BAB 4

Family Completed 1652

Memang aku sengaja merahsiakannya. Sering dia begitu kerana Syameel bukanlah seeorang yang suka berjalan. Dia lebih gemar menghabiskan masanya di rumah sahaja.

Aku memintanya agar menjadi makmum solat Zohor walaupun ku tahu solatnya bukanlah betul-betul sempurna. Bacaannya tidak begitu betul dan lancar.

Namun begitu dia mengikut sahaja walaupun sebelum ini dia liat benar untuk mengerjakan solat.

Tiba di tepi sebuah padang bersimen yang luas dan berpagar, ku lihat beberapa buah keluarga sudah duduk santai, sambil teruja mahu menyaksikan sebuah kapal terbang yang sedang bergerak ke landasan, bersedia untuk melakukan penerbangan. Sebuah lagi boeng 737-800 Malindo Air juga sedang menunggu arahan dari menara kawalan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah untuk berlepas.

Injin sudah lama dihidupkan. Bunyinya yang kuat memekakkan telinga. Ku lihat wajah Syameel berseri-seri. Memang Syameel tidak pernah melihat kapal terbang secara dekat.

Kalau ada pun ketika dia berusia tiga tahun dulu ketika menghantar opahnya ke KLIA untuk menunaikan umrah. Dia memang teringin melihatnya secara live. Terukir sebuah senyuman dibibirnya.

Ketika itu dia tidak berkata sepatah pun walau aku mengajukan pertanyaan adakah dia gembira. Aku berjanji akan membawanya ke lapangan terbang itu lagi. Pernah dahulu Syameel menyatakan bahawa dia ingin menjadi seorang pilot, namun seketika kemudian dia menyedari akan keadaan dirinya sendiri dan berkata,

“orang macam adik mana boleh jadi pemandu kapal terbang. Adik tak pandai. Adik tak boleh masuk universiti.” Mengingati kata-katanya itu air mataku bergenang.

Malam itu segala-galanya terjadi. Perkara yang ingin kuhindari telah berlaku. Perkara yang mengubah kehidupan Syameel dan keluarga kami.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience