BAB 3

Family Completed 1652

Syameel tidak suka dengan aktiviti yang melibatkan fizikal kerana dia bukanlah seorang yang lasak dan tidak pandai berkawan.

Jika terlalu banyak melakukan aktiviti luar dia akan diserang demam panas. Dia lebih suka melayan permainan gameditabletnya.

Satu perangainya yang tidak dapat dibentuk dan diubah ialah dia suka mengamuk jika perasaannya terganggu atau kemahuannya tidak dituruti.

Namun semua itu bukan penyebab terjadinya keadaan Syameel seperti sekarang ini. Semuanya salah aku.

Aku terlalu mengikut perasaan. Aku benar-benar kesal dan tidak putus-putus mengutuk atas perbuatanku. Memang benar kata orang dulu-dulu, menyesal kemudian tiada gunanya lagi.

Petang itu cuaca begitu panas. Kepala ku terasa pening dan sedikit berpusing. Kulihat Syameel tantrum lagi.

Mengamuk tidak tentu pasal. Barang-barang kecil, majalah dan barang perhiasan dibaling, bertaburan di atas lantai. Sering dia berkelakuan begitu jika Kak Long atau Nina mengusiknya.

Sudah tiga hari dia berkelakuan demikian. Tapi ku tahu dia mengamuk bukan kerana usikan itu tetapi kerana tabletnya sudah rosak. Baterinya sudah melebihi tempoh expired dan perlu diganti. Sering dia merayu kepadaku agar diganti dengan yang baharu.

Aku tidak mahu melayan karenahnya. Padaku itu bukanlah perkara mustahak. Wang gaji yang tidak seberapa perlu dijimatkan untuk membeli barangan keperluan harian yang lebih penting.

Tidak tahan melihat perangainya yang semakin menjadi-jadi, aku mendekati dan cuba memujuknya. Aku mengajaknya untuk pergi ke suatu tempat yang istimewa. Pada mulanya dia enggan kerana dia tidak tahu ke mana destinasi yang akan dikunjungi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience