullahhalazim.... Mona, dari mana you dapat 'benda' tu?.... mengucap Mona... ini bukan cara untuk selesaikan masalah." Denial beristirafar panjang...

"hahahahahaha.... what do you think I will do?.. kalau I tak dapat you... perempuan sial tu pon takkan dapat you... hahahaha" bagaikan dirasuk setan Ramona ketawa.

"okay... macam ni... I ikut you... wherever you want to go, I follow.... okay...But let her go first..."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience