3

Romance Series 5478

Di padang malam itu senyap sunyi dan suasana gelap gelita. Dia dapat rasakan Danial mahu mempermainkan dirinya. Tiba-tiba bajunya direntap kasar dari belakang. Dia tidak nampak siapa pemilik wajah itu kerana malam gelap gelita. Dia cuba menjerit namun mulutkan ditutup dengan tangan kasar yang bersarung tangan hitam membuatkan dia kelemasan. Bajunya yang terkoyak menampakkan baju dalamnya yang berwarna merah terang, rambutnya kusut masai seperti orang gila membuatkan lelaki itu semakin ganas. Baru sahaja lelaki itu mahu menerkamnya, ada pantulan cahaya menyuluh kearah mereka membuatkan lelaki itu lari lintang pukang. "Tolong!.." dia cuba menjerit meminta bantuan, namun suaranya hanya tersekat di kerongkong. Tiba-tiba terasa ada tangan memegang bahunya yang terdedah, malah hampir keseluruhan badannya tidak berbalut. Danial! tanpa sedar dia memeluk tubuh sasa itu sambil menangis teresak-esak. Danial menolak lembut tubuh langsing milik Alisya, lantas dia membuka baju yang tersarung di badannya. "Nah, awak buang baju awak yang koyak tu, awak pakai baju saya." Alisya terpana dengan kata-kata Danial. Danial memusingkan badannya ke arah yang lain supaya gadis itu boleh menukar baju walaupun dia sudah melihat hampir keseluruhan badan milik Alisya namun dia masih menghormati priversi gadis itu. peluh sejuk keluar membasahi badannya yang tidak berbaju,dia cuba menahan gelora nafsunya yang sedang memuncak, melihat badan yang lansing dan kulit putih gebu, siapa tidak bernafsu. Dia bukan malaikat. Belum sempat Alisya menyarungkan baju milik Danial ke badanya, sekumpulan orang datang menyerbu mereka. "Astarghfirullahhal'azim... apa kamu berdua tengah buat ni. !" tengking Ustaz Hanif. Alisya terkejut mahu saja jantungnya terpelanting keluar. Ya Allah, dugaan apa lagi ni "cepat! bawak mereka ke pejabat saya. Call ibu bapa mereka sekarang juga. Orang datang sini nak belajar dia datang ke sini buat maksiat pulak." Air mata Alisya bercucuran jatuh ke pipi. Tiada kata yang dapat dia jelaskan. Jika dia bersuara pasti dia akan dikatakan seperti menegakkan benang yang basah. Apakan daya takdir telah tentukan dia hanya mampu menahan rasa sakit hati. Dari sudut lain dia memerhati Danial hanya menunduk tanpa kata.Kenapa Danial tidak mempertahankannya. Danial! lelaki dayus. Hatinya memberontak.

"Danial ada apa-apa yang kamu nak cakap pada kami?" tanya Tan Sri Megat Ismail. Puan Sri Tengku Afifah hanya berdiam diri, dibiarkan suaminya mengendalikan hal ini. "Tak ada apa yang nak Danial cakap pa." Tan Sri Megat Ismail hanya mengangguk.

"Sya, bagitahu ibu sayang, kenapa Sya buat semua ni?" Puan Zahira yakin itu bukan sifat anaknya. "Sya tak nak keruhkan lagi keadaan Bu. Sya diam bukan sebab Sya salah, tapi sebab bukan masa yang sesuai untuk Sya menidakkan atau mengiyakan hal ni." Puan Zahira hanya membisu selepas itu.

"Kita tamatkan saja masalah ini di sini. Silakan" kata Tan Sri Megat Ismail.

Imam itu menghulurkan tangannya kepada Danial.

"Megat Danial Izzudin bin Megat Ismail, aku nikahkan Nur Alisya Amina binti Yahya dengan mas kahwinya RM 300 ringgit tunai"

"Aku terima nikahnya Nur Alisya Amina binti Yahya dengan mas kahwin yang tersebut."

tanpa di paksa air matanya bercucuran jatuh membanjiri hatinya yang terluka.

Bunyi tapak kasut membuatkan Alisya tersedar dari lamunannya. Wajah manis milik Zetty terpacak di hadapannya. "puan dah bangun, Encik Danial minta saya hantarkan puan balik ke rumah." senyuman Zetty tidak melegakan keraguan di hatinya. Zetty seperti memahami apa yang bermain di fikiran Alisya. "jangan risau hanya saya saja yang tahu hubungan puan dan Encik Danial, staff lain tidak." Alisya hanya mengangguk faham. "Bos mana?" tanya Alisya, apabila melihat Zetty sedia berjalan menuju ke pintu. "Bos ada dinner dengan client. Tu yang dia suruh saya hantar puan balik." jelas Zetty. Peduli apa aku! Gumam Alisya sendiri. Orang nak hantar kira bertuah la tu. Bisik hati Alisya.

Danial berjalan menuju ke lobi, perbincangan ringkas bersama client sebentar tadi berjalan lancar dan semua seperti dalam perancangan. Danial ternampak Zetty dan Alisya berjalan bersama, kebetulan Zetty memandang kearahnya dan menghadiahkan sebuah senyuman manis. "Bos.." Tegur Zetty. Alisya yang dari leka dengan handphone tersentak apabila mendegar teguran Zetty kepada Danial. Bos! Danial la tu. Bos mana lagi. "saya baru nak hantar puan Alisya balik.." bagitahu Zetty tanpa diminta. "Tak apa Zetty , awak baliklah, 'puan' awak ni balik dengan saya sajalah." senyuman manis dihadiahkan kepada Alisya. Sengaja ditekankan perkataan puan, untuk mengusik Alisya yang bermuka kelat. "Kalau macam tu, saya balik dulu lah..." mereka hanya menghantar Zetty dengan pandangan, sehingga gadis itu hilang di sebalik deretan kereta.

Di dalam kereta Alisya hanya mendiamkan diri, bagitu juga dengan Danial, masing-masing asyik melayan perasaan. Lagu 'Tergantung Sepi' berkumandang merdu di radio. Tiba-tiba Danial terasa sebak mencengkam dada. Entah mengapa perasaan itu tiba-tiba hadir menguasai hati. Lantas tangan kasar miliknya mencapai lembut tangan milik Alisya dan digenggam erat. Alisya terkejut dengan sentuhan Danial yang tiba-tiba, tanpa sedar dia menepis kasar tangan suaminya itu. Danial tidak memaksa, lalu dia kembali fokus memandu dan suasana kembali senyap sunyi tanpa suara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience