BAB 3

Other Completed 2651

“Eh ingat tak dulu, selepas kita habis PMR. Yang waktu tu kita nangis gila gila tu” Wana bersuara. Ni mesti nak masuk scene throw back malam malam ni. Lepas sambut birthday aku petang tadi, kami semua buat keputusan untuk terus tidur rumah Wana malam ni.

“Waktu bila pulak ni?”soal Didi pada Wana. A’ahkan lepas habis PMR yang waktu bila punya. Dah berapa tahun dah. Mana la aku ingat.

“Ish, kau ni pelupa betullah Didi” marah si Wana.

“Lepas kita ambil result PMR dulu…”

“Ooo… aku ingat. Hadoi… sumpah aku tak percaya gila waktu tu aku boleh nangis” sahut Didi. Didi ni kami gelarkan dia sebagai hati batu. Memang payah gila dia nak nangis. Tak kisah la apa je jadi kat dia. Dia memang susah gila nak nangis. Dia tak suka tengok orang nangis. Tapi siapa sangka waktu tu Didi yang hati batu tu akhirnya tumbang jua.

“Waktu tu memang sedih gila. Lepas ambil result PMR, kita semua berkumpul tepi padang, tunjuk result masing masing. Wana ni la punya pasal. Dia cakap yang kononnya lepas ni kita mungkin dah tak boleh together lagi sebab mungkin lepas habis PMR ramai yang pindah asrama.”

Tapi sungguh lepas habis PMR, kami berempat memang dah tak bersama. Semua dah pindah. Didi masuk Sbp, Wana masuk sekolah vokasional, Nur pindah masuk sekolah agama kat kampung dia.

Aku masuk MRSM. Bila tengah cuti sekolah, nak berkumpul pulak semua orang tak de masa. Kalau macam si Nur memang payah sebab kampung dia dekat Kelantan. Didi pulak dekat Johor. Aku dekat area Selangor. Cuti sekolah vokasional Wana pulak tak sama dengan cuti sekolah biasa.

“Lepas kita buat bulatan, menangis sama sama. Nur pulak nyanyi lagu doa perpisahan. Memang lagi meleleh lah kan” sambungku pula.

“Tak sangka kan lepas PMR semua berpecah. Masin betul mulut aku ni. Nasib baik lepas habis SPM kita jumpa balikkan” giliran Wana pula. Kebetulan lepas SPM, aku dan Didi masuk universiti yang sama di Selangor. Nur pula dapat masuk UIA. So kira dekatlah. Wana macam biasalah kolej vokasional. Wana yang paling susah nak bertemu muka. Kami selalu bertiga je. Rindu juga lah dengan Wana masa tu.

“Tahu tak? Lepas aku pindah kampung dulu. 7 hari 7 malam tau aku nangis rindukan korang. Sampai bengkak bengkak mata tau” ujar Nur. Kami pandang Nur atas bawah. Biar lah betul dia ni? Muka Nur macam tengah hasut aku ‘percayalah… percayalah’.

“7 hari 7 malam? Betul ke?” Soal Didi. Ikut logik takkan la nangis sampai lama macam tu sekali. Ye pun sayang dan rindu gila dengan NADI takkan la kot.

“Yelah. Kenapa? Tak percaya?” Serentak kami menggeleng. Honestly memang aku tak percaya. Tapi dalam dunia ni kan macam macam boleh jadi.

“Aku gurau jelah. Aku pun tak ingin bazirkan air mata aku selama 7 hari 7 malam semata mata pasal korang. Aku nangis waktu kat padang tu je” selamba badak je budak ni kata. Ni yang menaikkan darah aku ni. Kami semua memang dah terdiam, terkedu sebab dah kena kelentong dengan Nur. Didi memberi isyarat mata, mengisyaratkan sesuatu kepada kami bertiga ketika Nur sedang leka ketawakan kami. Gelaklah kau puas puas Nur.

“Satu… Dua… Tiga… Serang!” Laung Didi selaku kapten Fradiqsa De’ Lwiusemya mengarahkan kuli kulinya memulakan serangan. Bantal yang ada pada kami dilemparkan secara terus menerus kepada Nur. Whahhahaha… serangan daripada aku tepat mengena pada wajah Nur. Tepat dan padu. Nice shoot, guys.

“Bendera putih… aku surrender” kata Nur sambil mengangkat kedua dua tangannya. Nafasnya masih lagi tercungkap cungkap. Maklumlah penat kena tembak. Bendera putih telah dikibarkan oleh pihak lawan. Secara automatiknya Fradiqsa De’ Lwuisemya dan anak buahnya telah dinobatkan selaku pemenang. Surat menyurat tidak akan dilayan sama sekali. Sila terima kekalahan.

“Kuli kuli semua hentikan serangan” kata kapten Fradiqsa De’ Lwuisemya. Woi Didi! Kau panggil aku kuli. Rendahnya taraf aku. Ini tidak adil. Aku watak utama digelar kuli. Ehem ehem… aku sebagai direktor yang suruh. Aku yang taip, aku punya sukalah! Ampun tuan direktor…

“Tu lah gatal sangat nak kenakan kitaorang. Sekarang tengok, kau yang dah kena balik” Wana memberikan kata putus peperangan. Bantal yang ada di rumah Wana ni habis lunyai kami kerjakan. Kekabu mula berterbangan di udara. So apa lagi. Kami semua bangun dan main lompat lompat konon kami ni tengah main salji. Memabazir betul kan. Rugi! Mak bapak Wana….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience