BAB 5

Romance Completed 2676

“Weh Nur, betul ke jalan yang kau ikut ni? Sunyi sangatlah tempat ni.” Aku melihat sekeliling. Jam sekarang dah menunjukkan pukul 1. 30 pagi ni. Jadi al kisahnya kami balik dari kenduri kahwin lewat sikit. Nur ada benda nak bincang dengan saudara mara dia sikit tadi. Mak saudara dia dah pesan suruh duduk situ je dan balik esok pagi. Tapi si Nur ni degil sangat. Ada kerja esok pagi katanya.

Tiba tiba pulak Nur ni boleh sesat. Aku sendiri pun tak tahu kat mana sebenarnya. Aci redah je janji selamat sampai. Perjalanan kami terhenti dek kerana kayu besar di atas jalan kampung ini.

“Zura, ada kayu lah. Macam mana nak jalan ni?” Soal Nur.

“Turun jelah.”

“Kau biar betul? Tak takut ke apa jadi nanti.”

“Kau ni fikir bukan bukan la. Aku pergi turun alihkan kayu, kau stay je kat sini. Okey?” Cadangku pada Nur. Aku lihat sekeliling sebelum turun. Mak oii, seramnya kawasan ni. Pintu kereta sudahku buka. Bismillah.

“Eh, Zura. Aku takutlah stay sorang. Aku ikut kau eh?” Nur sudah memandangku tersengih – sengih. Mengada betul budak ni.

“Yeeelah. Jom cepat.” Aku serentak turun bersama. Boleh tahan besar jugak kayu ni. Nak mintak tolong orang kampung tapi nampak macam tak de orang pun al maklumlah sekarang dah pukul berapa ye dak. Ahh, aku angkat jelah.

“Nur, kau tolak kiri, aku tolak kanan.” Arahku kepada Nur. Mataku masih setia memandang kayu tersebut.

“1, 2, 3… tolak!” Tapi sayang kayu di tempat aku je bergerak.

“Nur, kau makan ke tak ni?” Geram aku dengan Nur ni. Aku toleh ke sebelah kanan melihat keadaan Nur.

“Nur….. Hoii ! Lepaskan dia.” Nur yang sudah berlinangan dengan air mata itu ku pandang sayu. Mataku beralih pula ke arah lelaki yang sedang mencenggam tangan Nur dari belakang. Dan. Dan… pisau di leher Nur.

“Kurang ajar !!!” Aku berlari ke arah lelaki itu. Biar aku belasah sampai lumpat mamat ni. Tapi belum sempat aku melakukan sebarang tumbukan, tanganku ditarik dari belakang menyebabkan aku jatuh terduduk di jalan. Aku kemudian lekas menoleh ke belakang. Lelaki itu tersengih memandangku.

“Korang nak apa hah ?!” Jeritku. Aku pandang muka Nur. Air matanya tidak berhenti mengalir dari tadi. Nur, aku minta maaf kalau tak disebabkan aku yang degil sangat nak keluar tadi mesti benda takkan jadi.

“Aku nak duit. Bagi semua duit korang.”

“Jangan harap. Untuk apa aku bagi duit kat korang? Untuk beli dadah?” Aku cabar dua ekor mangkuk ni. Muka cengkuk, rambut serabai, baju koyak rabak memang nampak sangat macam penagih.

“Kurang ajar !” Mukaku ditampar kuat.

“Tampar lagi !” Cabarku lagi. Aku memang pantang kalau jumpa orang macam ni. Aku rasa macam nak siat siat je muka dorang. Penat orang sana sini buat kempen antidadah tapi sibuk jugak nak hisap dadah.

“Zura, bagi je. Tolong bagi je duit. Kalau tak cukup kau ambil dalam kereta aku.” Rintih Nur. Kalau tak fikir pisau tu ada di hujung leher Nur memang taklah aku nak dermakan duit ni untuk korang. Aku kemudian bergerak ke arah kereta. Lelaki ini masih lagi mengikutku. Yang sorang lagi bersama Nur. Dalam otakku sudah merancang cara untuk melarikan diri. Selepas mengambil duit, aku melangkah kembali ke tempat tadi.

“Nah, ambik!” Aku campakkan semua duit itu di jalan.

“Tu cincin dan gelang tu, aku nak.” Aku pandang cincin dijariku dan gelang di pergelangan tanganku.

“Kau jangan melampau ! Aku dah bagi korang banyak sangat duit ni.”

“Zura…” aku pandang Nur.

“Kau tahukan gelang dan cincin ni bernilai untuk aku.” Aku katakan pada Nur. Nur lemah mengangguk. Cincin ni satu satu hadiah daripada nenek aku. Nenek akulah yang selama ini membesarkan dan memberi kasih sayang yang sepatutnya diberi oleh ibu bapaku. Dan, gelang ni gelang NADI tak mungkin aku bagi barang berharga ni kat dua mamat ni.orang

Aku sudah hilang sabar. Aku toleh memandang lelaki di belakangku. Senyum. Kemudian, aku tendang sekuat hati di bahagian celah kangkangnya. Biar tahu rasa.

“Zura !” Laung Nur. Sebaik sahaja aku menoleh darah terpercik ke mukaku. Aku pandang Nur yang sudah terkulai di depanku. Perutnya sudah ditikam. Tikaman itu sepatutnya menjadi milik aku bukan Nur. Kedua dua penagih dadah itu sudah melarikan diri sejurus mengambil semua wang yang aku serahkan tadi.

“Aaargghhh…. Zura….. sakit…” Nur memegang perutnya. Aku letakkan kepalanya di ribaku.

“Tahannya Nur. Aku dah call ambulance. Tahan sikit je.” Pujuk aku. Air mataku sudah mengalir apabila melihat mata Nur semakin layu.

“Nur, tahan ye. Aku minta maaf sangat sangat. Mengucap Nur.” Hati menjadi semakin tidak tenteram. Ya Allah, selamatkanlah Nur.

“Jaga diri… Akuu…… saaaa…yangggg…… naaa…diii….”

“NURRR !!!!!!!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience