BAB 7

Family Completed 1652

Namun tak lama kemudian dari bilik itu kudengar dia menangis dan esak tangisnya berlainan sekali, dicampur dengan bunyi erangan seperti orang kesakitan sesak nafas.

AKu masih enggan mempedulikannya, pasti dia cuma mahu menarik perhatianku atau ibunya yang berada di bilik sebelah, barangkali mandi.

“Allahuakhbar, abang apa dah jadi ni, kenapa adik ni? Astaghfirullahhalazim. Adik, adik,” isteriku yang baru keluar dari bilik air masih dalam keadaan berkemban menjerit panik dan mulai menangis.

Mendengar tangisan isteriku aku terus meluru keluar dari bilik. Alangkah terkejutnya aku tika melihat tubuh Syameel sudah keras kejang dari kepala hingga ke kaki.

Kedua-dua tangannya sudah terangkat ke atas. Telapak tangan kanannya bengkok. Sebelah lagi tergenggam erat. Mulutnya berbuih-buih.Bola matanya sudah ke atas cuma menampakkan mata putihn ya sahaja. Aku bagai mahu rebah melihat keadaan itu.

Benar-bbenar merasa terpukul. Ku gagahkan diri dan aku dan isteriku mula mengurut-ngurut seluruh tubuhnya sambil membaca potongan ayat-ayat suci Al Quran.

Nana dan Nina yang tadinya di bilik mereka bergegas berlari di sisi kami dan turut menolong mengurut seluruh tubuh Syameel. Selepas itu Kami membawa Syameel ke bilik air, menjirus seluruh tubuhnya, habis lencun aku dan isteri.

Saat itu aku benar-benar takut, panik dan segala perasaan yang membuat jiwaku berkecamuk.

Aku sedang diuji dan dihukum. Beranikah aku untuk menghadapi kifarah Allah untuk menerima hakikat dan suratan sekiranya Allah terus kekal menjadikan keadaan Syameel sebegini kejung untuk selamanya?

Allahuakhbar, bapa jenis apalah aku ini yang tega membiarkan anakku berada dalam keadaan kesakitan bertarung denagn kesakitan yang maha dashyat bahkan seolah menghantarnya ke ambang maut? Ya, Allah maafkanlah aku. Aku memohon maaf berkali-kali daripada Syameel, aku percaya aku lakukannya di luar sedar kerana terlalu mengikut perasaan. Isteriku bagai tergamam melihat keadaan itu, dia yang tidak tahu menahu perkara sebenar kini merenungku sama seperti renungan Syameel kepadaku sebentar tadi, isteriku sepertinya menuntut penjelasan daripadaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience