BAB 2

Family Completed 1652

Aku sudah pastilah risau jika satu-satunya anak lelakiku itu mengalami kecacatan.

Puas aku cuba untuk membuat pertimbangan. Aku melakukan solat sunat hajat di surau hospital, berbincang dengan isteriku serta ahli keluarga yang lain. Akhirnya aku pasrah. Aku akur pada keputusan doktor.

Selepas dua minggu Syameel terlantar di wad akhirnya dia dibenarkan pulang namun dia harus bergantung pada ubat phenobarbiton, sejenis ubat untuk merawat sawan dan akan diberikan oleh ibunya setiap sekali sehari selepas makan.

Selepas mengambil ubat itu, Syameel akan tidur sepanjang malam dengan lenanya sehingga terjaga keesokan paginya. Jika tidak diberikan ubat, kemungkinan akan diserang sawan.

Sejujurnya aku berasa sangat kasihan melihat keadaannya Syameel dan aku berjanji kepada diriku sendiri bahawa aku tidak akan sekali-kali menyakitinya.

Hari demi hari Syameel semakin membesar, namun dia tidak seperti kanak-kanak lain.

Pembesarannya terbantut dan tidak sepeti kanak-kanak yang lain, dia mengambil masa dua tahun untuk mula berjalan. Dia tidak bergantung dengan ubat-ubatan lagi namun perlu menemui doktor pakar sebulan sekali agar kesihatannya dapat dipantau.

Dia menghadapi kecacatan lewat perkembangan. Temujanji dengan doktor pakar dihentikan dua tahun selepas kami berpindah dan semenjak itu sudah tidak ada mana-mana doktor yang memerisa keadaan kesihatannya.

Disebabkan Syameel tidak seperti kanak-kanak lain kerana menghadapi masalah pembelajaran, justeru dimasukkan ke kelas pendidikan khas dari usia tujuh tahun sehinggalah sebelum dia jatuh sakit.

Di sekolah, dia tidak ramai kawan kerana dia tidak pandai bergaul. Malah saiz badannya juga sedikit kecil dan kurus jika dibandingkan dengan rakan seusianya, malah Syameel juga menempuh kesukaran untuk berdiri dan menyeimbangkan tubuhnya dengan baik, ia mungkin disebabkan oleh kesan deman Jaudice yang dihidapi Syameel dulu, begitulah apa yang diperkatakan oleh dokor yang merawat Syameel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience