BAB 8

Family Completed 1652

Selepas berhari-hari keluar dari hospital, keadaan SYameel masih sama. Dia masih terlantar tidak dapat bergerak seperti dulu.

Sungguh hancurnya hatiku bila dia disahkan oleh doktor menghidap Cerebral Palsy, iaitu komplikasi saraf tunjang yang mengganggu fungsi otak. Inilah hukuman yang kuterima kerana keingkaran terhadap janjiku dalam menjaga amanah Allah.

Aku telah memungkiri janjiku dan menyakiti Syameel. Aku sepatutnya sudah maklum bahawa jika anak istimewa mula buat perangai, harus dibairkan namun masih dalam pantauan kerana ia adalah normal bagi mereka, namun sudah tertulis semuanya sudah terjadi dan aku harus menerima hakikat ini dan barangkali akan terus hidup dalam rasa bersalah sepanjang hayatku.

Syameel yang dulunya lincah dan ceria walaupun istimewa sudah tidak mampu bergerak, hidup dan segala keperluan sehariannya perlu dibantu. Isteri dan dua orang anakku akan menyuapnya, memandikan, memakaikan baju dan menjaganya.

Sudah tiada aksi tantrumnya yang perlu ku hadapi, sudah tiada aksi lucunya yang berpura-pura kudung sambil mengejarku motorsikalku setiap kali aku pergi dan pulang dari kerja.

Sudah tiada usikanku pada tulisannya yang beralun-alun bagai tulisan tamil, sudah tiada dapat ku melihat aksi tangannya yang laju bermain permainan di tablet.

Sudah tiada orang untuk ku ajak melihat kapa terbang, beriadah hatta menunaikan solat sambil mendengar bacaannya yang tidak lurus yang adakalanya membuatku tertawa kecil di dalam hati.

Apa yang pasti Solat Zohor hari itu adalah solatnya yang terakhir dilakukannya. Kini Syameel sudah hidup dalam universenya sendiri dan sudah tidak perlukan aku lagi menemaninya.

Sudah tiada lagi peluang kedua buatku kerana aku yang telah menutupnya. Untuk kesekian kalinya aku menangis teresak-esak sambil memeluk tubuhnya yang kaku itu dan aku menanggung kesedihan dan dihimpit rasa bersalah sepanjang usiaku ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience