BAB 6

Other Completed 2651

“Assalamualaikum, mak cik. Sihat?” Sapa Wana lembut kepada ibu Zura.

“Wa’alaikumsalam. Alhamdulillah, mak cik sihat je.”

“Zura macam mana? Dah okey?” Tanya Wana. Dari riak muka ibu Zura ini dapat difahami maksud yang tersirat.

“Macam tulah keadaan dia. Ni kamu berdua nak tengok dia kan. Tolong pujuk dia makan bubur ni ye. Banyak hari dah dia tak makan. Jamah sikit je.” Pinta ibu Zura. Wana dan Didi mengangguk.

“Assalamualaikum Zura,” lembut suara itu menyapa telingaku. Aku toleh melihat pemilik suara itu. Nur ! Aku terus bangun memeluk ‘Nur’.

“Wa’alaikumsalam. Nur ! Rindunya aku dengan kau Nur. Kau tahu tak, mak ayah aku cakap, kau dah tak de. Wana dan Didi pun cakap benda yang sama. Jahatkan dorang cakap kau dah tak de. Tapi kau jangan risau aku tak percaya dengan semua tu.” Pipiku ditampar kuat oleh seseorang. Aku mengosok mataku. Mana Nur? Kenapa Wana dan Didi pulak yang ada di sini?! Aku cuma nak Nur!

“Wake up Zura ! Kau dah lama sangat tidur !” Kata kata Didi terhenti seketika. Dia menarik nafas dalam.

“Okey, look. Nur sanggup korbankan nyawa dia untuk kau. Nyawa, kau faham tak maksud nyawa tu?! Benda yang berharga sangat untuk diri dia. Tapi dia tak kisah asalkan kau selamat. Dan sekarang ini balasan kau bagi kat dia. Hei, kalau aku jadi Nur pun aku menyesalkan korbankan nyawa aku untuk kau !”

“Didi!”

“Wana, baik kau diam sebelum tangan aku pulak yang melekat kat muka kau. Aku dah lama sabar dengan dia. Dia fikir dia seorang yang sayangkan Nur. Dia fikir dia seorang je peduli pasal Nur. Aku dengan Wana pun peduli jugaklah. Kita dah kawan lama kot mesti kitaorang sayang Nur. Bukan kau seorang je.”

“Cuba kau fikir kenapa aku dengan Wana tak pernah salahkan kau atas benda yang berlaku ni macam mana kau selalu salahkan diri kau. Kenapa?! Sebab kitaorang percaya qada’ dan qadar. Allah dah takdirkan Nur meninggal waktu tu. Kita siapa nak halang kuasa Allah. Kau ingat lagi tak pesan Nur. Dia cakap, sebab boleh pelbagai tapi kematian tetap satu. Sedarlah Zura. Kau jangan biar Nur menyesal dapat kawan macam kau ni!” Bicara Didi buat aku menitiskan air mata buat yang keberapa kalinya. Aku teringat kembali saat saat dan segala pesanan Nur yang pernah dia titipkan untuk kami. Didi dan Wana sudah pun keluar pulang ke rumah mereka. Aku memandang bubur yang Wana letakkan tadi di atas meja. Kemudian aku memegang gelang tangan yang selama ini aku simpan. NADI. Ya, aku harus berubah. Bukan ini yang Nur harapkan daripada aku. Bukan ini! Aku terus bangkit mengambil wudhuk di bilik air. Ya Allah, aku telah menzalimi diriku sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience