BAB 1

Other Completed 2651

‘Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Zura, selamat hari jadi~’’

Akhirnya, selepas berbulan menanti, tiba jua hari paling penting dalam hidup setiap insan, hari lahir sendiri.

Bagi aku ini hari bermakna kerana ia merupakan momen kau lahir ke dunia. Dan hari ini aku meraikan hari lahir aku dengan geng aku buddies aku yang aku sayang dunia akhirat.

Mak dan ayah aku? Hmm, lupakan. Anak sendiri hidup lagi ke tak pun belum tentu dorang sedar. Tahu nak fikir masalah sendiri je. Masalah anak tak fikir.

Relaks Zura! Jangan rosakkan hari bahagia kau. Back to our topic, birthday aku. Awal pagi tadi Wana call aku. Call terus jerit minta tolong. Aku apa lagi kan.

Gelabah punya pasal, aku terus pergi rumah dia. Nasib baik aku dah mandi semua. Kalau tak dengan baju tidur sekali aku pergi rumah dia. Sekarang Wana kan tinggal seorang, kawan mana yang tak risaukan kalau apa apa buruk jadi kat dia. Mak ayah dia kan pergi buat umrah.

Sampai je rumah Wana aku tengok ruang tamu dia macam okey je, kemas je lagi. Aku pun terus serbu pergi bilik dia. Macam mana aku boleh masuk rumah dia? Jawapannya baru dua hari lepas dia bagi kunci pendua rumah dia kat aku. Ntah, aku pun pelik dah kenapa dia sibuk bagi kunci rumah dia kat dia.

Sampai je bilik dia, aku tengok dia hilang. Aku memang dah cuak gila la masa tu. Otak aku ni memang dah fikir bukan bukan. Wana kena culik ke, kena rompak ke. Cuak gila wa cakap lu.

Aku call Wana. Aku dengar ringtone telefon Wana dari arah dapur. Rumah Wana ni rumah teres setingkat. Dapur pulak macam tak boleh hujung dunia lagi je. Rumah gelap macam elektrik tak berbayar.

Memang kalau aku tak fikir Wana tu kawan baik aku, memang aku dah balik dah. Disebabkan aku fikirkan keselamatan Wana, aku gagahkan juga. Tudung aku betulkan sedikit. Surat khabar di meja ruang tamu aku ambil. Aku gulungkan.

Ni untuk keselamatan. Senang nak pukul orang. Teknik karate yang master aku pernah ajar dulu sudah berlegar legar di dalam otakku, bersedia untuk dipraktikkan sekarang. Rumah Wana ni mesti dah kena rompak, bisik hatiku.

Aku mula melangkah. Doa sudahku baca. Aku melangkah masa tu gaya tak ubah macam shinchan yang berangan jadi detektif. Saat aku selak langsir.

“Bhahhhh!!!” Manusia bertopeng muncul di hadapanku. Aku apa lagi. Aku ambil surat khabar yang sudah aku gulung. Langkah pertama, ketuk kepala. Kedua, libas pipi kiri dan kanan. Ketiga, cengkam tangan, bawa kebelakang dan humban ke lantai! Ambik kau. Perompak yang masuk rumah Wana seorang dah tumbang.

“Sakitlah Zura!” Eh, perompak ni tau nama aku. Perompak tu bangun sambil pegang pipi. Aku dah bersedia dengan penumbuk dah kalau dia berani buat macam macam. Baru aku perasan perompak ni pakai tudung la. Ahh, peduli apa aku! Sekarang ni dalam otak aku cuma WANA je! Dia buka topeng. Lah, Nur!

“Kau buat apa ni kat sini Nur, kau jadi tebusan ke?” Dia ketuk kepala aku.

“Tebusan apa kau merepek ni? Kau pusing mengadap kanan kau sekarang” arah Nur. Aku yang masih blur ni turutkan aje lah. Aku tengok kawan kawan aku semua tengah terlopong melihatku. Eh, Wana. Mana perompak tu aku nak belasah?

“Suprise! Happy birthday!” Ujar mereka semua takut takut. Aku tengok atas meja makan ada kek. Aku pandang Wana tanda mohon diberi penjelasan. Wana datang berdiri sebelah aku. Dia memeluk bahuku.

“Cik Azura, ni suprise untuk kau sempena birthday kau lah. Dah lupa? Aku call kau tadi saja je supaya kau datang rumah aku ni. Aku, Nur yang kau belasah ni dan Didi semua datang nak buat kejutan untuk kau. Alih alih kitorang yang terkejut dapat tengok WWE live. Kau tengok Nur ni. Kesian dia. Jatuh saham dia tau kalau muka dia nanti calar balar.” Wana terangkan panjang lebar padaku. Aduhai, maksudnya memang tak de perompak la kan. Aku tersengih melihat kawan kawanku. Kesian Nur. Nur ni la spesis wanita Melayu terakhir. Pantang usik sikit, sakit itulah, inilah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience