BAB 7

Other Completed 2651

“Astagfirullah al azim. Ya Allah…” aku mengusap dadaku perlahan. Aku teringat mimpiku yang tadi telah mengejutkanku dari tidur. Nur. Rindunya aku pada dia. Mimpi tadi mengembalikan kembali ingatanku pada hari terakhir bersama Nur. Segala pesanannya pada hari itu terngiang ngiang di telingaku.

Aku lantas bangun mengadap Yang Maha Esa. Aku ingin jadi seperti diri aku yang dulu. Nur memang sudah tiada tetapi jiwanya sentiasa bersama kami. Seusai melakukan solat sunat, aku bangkit mengambil Al Quran. Berhabuk. Ya Allah, lalainya aku dahulu. Selepas pemergian Nur, kejadian itu seperti menjadi titik hitam pada diri. Aku trauma, takut. Tapi Alhamdulillah, Allah menghantar Didi dan Wana untuk menyedarkan aku dari terus melayan perasaan.

Aku kemudiannya mengambil telefonku sementara menunggu azan subuh. Banyak mesej, call dan notifications yang menunggu. Aku buka Instagram milikku. Tersenyum aku melihat gambar gambar kami ketika menyambut hari jadiku. Nur, aku rindu senyumannya. Aku buka profile Nur. Allahu Akbar. Mahu menitis sahaja air mataku ini pabila melihat gambar terakhir yang dihantarnya iaitu gambar kami berempat ketika kami masih di sekolah menengah.

– Sahabat untuk selamanya, bersama untuk selamanya, kau dan aku sahabat, untuk selamanya, selama lamanya… setia…

Wana, Zura & Didi,

Mengenali mereka merupakan detik indah dalam hidupku.

Gelak tawa mereka,

Gurau senda mereka,

Cerita karut mereka,

Persahabatan antara kita,

Semuanya anugerah dari Yang Maha Esa,

Aku sendiri tak mampu gambarkan betapa aku kasih,

Betapa aku sayangkan mereka,

Tapi yang pasti tidak melebehi cintaku,

Pada Allah dan Rasulku.

Sahabat,

Mungkin satu hari aku dikembalikan kepada Yang Maha Esa,

Jangan bersedih, jangan berduka,

Anggap ini satu hadiah dari Tuhanmu,

Takala itu mungkin aku sudah bergembira di atas sana,

Menunggu kehadirin kalian untuk bersamaku,

Doakan ye, moga ianya menjadi satu realiti,

Satu yang aku mahu pesan,

Ingat, ketika aku tiada bersama kalian,

Allah akan sentiasa bersama kalian,

Dan Allah tidak akan sekali meninggalkan kalian.

Kita NADI okey !

Nur… aku rindu kau. Aku rindu sangat… InsyaAllah Nur. Tunggu kami di syurga ye. Kita sama sama pimpim tangan menuju redha Allah.Itu adalah warkah terakhir daripadanya. Akanku ingat segala pesanan yang tercatit pada warkah itu. InsyaAllah Nur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience