BAB 4

Other Completed 2651

“Assalamualaikum. Kau kat mana? Lambat lagi ke nak sampai?” Soalku pada Nur. Hari ini aku akan berdating berdua dengan Nur. Hahaa… sebenarnya hari ni Nur suruh aku teman dia pergi kenduri saudara dia. Family dia kan jauh sebab tu dia ajak aku teman. Wana dan Didi pulak kebetulan busy hari ini.

“Wa’alaikumsalam. Aku on the way ni. Dalam sepuluh minit InsyaAllah aku sampai rumah kau” jelas Nur kedudukannya yang sebenar. Kalau Nur cakap dia tengah on the way maksudnya dia betul betul tengah on the way. Lain pula kalau Wana yang cakap. Kata je on the way tapi lepas je aku tanya, tengok tengok dia dah sampai. Didi lagi teruk. On the way dia bermaksud dia tu tengah atas katil lagi. Tidur !

Dalam sepuluh minit, Nur sampai juga ke rumahku. Aku terus masuk ke dalam Myvinya. Cantik pula dia hari ni. Suci sahaja mukanya apabila dia memakai tudung labuh berwarna putih. Jubahnya yang berwarna hitam dengan sulam bunga putih di hujung lengan baju benar benar membuatnya nampak lebih ayu.

“Aku tanya satu benda boleh?” Soalku.

“Apa dia? Tanya jelah.”

“Kenapa kau ni cantik sangat hari ni?” Tanyaku. Serius hari ni Nur nampak lain sangat.

“Tak delah cantik mana pun Zura. Ciptaan Allah tu semuanya indah belaka. Yang bezakan kita

sama ada kita nak bersyukur atau pun tidak dengan kurniaan Allah bagi pada kita.” Jeas Nur. Ni yang aku bangga ni dapat kawan macam kau. Tak sia sia dulu kau masuk sekolah agama kan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience