BAB 6

Family Completed 1652

Aku masih juga mengangkatnya hinggalah di satu tahap tubuhnya hampir lolos dengan mahu terjun sedangkan kami sudah berada di tingkat atas.

Berang dengan tindakan Syameel itu aku bagai sudah tidak boleh bertoleransi dengan sikap tantrumnya itu lalu ku acahkan tubuhnya seolah-olah mahu menghumban tubuhnya ke bawah, sudahnya Syameel panik, dalam keadaan tubuh yang terbalik itu dia memahut bingkai tangga sekuat hatinya.

Ku lihat peluh menitik-nitik dari kepalanya dan wajahnya pucat lesi bagai hilang darah. Ku sangkakan ia akan habis di situ namun Syameel masih berdegil, dia mulai menghamburkan kata-kata kesat yang entah dari mana dia belajar membuatkan api amarahku semakin membara.

Bagai orang hilang akan dan dirasuk. Aku membawa Syameel masuk ke bilik dan seterusnya menghempas tubuhhnya ke atas katil sekuat hatiku. Lagak ahli gusti, aku menghempak tubunya dengan tubuhku, ku pegang erat kedua tangannya biar dia gagal untuk loloskan diri,

Syameel cuba melawan dan meronta-ronta mahu melepaskan diri. Baju dalam pagodaku koyak akibat cengkaman kuat tangannya. Tidak semena-mena satu tendangan kuat singgah di perutku. Kesakitan yang bukan main kepalang itu menyebabkan aku tidak dapat berfikir dengan waras.

Laju saja tanganku menampar-nampar kedua pipinya sekuat hatiku dan pukulan yang terkahir ku hayunkan ke belakang tubuhnya menyebabkan Syameel meraung dengan kuatt hingga berdesing telinga ku jadinya.

“Melampau betul kau ni Syameel. Kalau kau buat fiil yang bukan-bukan lagi siaplah kau!.” Ugutku dengan suara yang tinggi malah aku sudah tidak memanggilnya dengan panggilan manja dek kerana terlalu ikut amarah.

Dia kulepaskan. Kelihatan dia begitu keletihan. Peluh membasahi tubuhnya yang terketar-ketar. Nafasnya laju. Direnungnya aku bagai aku pula mahu dibunuhnya.

Aku sudah malas mempedulikannya, aku mencapai Al-Quran yang diletak di atas meja lalu ku tinggalkan dia keseorangan di dalam bilik dan meneruskan niatku untuk membaca Al-Quran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience