BAB 5

Family Completed 1652

Malam itu diatantrum lagi. Dia mogok tidak mahu makan. Dengan sedikit teguran kecil dari Kak Longnya dia menghempas barang-barang yang berada di atas meja. Kipas meja ditepisnya dan jatuh terkulai di atas lantai.

Perangainya semakin menjadi-jadi. Sudah tiga hari dia bersikap sebegitu. Entahlah, kufikir ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan dia berperangai demikian.

Mungkin dua tiga hari yang lalu dia kepenatan setelah guru sekolah tidak membenarkan semua pelajar pulang pada waktu tengahari untuk melakukan gerak kerja kokurikulum.

Hari berikutnya Syameel perlu mengikuti aktiviti sukan di sebelah petangnya. Jam 5 petang dia pulang ke rumah berjalan kaki bersama Nina tanpa menunggu aku pulang dari pejabat.

Sebelum ini tidak pernah dia seletih itu. Pulang ke rumah dia tidak dapat menghadap tabletnya kerana rosak.

Puas aku menyuruhnya mandi dan mengajaknya untuk menunaikan solat Maghrib. Seperti biasa dia enggan. Dia marah-marah sambil mengeluarkan kata-kata yang menimbulkan kemarahan dihati.

Aku tidak menghiraukannya dan terus bergegas ke tingkat atas untuk mengerjakan solat Maghrib. Jeritan dan amukannya aku dengari semakin kuat hingga menganggu solatku. Hatiku menjadi panas.

Dahlah tidak mahu solat, menganggu pula. Pening kepalaku yang belum surut semakin bertambah.

Usai solat aku turun semula ke tingkat bawah. Kepalaku pening bila melihat barang mainan bertaburan di atas lantai.

Nana dan Nina pula sudah masuk ke bilik masing-masing. Aku melihat Syameel ligat bermain dan aku menyuruhnya mandi namun dia berdegil tidak mahu. Entah mengapa bagai ada dorongan yang memaksaku mengangkat tubuh kecilnya itu dan membawanya ke bilik mandi tingkat atas.

Syameel meronta-ronta minta dilepaskan dan masih juga berdegil tidak mahu mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience