BAB 8

Other Completed 2651

“Woi ! ” sergah Wana dari belakang. Dengar suara je aku dah mampu teka siapa orangnya.

“Ce bagi salam dulu. Barulah sopan sikit. Macam mana nak jafi bini orang ni.” Perliku.

“Tengok. Kan dah kena ceramah dengan Zura.” Sampuk Didi. Tidak dinafikan selepas pemergian Nur, aku mulai berubah. Ya memang aku mahu berubah. Berubah untuk mendapat redha Allah.

“Hehe… Assalamualaikum Zura. Lama tunggu.”

“Wa’alaikumsalam. Taklah lama sangat. 10 minit je tunggu korang.” Jawabku mesra.

“Ooo… ya. Sebelum aku lupa. Ni kad jemputan kahwin aku. Jemput datang ye. Kau berdua kena jadi pengapit aku.” Wana menjemput. Kami membuka kad tersebut. ‘Wana & Johan’. Nak kahwin dah Wana. Alhamdulillah dia yang mula sekali jumpa jodoh. Minggu lepas bertunang. Minggu ni nak kahwin. Tak pelah rezeki.

“Oi, pengapit mana boleh dua orang !” Didi bersuara.

“Ye ke?” Tanya Wana dengan muka blurnya.

“Yelah. Apa kau ingat kau tu queen ke sampai kahwin pun kena ada dua pengapit.” Dah mula lah tu mereka nak merepek. Serentak kami semua ketawa. Sungguh aku rindu semua ini. Lama kami tidak ketawa seperti. Aku tatap wajah sahabat sahabatku. Kemudian aku terlihat wajah Nur antara Wana dan Didi. Dan dia sedang tersenyum. Aku membalas senyumannya. Barangkali dia sudah bahagia di sana.

Sedar tak sedar sudah setahun Nur meninggalkan kami, terasa baru semalam kami bersama bergelak ketawa. Walaupun Wana dan Didi tidak pernah ungkapkan kata rindu mereka terhadap Nur, tapi aku dapat lihat dengan jelas pada mata mereka bahawa mereka juga sangat merindui Nur.

Nur, aku doakan kau ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Tidurlah sana, semoga kau menjadi bidadari syurga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience