BAB 10

Drama Completed 6271

Beberapa hari lepas..

"Aku rasa memang serupa muka Alfi dengan aku.Aku patut masukkan Ayah Alfi dalam senarai carian Ayah"

Setakat ini aku sudah punya beberapa nama carian ayah aku.Aku rumuskan aku rasa yang paling tepat adalah ayah Alfi.

Selepas aku berjumpa Alfi tempoh hari,Alfi ada memberitahuku secara rahsia rentang kod yang aku katakan padanya dulu.

"Kita ni ada hubungan yang sangat rapat.Aku nak kenal dulu dengan perangai kau."

Alfi mengatakan yang ia masih ingat kod itu dari pertama ia mendengarnya.Baginya itu mengandungi 1001 persoalan.

"Baik aku mencari apa apa dulu kat beg aku,mana tahu ada maklumat yang dapat" Aku mengambil begku dan tanganku meneroka kedalam.

Aku terkejut saat melihat gambar ibuku dengan seorang lelaki.Sejurus kemudian aku merasa seperti ingatan kumuncul..

///////////////////////////////////////

"Ibu,siapa sebenarnya ayah Alif?"

"AYAH KAU DAH MENINGGAL,BERAPA KALI AKU NAK CAKAP!!"

"Alif sekarang patut tahu siapa sebenarnya ayah.Alif nak tahu nama dia.Takkan nama ayah Alif nama Abdullah.Lainlah kalau ibu..."


********

"Sekarang pelajar yg duduk dibelakang sekali tu.Datang depan dan jawab sekarang.Saya hanya nak tahu kamu faham atau tidak!-"

Zusssss!!!!

///////////////////////////////////////

Itu gambar lelaki ni..Aku kena cari lagi maklumat.Lepas dapat maklumat dari anak buahku aku dapat tahu itu ayah Alfi.

Masa inilah aku rumuskan ayah Alfi adalah ayahku.Aku menyimpan gambar itu elok elok di beg kerjaku.

===============================

Aku berjalan pulang kerumah.Penat jugak walau hanya meraikan dari luar.Aku puas melihat senyuman diwajah Ayah.

"Kalaulah aku ada kat sana tadi mesti best"

Aku teringat perayaan tadi

"Happy Birthday To You!!,
Happy Birthday To You!!,
Happy Birthday To Pakcik Aziz!!
(Ayah Alfi)
Happy Birthday To You!!."

Hari ini merupakan hari lahir ayah a.k.a ayah Alfi.Aku penat.Tidur dulu lah.Esok kena pergi kerja awal.

/////////////////////////////////////

Aku terjaga dari tidurku.Aku kini berada disebuah rumah yang agak sederhana keadaannya.Tiba tiba aku terdengar suara pertengkaran berlaku.

"Ibu,siapa sebenarnya ayah Alif?"

"AYAH KAU DAH MENINGGAL,BERAPA KALI AKU NAK CAKAP!!"

"Alif sekarang patut tahu siapa sebenarnya ayah.Alif nak tahu nama dia.Takkan nama ayah Alif nama Abdullah.Lainlah kalau ibu..."

Aku merenung wajah seorang lelaki dan ibuku bertengkar.Aku memastikan lagi wajah lelaki itu.itu merupakan wajahku.

Aku mengikuti terus pembicaraan.Aku dapat lihat wajah ibu yang sedang membara marahnya.Tiba tiba "aku" ditampar.

Aku terus mengikuti lagi alur nya.Aku kini lihat ibu berseorangan dan mengeluarkan sepotong gambar dari laci meja biliknya.

"Haihh,bilalah Alif nak hormat aku.Dulu ok sikit sekarang makin lama makin teruk.Sebijik macam kau!!"

Ibuku kini memegang sebuah foto dan sebelah tangan lagi memegang Lighter.Dia membakar foto itu.Aku lihat sahaja foto itu menjadi abu

Aku dapat lihat itu merupakan foto ibu dan ayah Alfi iaitu "ayahku."Aku perlahan lahan mulai pening kepala.Aku rebah.

//////////////////////////////////

Aku tersedar.Aku tercungap cungap seketika.

"Fuhh!!,mimpi rupanya"

Lega juga kerana ia hanyalah mimpi.Tapi entah kenapa ada perasaan bahawa itu semua adalah kejadian benar.

Pertengkaran itu,penampar dari ibu dan ibu yang membakar foto itu.Mana taknya sudah dua kali
aku mengalami ingatan yang sama seperti itu.

Aku sedikit mempercayainya.Aku dapat lega sedikit mengetahui sikap ibu yang dulu.Ibu yang di Malaysia dan Di Amerika lain.

Jam menunjukkan pukul 6:30.Aku bangun dan menunaikan solat subuh sebelum bersiap pergi ke tempat kerja.

Aku tiba ditempat kerja sekitar 7:15.Pukul 8 ada mesyuarat.Aku berehat sekejap sambil mengingat kenangan kenangan dulu.

Di Amerika beberapa tahun lepas...

"Abang!,abang dah sedar.Doktor! doktor,anak saya dah sedar!" Kedengaran suara seorang wanita yang memanggil doktor.

Aku membuka mataku.Aku berada di tempat yang agak kubenci.Hospital!!.Aku lihat seorang wanita disisiku.

Aku berpura pura tanya walaupun aku sudah tahu tempatnya. "Kat mana ni?" Aku mendengar jawapan dari wanita disisiku.

"Sekarang kita ada kat hospital.Abang berehatlah dulu." Aku dapat lihat kegembiraan tepancar diwajahnya.

Doktor pun tiba tak lama kemudian.Aku ditanya soalan sedikit.Dia memberiku sebuah ubat penenang dan sebuah ubat khas untuk mata.

Dia mengesyorkan aku selalu memakai ubat itu kerana matanya hanya menunggu untuk buta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience