BAB 1

Family Completed 1652

Saat ini cuma aku dan Syammel sahaja di dalam bilik ini, ku belai lembut rambutnya dan ku kucup berkali-kali dahinya namun pandangan Syameel tetap kosong, matanya tetap memandang ke atas seolah dia enggan melihatku walaupun sebenarnya aku tahu dia tidak berniat sedemikian.

Meski ku cuba untuk mengalih-alihkan tubunya tetap sahaja ia kaku. Air liurnya terus berjejer dn setiap kali itu jugalah aku akan lapkan ia menggunakan tuala muka yang sudah ku sedia tergantung di birai katilnya.

Dalam aku mengelap lelehan air liur itu mataku tertumpu pada sebuah tablet berjenama Huawei yang ku beli seminggu yang lalu. Harganya agak lumayan mahal namun ia tidak ku kisahkan.

Demi Syameel aku sanggup terbangkan hampir seribu ringgit asal dia gembira namun sayangnya sehingga hari ini dia tidak pernah menyentuhnya, malah tablet yang menjadi impian Syameel itu masih tidak terusik lagi dari kotaknya.

Apalah gunanya kerana dia tidak akan dapat memainnya bahkan menikmatinya. Sayang semuanya sudah terlambat. Jiwaku diruntun hiba yang sarat dengan penyesalan.

Tanpa kus edari manik jernih ini mengalir lagi. Untuk ke sekian kalinya aku tewas lagi, aku menangis dengan erangan yang kuat seraya memeluk tubuh anak lelaki ku ini.

“Syameel, Maafkan ayah Syameel, demi Allah ayah tidak berniat menyakiti Syameel. Ayah terlalu ikutkan perasaan. Ayah menyesal. Ayah benar-benar menyesal. Ampunkan ayah Syameel!.” tangisku.

Lima belas tahun yang lalu Syameel dilahirkan normal dengan berat 3.0 kg. Semuanya kelihatan normal sehinggalah dia diserang penyakit kuning yang tinggi.

Sudahnya Doktor menyarankan agar Syameel menjalani pembedahan pemindahan darah. Jika ia tidak lekas dilakukan kemungkinan Syameel menghadapi komplikasi yang teruk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience