BAB 11

Drama Completed 6271

"Dia dah lupa ingatan ke?,Untunglah aku!" Kata Mak Alif dalam hati.

Sejak awal Alif tersedar dia sudah berpura melayan baik.Dan tak sangka Alif sudah kehilangan ingatannya.

Doktor mendatangi aku tak lama kemudian.Katanya..

"Anak puan terkena amnesia.Susah hendak dipulihkan.Harap puan dapat bantu dia." Kata doktor itu padaku.

Aku dalam hati sudah gembira.Aku dapat mendidik dia hormat aku balik.Aku boleh buat dia lupakan ayahnya.

Aku kembali ke bilik Alif.Aku menceritakan tentang keadaannya.Siapa dia yang sebenar walau itu tipuan semata mata.

============================

Mesyuarat sudah selesai.Aku sedikit lega kerana dapat berehat sedikit.Aku mengingat keadaan dibilik mesyuarat tadi.

"Jadi,saya mahu katakan projek ini serial..maaf projek ini sangat serius untuk meningkatkan ekonomi negara.Maaf sekali lagi projek ini sangat serius untuk menaikkan nama syarikat ini."

Apa yang Ahmad katakan banyak salah.Jarang seorang terpelajar seperti dia membuat silap.Dia pun banyak ditegur kerana tidak fokus ketika mesyuarat.

"Agak agak apa masalah yang menyebabkan dia seperti itu?." Monolog ku bersuara.Tiba tiba aku dikejutkan dengan teguran oleh Suhaila.

"Fatin!,tolong aku jap!.Banyak barang aku nak bawak ni!" Suhaila menyuruhku menolongnya mengangkat beberapa kotak produk syarikat ini.

"Ok.." Aku pun menolongnya.

==============================

Aku keluar dari tempat kerja.Aku meminta izin dari boss untuk mengambil MC.Dia pun membenarkan kerana takut aku menjadi punca kejatuhan saham syarikat.

Sebenarnya aku tidaklah sakit.Aku hanya ingin berjumpa dengan ayahku.Aku tahu ia menjadi pengajar disebuah kolej.

Aku kini berada di sebuah kolej terdekat.Aku tidak sabar hendak bertemu ayahku.Walaupun mungkin ia tidak mengenaliku,aku tetap akan mengenalinya.

Aku masuk ke kolej dengan kad yang dipalsukan.Aku mendengar ceramahnya dan duduk di tempat belakang sekali.

Aku rasa itu tempat paling sesuai untuk melihatnya.Umurnya yang sudah mencapai 55 itu tampak masih muda.

Aku hanya mendengar setiap bait ceramahnya.Aku sudah sangat faham dengan semua tu.Aku memandang tepi sahaja.

"Sekarang pelajar yg duduk dibelakang sekali tu.Datang depan dan jawab sekarang.Saya hanya nak tahu kamu faham atau tidak!"

Daritadi pengajar itu memandang pelajar yang mencolok itu.Pandang pun tak.

Pelajar itu berjalan kedepan.Siapa lagi kalau bukan Alif.Dengan mudah dia menjawab soalan yang ditanya.

Semua pelajar terpegun apalagi pengajar itu.Formula yang jarang diketahui orang dengan mudah dijawabnya.

"Eh,kamu ni bukan ke.." Loceng berbunyi.Aku masih didepan kerana arahan tangan si ayah.

"Ok,esok saya nak semua hantar assigment.Boleh keluar sekarang."Semua pelajar berpusu pusu keluar.

"Kamu,saya nak sembang kejap." Terpancar keterujaan di mukanya.

Aku berfikir dia pasti hendak tanya tentang formula yang aku tulis tadi.Tapi aku tak kesah asalkan aku dapat bersembang dengannya.

"Saya tak tahu kamu belajar kat sini.Dah lama tak nampak kamu.Saya tak pernah nampak kamu kat kelas.."

Terus dicurahkan apa yang ada difikirannya.Aku pelik..

"Bila masa ayah kenal aku? ayah memang tahu ni anak dia.Kalau macamtu baik terus terang."

Aku mengambil keputusan untuk berbuat demikian.Aku pun menerangkan

"Saya memang tak sangka ayah kenal saya lagi.Terima kasih ayah ingat saya"

Aku tersenyum bahagia namun wajah ayah berubah kelat.Wajah terujanya luntur perlahan lahan.Dia terkedu.

"Kamu panggil saya ayah..Apa maksud kamu saya ingat kamu lagi.Tentulah saya ingat kamu sebab kepandaian kamu."

Aku terdiam.Kenapa ayah nampak macam gementar?Dan ayah ingat aku sebab kepandaian aku?.Apa benda ni?

"Apa ayah maksud?Ayah ingat saya sebab saya anak ayah kan?" Aku menyoal dia.Tiba tiba saja dia menitiskan setitis air mata.

"A..ayah..kena..pa ni??!!"

Kepalaku pusing.Aku dapat lihat samar samar tangisannya berubah menjadi pucat.Aku rebah perlahan lahan.

"Dusshh!!"

/////////////////////////////////////

Aku tersedar.Aku berada disebuah taman.Aku kenal taman ni.Tapi sekarang taman ni bukan macam ni.Adakah....?

Aku lihat diriku yang dulu dan Fatin yang berpakaian sekolah."Dah agak dah!" Aku sudah agak aku mengalami ini kembali.

"Aku suka kau..aku tak nak kau suka orang lain.Kau suka aku tak?" Aku yang dulu berkata

"Ya..aku pun suka kau" Fatin pun mengiyakan.Aku kaku seketika.Aku dapat lihat aku yang dulu meluahkan perasaan.

Aku kini berada pula di taman permainan.Aku dapat lihat kemesraan "Aku" dan Fatin.Aku sedikit gembira.

Aku tersenyum.Adakah Fatin menganggap ku masih menganggap ku seperti ini?

Aku sebenarnya sedang mencuba meluahkan perasaan ke Fatin.

Aku suka dia.Bukan sebab apa,aku jatuh hati bila dia rela menolongku.Dia perlahan lahan membawaku kembali mengingat kisah lalu.

Namun aku sedar ini bukan saat yang tepat.Masa ini banyak perkara yang patut dibuat.Banyak lagi misteri tak diselesaikan.

Kepalaku mulai pusing.Aku berharap aku dapat mencari lagi jati diriku yang dulu.

Mungkin ini salah satu cara yang tuhan beri untuk memudahkan aku mengenali ku yang dulu.

////////////////////////////////////

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience