2

Romance Series 5478

Zetty melangkah menuju ke meja Alisya. "cik Alisya, bos nak jumpa kat pejabat dia sekarang. Sekarang tau, bos tak suka tunggu orang lama-lama" pesan Zetty sambil tersenyum manis. "Dia memang macam tu dari dulu lagi....." ops! terlepas la pulak. "apa dia cik Alisya..." tanya Zetty kembali. Alisya hanya menggeleng sambil tersengih. "Cepat la nanti bos bising.." gesa Zetty. " okay..." balas Alisya sambil melangkah menuju ke bilik Danial.

Ketukan pada pintu mambuatkan lamunan Danial terbang entah kemana. Danial membuat isyarat tangan kepada Alisya supaya gadis itu segera masuk. Dengan sopan santun dia berjalan menuju ke arah Danial. "Cik Zetty cakap bos nak jumpa saya." Danial hanya memerhati perwatakan gadis itu. Cantik! sangat cantik. Putih gebu, tinggi lampai, bertudung litup, hurm up to date. "Bos.. bos!" ish! mamat ni pekak ke apa. Aku bagi ni karang mau demam seminggu. ish! relax Alisya. Alisya cuba memanggil sekali lagi. "Bos.. encik Danial.. Megat Danial Izzudin Megat Ismail!" suara Alisya kedengaran hampir menjerit. Cepat-cepat dia menutup mulut tengan tapak tangan. Ketawa Danial kedengaran agak nakal waktu ini. Alisya tidak sangka senang benar Danial membongkar rahsianya. Danial bangun menuju ke arahnya. Setapak demi setapak sehingga jarak mereka hanya tinggal beberapa inci. Hembusan nafas Danial menyapa wajahnya yang putih bersih. Tatkala ini jantungnya terasa sudah terkeluar jauh tercampak dari tempat asalnya. terasa hangat jari jemari Danial menggengam tangannya. "Mana awak menghilang selama ini?" suara Danial terlalu perlahan seolah-olah berbisik di telinganya. Dadanya kini sekali lagi terasa mahu pecah, Ya Tuhan... "Danial, kita di pejabat, sedar sikit!" namun dia sendiri tidak melawan dengan sentuhan lelaki itu. "hampir lima tahun saya cari awak, sekarang baru awak kembali?" Alisya cuba melepaskan pegangan Danial namun lelaki itu lebih pantas memegang bahunya. "saya rindukan awak.." lemah suara Danial mengucapkan kata rindu. Alisya cuba bertentangan mata dengan Danial, cuba nencari keikhlasan, namun tidak semena-mena dahinya terasa hangat dikucup lelaki itu. Alisya terpana dengan pantas tangannya naik mahu menampar Danial dan sepantas itu juga tangan Danial menangkap tanganya. "remember who i'm.." tengking Danial sambil menggongcang bahu Alisya. "who i'm Alisya.. tell me... who i'm" nafas Alisya tersekat-sekat dadanya terasa sesak, kepalanya terasa berpusing, dalam pelukan Danial, Alisya rebah.

Alisya membuka mata perlahan-lahan. Seluruh bilik gelap, hanya lampu meja saja yang terpasang.Jam ditangannya menunjukkan pukul 4.50 petang. Seingat dia tengah hari tadi dia bersama Danial, kemanakah perginya lelaki itu. "Sayang, are you okay?" tersentak dengan suara itu, Alisya hanya mengurut dada. Dia menjeling wajah Danial. Kacak! wajahnya sangat matang berbanding lima tahun lepas. Baju kemeja tidak bertali leher menampakkan dia lebih maskulin. Rambut yang kemas, jauh lebih bergaya berbanding dahulu. "Alisya, boleh tak kita berbincang baik-baik. Kita perbaiki apa yang kurang. okay." lembut suara Danial memujuk.Alisya terpana apakah yang Danial sedang fikirkan. "saya belum sedia Danial. Sebenarnya saya dah lupa siapa saya, siapa awak dalam hidup saya. Saya dah selesa hidup tanpa awak disisi saya" tersentak Danial mendengar pengakuan Alisya. Dia selama ini separuh mati mencari Alisya. Benar, dia yang membuat Alisya benci pada dirinya. Namun dia berbuat demikian demi cintanya pada Alisya. "Kalau enam tahun dulu awak kata macam tu pada saya, mungkin saya boleh fikirkan semula. Tapi Danial hati saya belum boleh terima awak dalam hidup saya. please give me a time." jelas Alisya panjang lebar. Dia harap lelaki itu memahaminya.Danial terdiam sejenak, ada sedikit senyuman terukir di bibir Danial "okay, saya bagi awak masa, tapi masa saya ada had. Tiba masa saya mahu hak saya dari awak!" Alisya tergamam, mana boleh paksa-paksa! Gumam hatinya. "Do I care? huh... " marah Alisya. Danial hanya tersenyum bahagia, walaupun bukan sepenuhnya dia memiliki Alisya namun jarak mereka semakin dekat membuatkan hatinya sangat lega.

Alisya hanya berbaring di atas sofa dalam bilik pejabat Danial. Kenangan beberapa tahun lepas menari-nari dalam ingatanya.

Alisya berjalan berseorangan menuju ke dewan kuliah, dari jauh sayup kedengaran namanya di panggil. Alisya menoleh kebelakang, Juliani melambai-lambai tangan kepadanya. "Sya.. Sya.. kejap.. kejap." dia hanya memberi isyarat tangan tanda mahu menarik nafas panjang akibat keletihan. "Sya, Danial nak jumpa kau kat padang malam ni." padang! "Padang? kenapa padang, pelik la mamat tu."

"Eh baik kau pikir sepuluh kali, bahaya la beb!" nasihat Juliani.

"ish kau ni, aku nak kena jumpa jugak sebab aku ada kertas kerja yang aku kena buat dengan dia, kalau dia buat tak tahu je, mati la kau beb." Alisya cuba meyakinkan Juliani.

"kau bukan tak tahu Danial tu kan kaki buli, kang dia buat sesuatu kat kau macam mana ." celupar mulut Juliani, membayangkan yang bukan-bukan.

"habis tu beb, kertas kerja IR. Jasmin macam mana. Gagal la aku." Alisya hanya berdoa agar Danial tidak melakukan perkara yang bukan-bukan terhadapnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience