BAB 12

Drama Completed 6271

Aku tersedar kerana bunyi bising didekatku.Aku dapat lihat "kawan kawanku" dan ayah ada di dekatku.

"Ehh,Ahmad dah sedar!" Suara Fatin mengejutkan
semua yang ada.Ayah,Alfi dan Hani semua menoleh kearah ku..

Aku dapat lihat wajah yang agak suram diwajah ayah.Ayah meminta izin untuk bercakap dengan aku.

"Boleh pakcik cakap dengan dia sekejap?" Ayah memandang Alfi dan Hani.Mereka mengangguk.

Mereka semua berada diluar pintu.Ayah duduk dikerusi berdekatan katilku.Aku baru sedar aku berada di rumah ayah.

"Ayah mahu jujur den.ngan kamu.Ayah tak sang..ka dapat ju..mpa ka...mu semula..." Ayah menitiskan air mata

"Apa maksud ayah?" Aku hairan lagi lagi melihat ayah tersekat sekat bercakap.Aku memandangnya...

"Tadi ayah tanya Alfi tentang kamu.Baru ayah sedar kamu ni Alif anak ayah.Maafkan ayah tidak ambil kamu dulu.Maafkan ayah tak sedar itu kamu.Terima kasih sebab masih ingat ayah.Terima kasih."

Aku sebenarnya masih tidak faham situasinya 100 peratus.Tapi akhirnya aku lega ayah ingat dan tahu ini aku.

Ayah pun menceritakan tentang semua yang dia tahu tentang aku,tentang ibu dan tentang Alfi.Aku mengambil keputusan supaya "kawan kawanku" pun dapat mendengarnya.

Ayah memanggil semua kawanku itu.Dia memulakan ceritanya..

/////////////////////////////////////

27 tahun lepas...

"Abang dah kenapa?!!,kenapa sekarang baru nak bagitahu!!" Marah Makcik Ifah,menjerit dia memarahi suaminya,Pakcik Aziz.

"Sukahati akulah nak bagitahu bila!,sekarang aku tahu aku kau pergi siapkan baju aku semua.Aku nak keluar dari rumah ni!"

Balas Pakcik Aziz membuatkan amarah Makcik Ifah semakin meledak.Apasal dia tak buat sendiri.Dia yang nak keluar kan?

Hari itu merupakan hari hitam bagi keluarga Pakcik Aziz dan Makcik Ifah.Hari dimana bayi pertama mereka dilahirkan dan hari dimana pernikahan Pakcik Aziz terbongkar.

Pakcik Aziz memutuskan pindah mengikut isterinya yang kedua yang sedang menunggu masa bersalin.

Bayinya dengan Makcik Ifah tidak dipandang langsung.Dia lebih menyanyangi isteri kedua.

"Cepatlah buat!!" Terkejut Makcik Ifah mendengar jeritan Pakcik Aziz. "Abang buatlah sendiri..."

"Pakk!!." Satu tamparan dihadiahkan untuk makcik Ifah.Makcik Ifah terus memegang pipinya yang sudah merah itu.

"Aku suruh kau kemas baju aku je pun!!,itupun tak boleh buat.Malas dah aku nak layan kau!!l,Aku ceraikan kau talak tiga sekarang!!Aku tak kesah bayi tu tak berbapakan aku."

Tak sangka suaminya sanggup berbuat demikian.Suaminya langsung keluar tanpa menghiraukan baju yang hendak dibawanya.

Hati seorang ibu luntur apabila mendengar tangisan anaknya yang baru lahir 10 hari lalu.

Anaknya mendengar semua perbualannya tadi.Dia berharap anaknya tidak menjadi seperti suaminya sewaktu tua nanti.

Sejak saat itu,perangainya berubah sedikit.Dia menjadi sedikit panas baran.Namun dia tetap menjaga anaknya sehingga anaknya sudah mengetahui baik buruk.
Dia memberi nama anaknya dengan nama yang pernah diminta suaminya semasa awal perkahwinan.

"Masa sayang mengandung kita namakan anak kita Alif ya..Alif Ridzuan.."

"Kalau perempuan?" "Tak mungkin lah,abang tahu apa yang keluar nanti.." Ucapnya dengan senyuman

===============================
Akhirnya isterinya yang kedua melahirkan anak.Begitu bersyukurnya dia hanya tuhan tahu.Tapi semua itu hanya seketika..

Selepas beberapa hari lepas pentengkarannya dengan isterinya pertama,mereka memutuskan bercerai dan sudah mendapat penerimaan mahkamah.

Isterinya yang kedua meninggal tak lama selepas melahirkan anak pertama mereka.Sekitar 15 hari selepas lahirnya anak mereka.

Anak mereka dinamakan Muhammad Alfi bin Aziz.Anak itu dijaga dengan baik.Namun timbul dihati perasaan hendak menjaga anak pertamanya yang sebenar.

Tapi kerana Ego,dia tidak mahu berjumpa isterinya hampir 5 tahun.

22 tahun yang lalu...

"Dia masih gunakan rumah ini.." Pakcik Aziz berkata dalam hati.

Kali ini dia sudah membuang egonya jauh jauh.Dia memang menyesal membuang isterinya.Dia mahukan anaknya semula.

Dia didatangi seorang anak kecil dan bertanya kepadanya..

"Pakcik nak apa?.." Saat itu luruh hatinya.Dua dapat agak 100 peratus itu merupakan anaknya."Pakcik nak.."

"KAU,APA KAU BUAT KAT SINI!!" Laung Makcik Ifah sejurus keluar rumah.Terkejut apabila melihat bekas suaminya disitu.

"Abang cuma nak tengok anak kita.Boleh tak sayang?" Pakcik Aziz berkata lembut.Namun Makcik Ifah tidak mengendahkannya langsung.

"Sayang!!.." "HOIHH!,KAU BLAH SEKARANG,AKU RIMAS LAH TENGOK MUKA KAU!!"

Terpaku Pakcik Aziz waktu itu.Isterinya sudah berubah. "Apa mungkin sebab aku??" Aku mengalah.

"Ibu,janganlah marah pakcik.." Alif yang tidak tahu menyampuk. "Kau diam!,masuk dalam sekarang!,ada aku bagi kau keluar?!!" Marah Makcik Ifah.

Anaknya bergegas lari masuk dalam sambil menangis."Sayang..Apa sayang buat dia masih kecik lagi.."

"Sukahati akulah dia anak aku bukan anak kau!!" Aku sedih mendengarnya berkata begitu.Aku berniat bertanyakan nama anak aku itu..

"Kalau sayang tak mengaku tu anak abang takpe..abang cuma nak tahu nama budak tu.." Pakcik Aziz meminta lembut.

Dia katakan itu permintaan last sebelum dia beredar.Ramai dah jiran yang memandang mereka.Malu rasanya.

"Ok..nama budak tu Alif Ridzuan bin Abdullah..Puas??!!" Aku sedih.Itu bukan nama aku.

"Abang balik dulu..Assalamualaikum" Aku berjalan pulang dengan hampa.Semua ni sebab aku dulu.

Dan aku tak pernah mengunjunginya lagi sampai sekarang.

////////////////////////////////////////

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience